I just minted my Pudgy Penguins x https://t.co/9fTQ46WfPF Cold Storage Soulbound Token, showing that I understand the importance of cold wallets and managing token approvals!
Get yours on https://t.co/FgM6ymQJx4
world will take over the world
๐ create your account
๐ฌ connect to X
๐ฎ place a trade
๐ฐ surprise
welcome to the new world order: https://t.co/1FNACcdcr5
Minggu ini, Sekawan Kancil bergerak ke tujuh kawasan Parlimen di Kuala Lumpur โ Bandar Tun Razak, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Titiwangsa, Batu dan Kepong.
Saya jemput ahli-ahli BERSAMA di kawasan ini datang duduk semeja. Kenal nama, kenal muka, kenal siapa yang bergerak di kawasan yang sama dengan anda.
Kita akan terangkan penggunaan aplikasi Kancil sebagai platform untuk kita mengurus aktiviti BERSAMA di setiap kawasan dengan lebih sistematik dan berkesan.
๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ โ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ง๐จ๐ก ๐ฅ๐๐ญ๐๐, ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ, ๐ฆ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ & ๐๐จ๐๐๐ง ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐
๐๏ธ 24 Ogos 2026 (Isnin)
๐ 8.00 โ 11.00 malam
๐ Small Event Hall, Alam Damai, Cheras
๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ โ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐, ๐ง๐๐ง๐๐ช๐๐ก๐๐ฆ๐, ๐๐๐ง๐จ & ๐๐๐ฃ๐ข๐ก๐
๐๏ธ 25 Ogos 2026 (Selasa)
๐ 8.00 โ 11.00 malam
๐ Dewan Chengal, IWK Eco Park, Pantai Dalam
Kepada ahli BERSAMA di kawasan-kawasan ini, daftarkan kehadiran di https://t.co/fCMc3GZOrD atau melalui aplikasi Kancil di Google Play.
Semua dijemput hadir.
๐ฃ๐ข๐๐๐๐ฆ๐ง ๐ฌ๐๐ #๐ฑ๐ต: ๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ - ๐๐ฃ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก? ๐๐๐ฃ ๐ฃ๐จ๐๐ ๐ก๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐?
Podcast YBM Episod 59 yang akan bersiaran malam ini, Jumaat, jam 9 malam akan menyentuh secara khusus perbahasan Parlimen berkenaan pembentangan laporan RCI Tabung Haji.
Macam-macam jadi โ ada yang keluar Dewan,ada yang kritik, tetapi yang lebih penting adalah beberapa perkara penting sebenarnya tidak disentuh ketika perbahasan di Parlimen. Malam ini, saya akan mengupas tiga perkara penting yang sepatutnya telah dibentangkan dan dibahas di Parlimen. Soalan yang lebih penting, adakah kerajaan MADANI sebenarnya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Podcast YBM Episod 59 juga akan mengupas Kongres Khas DAP sama ada kekal dalam Kerajaan Perpaduan atau keluar. Apakah implikasi kepada Datoโ Seri Anwar Ibrahim atas apa-apa keputusan kongres khas DAP itu?
Tonton Podcast YBM Episod 59 malam ini di saluran YouTube dan TikTok saya.
๐จ๐ก๐ต BREAKING: Wong Chen to BERSAMA, HERE WE GO! ๐ฒ๐พ
Wong Chen is now set to leave PKR and join BERSAMA, with the move considered almost certain.
The transfer will be a FREE TRANSFER following his resignation as MP for Subang.
Announcement expected soon. ๐
HERE WE GO! ๐จ
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A (boleh rujuk di bahagian gambar).
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Ben & Mommy semangat bangun pagi2 tengok England vs Argentina.
It was one of the very few unique private family moments.
Didnโt help with the second half going down the drain.
We really wanted England to win, tapi apa nak buat.
Sad with the outcome, but happy with the experience.
Because life is not about the destination, itโs about the journey.
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG
FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB
Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini.
Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah.
Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas.
Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini.
Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat.
Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami.
Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain.
Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA.
Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah.
Setiap yang bermula pasti berakhir.ย
Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai.
Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB.
Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam.
Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir.
Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini.
Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di https://t.co/6vXmDO7QDX di pautan ini:
https://t.co/1RZHNOXipD
Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini.
Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.
Hey guys. @partibersamamy still needs 2,000 more PACA for PRN Johor, this will be my first time serving as one. If you're free on polling day, register via https://t.co/8Lx5nyWrTH or WhatsApp 01139776635 (Haziq). Every vote counted needs someone watching.
#PRNJohor
Malam ini, kempen kita bermula.
Trak Kancil BERSAMA memulakan perjalanan PRN Johor 2026 di Taman Pelangi.
Ceramah perdana pertama, bersama Rafizi Ramli, Nik Nazmi dan barisan calon BERSAMA Johor.
Ayuh Johor, Ayuh BERSAMA.
Bawa keluarga. Bawa jiran. Bawa kawan-kawan.
Malam ini kita mula sama-sama.
๐ Jln Sri Pelangi 2, Taman Pelangi (sebelah Shell Taman Pelangi)
๐๏ธ 28 Jun 2026, Ahad
๐ N.44 LARKIN
#PRNJohor #BERSAMA #TrakKancil #JelajahBERSAMA
๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐: ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐
Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu BERSAMA sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Jawapannya mudah.
๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐: ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐
Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu sepanjang kempen PRN Johor 2026.
Jawapannya mudah.
Semua aktiviti kempen diselaraskan melalui Sistem Kancil.
Layari https://t.co/6vXmDO7QDX, klik "Sertai Kempen" dan anda akan dibawa ke https://t.co/fCMc3GZOrD
Di sinilah semua aktiviti kempen dipaparkan.
Sama ada anda ingin membantu di program, menyertai aktiviti di kawasan masing-masing atau menyumbang mengikut kemampuan anda, semuanya boleh dipilih melalui Sistem Kancil.
Anda tidak perlu menunggu arahan.
Pilih sahaja aktiviti yang sesuai dengan masa dan kemampuan anda.
Jika anda ahli BERSAMA, log masuk sebagai Ahli.
Jika anda ingin membantu tanpa menjadi ahli, log masuk sebagai Sukarelawan.
Selepas log masuk, klik "Aktiviti" dan pilih tugasan yang ingin anda sertai.
Bagi memudahkan anda, kami turut menyediakan video tutorial selama satu minit yang menerangkan langkah demi langkah cara menyertai kempen dan aktiviti melalui Sistem Kancil.
Tonton, daftar dan sertai aktiviti yang sesuai dengan anda.
Kempen ini tidak digerakkan oleh beberapa orang.
Kempen ini digerakkan oleh ribuan rakyat yang memilih untuk menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.
Kami pergi ke setiap negeri untuk Jelajah Kancil.
Rupanya ada yang bawa BERSAMA terus sampai ke World Cup ๐คฃ
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong BERSAMA, walau di mana pun anda berada.
Anak muda hari ini menjauh daripada politik. Saya faham. Tidak boleh salahkan sesiapa yang skeptikal.
Sebab apa? Sebab selama ini kita dengar janji, tetapi hidup tak berubah.
Kos sara hidup meningkat. Nak miliki rumah sendiri makin jadi angan-angan. Ramai anak muda mula ragu sama ada masa depan mereka akan lebih baik daripada generasi ayah dan ibu mereka.
Perasaan kecewa itu bukan sesuatu yang pelik.
BERSAMA ini tidak ditubuhkan sambil berlagak ada semua jawapan.
Bukan penyelamat. Tidak datang untuk berkata, โSerahkan kepada kami, kami selesaikan semua.โ
Apa yang ditawarkan ialah platform. Platform untuk rakyat, khususnya anak muda, bersuara, berkongsi idea, dan terlibat secara langsung menyelesaikan isu yang menekan hidup mereka sendiri.
Perubahan yang berkekalan tidak lahir daripada seorang pemimpin. Tidak lahir daripada satu parti. Ia lahir apabila rakyat sendiri turun, mencabar cara lama, dan membentuk masa depan yang mereka mahu lihat.
Jika anda masih skeptikal, itu hak anda. Kami hormat.
Tetapi ingat satu perkara. Negara ini tidak akan jadi lebih baik kalau semakin ramai memilih untuk berdiri di tepi dan menjauh daripada proses perubahan.
Perubahan tidak menunggu orang yang berdiri di tepi.