Kena dekat orang lain xpa, kena dekat aku yg baran ni confirm hang dapat sakit punya la.
Jenis buas sampai ganggu solat orang lain ni, mak pak sila ajaq dulu elok2 sebelum bawak mai masjid. Tak salah bawak, tapi jgn sampai kacau ibadah orang. Ajaq depa adab. Jgn main lepas ja.
Pemuda UMNO memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Mart untuk memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara susulan kebiadabannya menjual stoking kalimah Allah.
Ketuanya Dr Akmal Saleh menegaskan, jika gagal, Pemuda UMNO di seluruh negara akan melancarkan gerakan memboikot rangkaian kedai serbaneka itu sehingga ianya terpaksa ditutup.
#KKMart #PemudaUMNO #KalimahAllah
Berita lanjut layari https://t.co/t1DgboQ1q7
UMNO TOLAK CADANGAN NGA KOR MING
1. UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri KPKT, Nga Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
2. Walaupun tujuannya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.
3. Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.
4. Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
5. Nga Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu.
6. Cadangan seumpama ini hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dikalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri.
7. UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan. Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang menggangu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam perlembagaan.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agong UMNO
9 Februari 2024
#MalaysiaMadani
#UMNO
#BangkitKembali
https://t.co/hk2remGZD5
#Putrajaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan petisyen yang dikemukakan seorang peguam dan anaknya tiada kena mengena dengan isu kesucian Islam atau kedudukan mahkamah syariah di negara ini.
https://t.co/BeAqjsYEkJ
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang menjadi satu-satunya hakim menentang petisyen difailkan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman menyifatkan dua beranak itu sebagai 'busybody' berikutan tindakan mereka mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Berita penuh: https://t.co/H4p7sTnPfw
#Sepang Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan minggu depan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang warga emas, pada 30 Januari lalu.
https://t.co/lBoeg0gSwJ
Kuantan: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di Kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan di Temerloh.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam itu berusia antara 37 dan 47 tahun serta dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan pergaduhan dan merusuh.
"Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Program "Kick-Off" Pencegahan Jenayah Gempur Dadah 2024 peringkat Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi iaitu warga emas berusia 75 tahun yang terbabit dalam nahas itu, turut ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Semalam Bernama melaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dengan insiden tersebut selepas berlaku kemalangan yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.
Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian menimpa anggota polis itu.
BERNAMA
Following the last video, we can confirm that we have been communicating with the Royal Malaysian Police. We've given them the unedited video footage, date, time and location of the incident. They have apologised and confirmed that they are investigating this incident
HATI-HATI , orang Rohingya mencuba nak ceroboh rumah orang
Rabu, 31 Januari 2024 , pada pukul 9:59 p.m. Kejadian berlaku di Taman Jujur, Sikamat, Negeri Sembilan. (boleh lihat rakaman video dashcam di bawah)
Ini adalah bebenang.
PANAS | ‘Bukit Bintang memang jadi sarang puak-puak ni pun’ - Netizen
Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Julai 2022.
@mynewshub Tak pyh la amik spm mcm ni, sedangkan waktu exam pun tak boleh ikut peraturan. Bapak kaya kan, pergi hantar bljr oversea sj. Tak tau balik nanti jd org atau tidak.
@mynewshub Pihak kerajaan kena kuatkuasakan undang undang larangan merokok Di sekolah dgn hukuman yg LEBIH tegas....
Jgn Ambil mudah Benda ni..Dan pastikan guru guru juga tidak merokok Di sekolah
@mynewshub Suda terang2 buat salah. Mengaku sajalah. Kena2 lgi bapa yg menyokong anaknya buat salah. Masa exam besar bgini restu guru yg kita harapkan supaya ilmu tu berkat dan dipermudahkan menjawap soalan🥺
Polis tahan bapa mengamuk berang anak ditangkap merokok...bapa berusia 49 tahun...ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Kejadian kelmarin di Kota Kinabalu.
Guru menangkap anak lelaki itu yang calon SPM merokok di tandas.
Pelajar berkenaan sudah dibuang sekolah tetapi masih tetap dibenarkan menduduki peperiksaan SPM