๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐พ
Saya meluangkan masa bersama warga Putra Hills, Bukit Rahman Putra sempena Program Kesihatan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Taman Permainan Putra Hills, BRP 2.
Turut bersama ialah Ahli Majlis, Encik Hary Abu dan saya amat berbesar hati disambut mesra oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Hills, Puan Maria Wong serta seluruh warga setempat.
Program seperti ini bukan sekadar menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, tetapi turut menjadi ruang untuk kita mengeratkan hubungan sesama jiran tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Inilah semangat Hari Kebangsaan yang perlu terus kita tingkatkan rakyat yang sihat, komuniti yang kuat dan masyarakat yang bersatu.
Tahniah dan terima kasih kepada Puan Maria Wong, seluruh jawatankuasa Persatuan Penduduk Putra Hills serta semua yang menjayakan program ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus mekar dan menjadikan Sungai Buloh sebuah komuniti yang lebih sihat, harmoni dan bersatu padu. ๐ฒ๐พ
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐ฒ๐พ
Saya mengambil kesempatan menyantuni penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dalam program anjuran JPKK Kampung Seri Sungai Buloh.
Lebih bermakna, saya turut berkesempatan menyerahkan basikal secara percuma kepada kanak-kanak di sini serta berkongsi sedikit kegembiraan dengan memberikan duit raya kepada adik-adik sekalian.
Melihat senyuman dan keterujaan mereka menerima basikal cukup menggembirakan saya. Semoga pemberian kecil ini membawa keceriaan dan menjadi kenangan manis buat mereka. โค๏ธ
#SungaiBulohPrihatin #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐พ
Hari ini saya mengambil kesempatan untuk menyantuni warga Kampung Melayu Subang sempena Karnival Hari Kebangsaan anjuran JPKK Kampung Melayu Subang.
Suasana cukup meriah dengan kehadiran masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat usia yang bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.
Saya juga mengambil peluang untuk mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Melihat wajah ceria mereka menerima sedikit tanda ingatan ini sememangnya antara momen yang paling menggembirakan sepanjang program.
Tahniah dan syabas kepada Pengerusi JPKK merangkap Ketua Kampung Melayu Subang, saudara Azizi bin Aziz atau Tok Azizi, bersama seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini.
Semoga semangat kebersamaan dan perpaduan seperti ini terus menjadi kekuatan komuniti kita.
Selamat menyambut Bulan Kebangsaan. Merdeka! ๐ฒ๐พ
#SungaiBulohPrihatin #Merdeka #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Hari ini, saya bersama Timbalan Menteri, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan serta kepimpinan tertinggi KESUMA berkunjung ke Kementerian Kewangan bagi menghadiri Mesyuarat Bersama Menteri Kewangan II berkaitan Belanjawan 2027.
Pertemuan ini penting bagi memastikan keutamaan dan keperluan tenaga kerja negara diberikan perhatian sewajarnya dalam penyediaan Belanjawan 2027.
Antara fokus utama yang dibawa KESUMA ialah memperluas perlindungan sosial yang lebih inklusif dan menyeluruh, selain memperkukuh pembangunan bakat negara melalui TVET, latihan kemahiran berasaskan keperluan industri dan teknologi masa hadapan serta inisiatif khusus bagi memperkasa komuniti India.
KESUMA akan terus memastikan setiap perancangan yang dibawa bukan sekadar angka dalam Belanjawan, tetapi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, perlindungan yang lebih kukuh dan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat Malaysia.
#KESUMA #Belanjawan2027 #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Pada 17 Julai yang lalu, saya telah menyatakan pendirian yang jelas untuk menolak dan menghentikan cadangan pembangunan pusat data di Kota Damansara kerana proses tersebut tidak melibatkan sesi libat urus yang menyeluruh khususnya bersama penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.
Namun, saya ingin menegaskan pendirian saya sejak awal bukanlah untuk menolak pembangunan atau pelaburan. Apa-apa pembangunan berskala besar yang berpotensi memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat perlu dilaksanakan secara telus, bertanggungjawab, dan mengambil kira pandangan serta suara rakyat. Rakyat berhak didengar sebelum keputusan yang memberi kesan kepada kawasan tempat tinggal mereka dilaksanakan.
Hari ini, saya telah menerima makluman terkini daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bahawa pihak pemaju telah menarik balik permohonan kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan pusat data berkenaan.
Saya menyambut baik perkembangan ini. Ini membuktikan bahawa apabila rakyat menyuarakan kebimbangan yang berasas dan kita sebagai wakil rakyat membawa suara tersebut kepada pihak berkuasa, pandangan rakyat boleh menghasilkan tindakan.
Pada masa yang sama, saya mengambil maklum bahawa menurut pihak perunding, penarikan balik permohonan tersebut adalah bagi membolehkan pemaju menilai semula kebolehlaksanaan tapak serta komponen pembangunan supaya lebih ekonomik, mampan dan bersesuaian dengan pembangunan di kawasan sekitarnya.
Justeru, sekiranya terdapat sebarang cadangan atau permohonan berkaitan pembangunan di Sungai Buloh, pendirian saya kekal jelas, harus ada libat urus bersama penduduk dan semua pemegang taruh mesti dilaksanakan terlebih dahulu.
Saya akan terus mengikuti perkembangan perkara ini dan memastikan kepentingan serta suara rakyat Kota Damansara terus dipertahankan.
#SungaiBulohPrihatin #YangBerkhidmatRamanan #KotaDamansara #DataCenter
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐พ
Hari ini saya bersama keluarga besar KESUMA dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KESUMA dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026.
Bagi saya, kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah atau mengibarkan Jalur Gemilang. Dalam konteks dunia pekerjaan, jiwa merdeka bermakna pekerja dilindungi, hak dan maruah mereka dipertahankan, mempunyai peluang meningkatkan kemahiran, memperoleh pendapatan yang lebih baik serta menikmati masa depan yang lebih terjamin.
Itulah perjuangan KESUMA.
Kita telah melaksanakan pelbagai usaha untuk rakyat. Sekarang, kita perlu memastikan setiap dasar, program dan inisiatif itu diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar dapat dilihat, dirasai dan dinikmati oleh rakyat, khususnya golongan pekerja.
Terima kasih kepada seluruh Warga KESUMA atas komitmen dan kerja keras selama ini.
Teruskan amanah ini dengan dedikasi dan keikhlasan demi pekerja, majikan dan negara.
Semarakkan jiwa merdeka dalam setiap tugas kita.
๐ฒ๐พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini, saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Bilangan 2/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pengurusan penggajian tenaga kerja asing perlu dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti. Keutamaan kepada pekerja tempatan mesti terus diperkukuh, manakala kebergantungan kepada pekerja asing perlu diurus berdasarkan keperluan sebenar sektor dan industri.
Kerajaan MADANI akan terus memperkemas ekosistem penggajian pekerja asing supaya lebih cekap dan bertanggungjawab, tanpa kompromi terhadap pematuhan undang-undang perburuhan serta kebajikan pekerja.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
Kemahiran bukan lagi pilihan, ia adalah kunci masa depan pekerjaan.
Dunia pekerjaan berubah dengan pantas. Teknologi berubah, industri berubah, dan kemahiran yang diperlukan juga berubah. Sebab itu kita mesti pastikan tenaga kerja Malaysia sentiasa bersedia, relevan dan mampu merebut peluang pekerjaan yang lebih baik.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini, saya bersama barisan kepimpinan parti telah mengulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional KEADILAN Tahun 2026.
Dalam penggulungan saya, saya menegaskan bahawa suara rakyat perlu kita dengar dengan hati terbuka kerana di situlah datangnya ruang untuk kita memperkemas gerak kerja dan memperkukuh keyakinan rakyat.
Kita haru turun ke akar umbi, fahami keresahan mereka, cari penyelesaian dan pastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan benar-benar memberi kesan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, penerangan mesti diperkasakan. Kerajaan MADANI boleh melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan, tetapi sekiranya rakyat tidak tahu, tidak faham dan tidak merasainya, maka usaha itu belum sampai sepenuhnya kepada mereka. Sebab itu penerangan perlu bergerak setiap hari sehingga ke akar umbi.
Dengar suara rakyat. Baiki kekurangan. Sampaikan fakta. Pastikan kejayaan Kerajaan MADANI bukan sahaja diketahui, tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat.
Terima kasih atas kehadiran luar biasa semua perwakilan dari seluruh negara dan penghargaan juga kepada urusetia serta sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan kelancaran sepanjang kongres berlangsung.
Parti Kita, Rumah Kita โ๐ผ
Membuju lalu melintang patah โ๐ผ
#Keadilan #MalaysiaMadani #YakinMADANI #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ , ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Malam tadi, saya berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan hampir 150 Ketua Cabang KEADILAN dari seluruh negara sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Tahun 2026.
Pertemuan ini bukan sekadar ruang untuk bertukar pandangan, tetapi peluang untuk saya mendengar sendiri suara kepimpinan di peringkat akar umbi, memahami cabaran di setiap kawasan serta menyelaraskan gerak kerja kita dalam menghadapi cabaran politik mendatang.
Saya percaya kekuatan KEADILAN bermula dari Cabang. Apabila Cabang kuat, jentera bergerak dan kepimpinan akar umbi dekat dengan rakyat, parti akan menjadi lebih kukuh.
Kini masanya untuk kita rapatkan saf, perkukuh jentera dan bergerak sebagai satu pasukan. Matlamat kita jelas, terus bekerja untuk rakyat, memperkukuh KEADILAN dan memastikan agenda Reformasi terus diperjuangkan.
Parti Kita, Rumah Kita โ๐ผ
#KEADILAN #PartiKitaRumahKita #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan
๐๐๐๐๐๐ ๐,๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐!
Petang tadi, saya mengambil peluang untuk menyantuni hampir 2,000 mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta pelajar daripada pelbagai institusi teknikal dan ADTEC JTM di sekitar Melaka.
Sambutan yang diberikan cukup luar biasa, penuh dengan tenaga, semangat dan keterujaan daripada para mahasiswa serta pelajar yang hadir.
Pertemuan ini juga memberi ruang untuk saya mendengar sendiri pandangan, aspirasi dan harapan mereka, khususnya mengenai peluang latihan, pembangunan kemahiran serta persediaan memasuki alam pekerjaan.
Saya sentiasa percaya bahawa mereka yang memilih laluan teknikal dan TVET bukanlah pilihan kedua. Mereka adalah bakat dan tenaga mahir masa hadapan yang akan menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Tanggungjawab KESUMA adalah memastikan kemahiran yang mereka bina hari ini benar-benar membuka pintu kepada pekerjaan berkualiti, gaji yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah.
Lebih istimewa, saya juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang berasal dari Sungai Buloh dan kini sedang melanjutkan pengajian di UTeM serta institusi pengajian sekitar Melaka. Seronok dapat bertemu anak-anak Sungai Buloh walaupun berada jauh dari kawasan sendiri.
Terima kasih semua yang hadir atas sambutan yang amat luar biasa petang ini. Semoga terus melangkah maju, bina kemahiran dan rebut setiap peluang yang ada.
#KESUMA #YakinMADANI #MalaysiaMadani #YangBerkhidmatRamanan