Rezeki yg paling bernilai adalah apabila Allah gerakkan hati, mulut dan anggota badan kita utk berzikir, beribadah dan taat pada perintah-Nya.
Serius takde nilai pon harta keliling pinggang, gaji besar, rumah mewah, kereta cantik kalau semua tu menjauhkan kita daripada-Nya. 😢
"Mangsa rogol yang bersabar akan dapat pahala?"
Statement ni akan jadi isu bila kita tak faham apa maksud sabar. Lepas tu ada la 2 puak yg bergaduh.
Saya rasa, punca gaduh ni sbb salah faham.
"Sabar" bukan bermaksa "rela dirogol".
Tapi, apakah itu sabar?
Ini adalah thread.
Lalu, kita mula mencari website porno. Lepas tu ketagih, tengok lagi dan lagi. Tak puas. Buat dosa onani pula. Tak puas, akhirnya otak dah rosak, mula nak cuba pula buat apa yg dia tengok dekat porno. Lalu mula langgan pelacur. Tak puas. Mula nak rogol, tak puas.
Bila tak tunduk pandangam, contohnya, bermula dari tengok drama atau movie, atau video clip lagu, yg mana pelakon tak tutup aurat, penyanyi tak tutup aurat, seksi, tak jaga pergaulan, pegang2 tgn, peluk, cium..
Akhirnya kita akan triggerd utk tgok lebih dari itu.
a) PERTAMA, apabila kita tak tundukkan pandangan.
Inilah rantai awal kepada kes rogol dan zina. Bila laki tak tunduk pandangan, bila perempuan tak tunduk pandangan.
Kerana itu dari awal Allah pesan dlm surah An-Nur ayat 30 dan 31 agar lelaki dan perempuan tundukkan pandangan!
Sebab apa? Sebab mcm saya cakap tadi, sesuatu dosa besar itu tak jadi tiba2. Ada "rantai2" yg menghubungkannya, dan kita perlu sama2 PUTUSKAN RANTAIAN maksiat ini!
So, kembali kpd isu rogol dan zina, apakah rantai2nya? Saya berikan 5 rantai utk kita elak.
Kalau korang perasan, Allah bukan sahaja melarang zina. Tapi Allah melarang segala perbuatan yang menjadi PUNCA zina. Sbb itu, MENDEKATI pun Allah dah larang.
Bukan isu zina je, semua maksiat Allah suruh jauhi dan jgn dekati.
Mendekati maksiat itu juga satu maksiat.
Kerana itu, dalam kes rogol atau zina ni, Allah dah bagi "hint" dalam surah Al-Isra' ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Perasan tak "hint" nya?
Baik, saya nak kongsi satu benda penting dlm noktah kedua ni.
Actually, MAKSIAT ni ada "rantaian". Saya namakan sbg "rantaian maksiat". Satu maksiat tu xkan terjadi tiba2, melainkan ada sebab musabab dan rantai2 yg menjadi penghubung antara satu maksiat dgn satu maksiat yg lain.
Kenapa saya mulakan NOKTAH KEDUA ni dengan surah Albaqarah ayat 208 ni? Kerana bagi saya, rosaknya masyarakat, hatta kes rogol dan zina berleluasa ini pun kerana kita tak jadikan islam sebagai cara hidup, dan kita tak ambil islam secara keseluruhan.
Apa kesan bila kita tak amalkan islam secara keseluruhan? Yg akan terjadi ialah kerosakan.
Solat, tapi tengok porno.
Tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat.
Akhlak baik tapi tak solat.
Jaga ikhtilat tapi obses artis.
Hafal Alquran tapi liwat org.
Jadi pemimpin tapi rasuah.
Jika kita tak faham benda ni, maka lahirlah orang yang berfikiran sekular dan liberal. Mereka asingkan agama daripada kehidupan. Sedangkan… Allah turunkan agama ni sebagai CARA HIDUP kita semua.
Mereka lupa, Islam itu bukan semata-mata menjaga makanan dan minuman daripada yang haram, tetapi Islam itu menyeluruh, merangkumi segenap aspek kehidupan.
Ada juga bab makanan, dia cakna halal haram. Dia sensitif kalau makanan dia ada babi. Sebaliknya, kalau masuk bab berhibur, mereka tak cakna pun halal haram dalam hiburan ni. Tengok drama movie yg ada aurat, obses artis, tengok porno dll.
Terkadang, ada orang yang akhlaknya baik, dia berakhlak dengan akhlak Islam, tapi dia tak solat.
Dia lupa, agama ini bukan semata-mata pada akhlak, tetapi ia menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.
Ada orang, bab solat, dia buat cara Islam. Alhamdulillah, bagus.
Malangnya, bab pakaian, dia tak mengikut cara Islam. Dia ikut cara bukan Islam iaitu membuka aurat, seksi sana sini. Sedangkan, Islam itu bukan semata2 solat, tetapi sehingga ke adab berpakaian pun kita kena ikut.