Menjunjung kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas perkenan menerima patik dan delegasi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif Negeri Selangor menghadap di Istana Bukit Kayangan, pagi semalam.
Pada sesi menghadap ini, saya telah menyembah maklum mengenai cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menganjurkan KRAF Selangor: Piala Tengku Permaisuri Selangor 2026.
KRAF Selangor: Piala Tengku Permaisuri Selangor 2026 adalah sebuah inisiatif bertujuan mengangkat industri batik dan warisan seni telepuk sebagai aset ekonomi negeri.
Saya turut menyembahkan cendera kenangan kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor iaitu sebuah catan akrilik atas kanvas karya graduan seni lukis dan seni reka Universiti Teknologi MARA, Syafiqah Sanusi iaitu lukisan kain batik sarung yang menampilkan kehalusan teknik serta sentuhan tiga dimensi.
4 Jun 2026
Menyempurnakan Majlis Penyampaian Plak Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) 2026 di Glenmarie, Shah Alam.
Acara ini bertujuan meraikan 107 usahawan daripada sembilan daerah di seluruh negeri yang telah dipilih sebagai penerima bantuan kelengkapan peralatan dan mesin sebagai dukungan bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri serta membantu lebih ramai usahawan kecil berkembang dengan lebih mampan dan berdaya saing.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk meneruskan inisiatif seumpama ini bagi mengembangkan peluang dan potensi para usahawan seterusnya menjana pulangan hasil kepada negeri.
Kerajaan Negeri Selangor tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha bagi menyebar dan mempromosikan budaya serta nilai songsang yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Saya telah berhubung dengan pihak polis dan minta pihak berkuasa jalankan siasatan serta ambil tindakan sewajarnya.
Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik 2024 yang diadakan di Petals Event Space dan Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 18 April dan 20 April 2025.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir meraikan majlis. Saya dan isteri amat menghargainya. Semoga tautan ukhuwah di antara kita semua terus kukuh dan diberkati Allah SWT.
#kitaselangor
#kitaselangormajubersama
Alhamdulillah, hari ini saya meraikan lebih 200 pemimpin komuniti terdiri daripada anggota jawatankuasa pengurusan lebih 80 masjid dan surau di bawah pentadbiran DUN Kota Anggerik dalam Majlis Hi-Tea Ihya' Ramadan di Dewan Syarahan & Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam.
Pada majlis sama, saya turut menyampaikan sumbangan Ihya' Ramadan merangkumi bantuan kewangan, kurma Ajwa berserta kupiah dan telekung solat kepada setiap masjid dan surau dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM 180,000.
Majlis seumpama ini merupakan amalan lazim saya sejak menjadi wakil rakyat bertujuan untuk menyantuni pimpinan masjid dan surau dalam kawasan serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama mereka.
Susulan hujan lebat sejak awal petang tadi, beberapa kawasan di dalam daerah Petaling telah dinaiki air.
Justeru adalah dimaklumkan pembukaan tiga (3) pusat penempatan sementara (PPS) dalam daerah Petaling iaitu:
1) Dewan MBSA Seri Siantan, Kg Melayu Subang
2) Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras
3) Dewan Kenanga di Pejabat Daerah & Tanah Petaling, Seksyen U5
Seorang remaja usia 14 ditahan selepas menyamar sebagai staf di hospital Serdang.
Siasatan awal mendapati remaja terbabit telah seminggu menjadi staf di hospital berkenaan.
14 Mei 2024
Bersama delegasi Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Biro Pendidikan Sepanjang Hayat, Keon-Kyun Park dan Pemangku Presiden Pusat Belia Wilayah Gyeonggi, Kim Hyunsam di Pejabat Pentadbiran Wilayah Gyeonggi.
Perbincangan bertumpu kepada usaha untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan belia menerusi inisiatif silang budaya dan perantisan.
Saya turut berkongsi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan potensi belia menerusi pelaksanaan pelbagai program antaranya Penggerak Belia Selangor (PEBS), Sukarelawan Selangor (SERVE) dan Roda Darul Ehsan (RIDE).
Saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Selangor FC terkait keadaan terkini saudara Faisal Halim pagi ini.
Alhamdulillah, Faisal telah selamat menjalani pembedahan ketiga tempoh hari menerusi kaedah skin allograft iaitu pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran.
Faisal masih lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berada dalam keadaan stabil namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting dan kritikal memandangkan prosedur skin allograft ini memerlukan Faisal diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan. Faisal juga tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini.
Proses rawatan dan pemulihan dijangka mengambil masa yang agak panjang namun demikian Faisal kini semakin bersemangat dan amat menghargai doa serta keprihatinan masyarakat dan peminat-peminat di luar sana.
@RMalanjum_ Pakai tudung pun nk marah. Bukan dia lead majlis khatam quran pun . Mcm mana kau nk dakwah ni bila org bukan islam pakai tudung/selendang pn nk meracau mcm kena sakit gila babi. Malu betul la akhir zaman punya style dakwah mcm ni.
@harakahdailyHD Terpaling ahli syurga tanpa hisab. Pergh terbaik wartawan harakah ๐๐ป practice la cucuh2 tangan pakai api lighter dulu. Sekadar mengingatkan.
21 April 2024
Sekitar majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik 2024 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan sambutan yang cukup luar biasa! Dianggarkan lebih 5,000 orang tetamu hadir memeriahkan majlis.
Terima kaseh saya ucapkan kepada semua yang hadir. Semoga Allah SWT memperkukuh dan mengeratkan lagi silaturahim di antara kita.
Sekalung penghargaan turut saya zahirkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini khususnya para pegawai dan petugas dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik, Pejabat EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor, Yayasan Hijrah Selangor dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd.
@danialfaizrosli@PenjejakAwan15 @HASiL_Malaysia @MOFmalaysia Diorg force leave bang and AL ditolak. UTC masih buka tak silap . Hebahan pn dah dibuat sebelum raya lagi bang. Lg satu diorg ni Lembaga tetapan dia lain. Rasanya notice online pun ada kat Socmed. Cuma ye la kita ni condong ke arah berita hiburan. Selamat hari raya.
@irwanfahmiid Sempat lg ni nk delete sebelum fitnah tu bertempiaran ke seantero dunia dosa tu auto masuk bang dia takde hold2. Selamat berpuasa ๐๐ป
Usai solat Zuhur, saya menyantuni lebih dari 150 orang wakil jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di Majlis Hi-Tea Perdana sempena menyambut bulan Ramadan di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pada majlis sama, saya seterusnya menyempurnakan penyerahan sumbangan Ihya' Ramadan kepada 75 buah masjid dan surau di dalam kawasan DUN Kota Anggerik.
Saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat bersilaturahim dengan pimpinan masjid dan surau yang selama ini banyak membantu membantu urusan saya dan anak-anak kariah di kawasan DUN Kota Anggerik.
Turut hadir di majlis ini adalah Al-Fadhil Ustaz Naiwari Sarry yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Ayob Wari, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Al-Fadhil Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.
Tahun ini sebanyak tujuh buah masjid dan 68 buah surau dalam kawasan DUN Kota Anggerik telah menerima peruntukan sebanyak RM150,000 bagi tujuan menyemarakkan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti.
Insya-Allah semoga sumbangan ini akan dapat membantu pengurusan masjid dan surau di sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.
Selaku Ahli Dewan Negeri Selangor, saya akan terus komited mendukung aktiviti-aktiviti pengukuhan masyarakat, wanita, belia, dan institusi agama melalui kegiatan dan aktiviti yang memberikan impak positif kepada umat Islam.
Insya-Allah, segala ikhtiar ini dapat menyuburkan syiar Islam di bandaraya Shah Alam.