๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐ข๐ช๐๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐!
โSekitar Majlis Pelancaran dan Walkabout oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sempena Kelantan Showcase 2026.
โSelain sesi ramah mesra bersama usahawan di reruai jualan, majlis turut menyaksikan pelancaran produk baharu seperti Mama Tok Empire dan Act Trade.
Pelbagai barangan jualan dibawakan khas merangkumi busana batik, barangan kemas, minyak wangi, hingga ke aneka makanan tradisi tempatan.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Majlis Sumbangan Peralatan Pembelajaran Voltan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Penganugerahan Sijil Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik A0 TNB & GCPV โ Wireman & Chargeman SEDA Malaysia.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Encik Zahari Aziz Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA
Program ini mencerminkan jalinan kerjasama strategik antara MARA, TNB dan SEDA Malaysia dalam memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri tenaga negara.
Tahniah kepada semua penerima sijil kompetensi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kerjaya serta sumbangan yang lebih bermakna kepada pembangunan industri tenaga Malaysia.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก | BAKAT MALAYSIA MELANGKAH LEBIH JAUH
Kerjasama MARAโOISCA terus membuka ruang lebih luas untuk bakat Malaysia menimba pengalaman, membina kepakaran dan mengembangkan potensi di Jepun.
Daripada Malaysia ke Jepun, daripada pembelajaran kepada pengalaman sebenar dunia industri โ inilah jaringan yang membuka lebih banyak laluan untuk generasi bakat masa hadapan.
Berita penuh di ruangan komen.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #R.I.S.E #AmanahRakyat #SocioEngineeringDevelopment #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
JELAPANG, PERAK, 6 Oktober 2026 โ Pusat Kecemerlangan Pengangkutan MARA (MARA Transport Excellent Centre โ MTEC) Jelapang berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam menyokong pembangunan ekosistem kenderaan komersial, khususnya menerusi penyediaan kemudahan, kepakaran teknikal dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri.
Potensi tersebut diberi perhatian dalam sesi tinjauan YBhg. Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, ke MTEC Jelapang bagi menilai kesiapsiagaan fasiliti serta mengenal pasti keperluan pengoperasian secara berfasa.
MTEC Jelapang berupaya menyokong bidang pembinaan badan kenderaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan, pembangunan vendor serta latihan dan peningkatan kemahiran teknikal. Peranan ini membuka ruang untuk kemudahan berkenaan dihubungkan dengan keperluan sebenar industri, termasuk peluang membangunkan bakat teknikal yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan pasaran.
๐ฃ๐๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก | Dari Jelapang, satu lagi langkah ke hadapan untuk melihat bagaimana fasiliti MARA boleh dimanfaatkan dengan lebih strategik bagi menyokong keperluan industri dan membuka ruang baharu kepada pembangunan bakat teknikal.
MTEC Jelapang bukan sekadar sebuah fasiliti, tetapi sebahagian daripada potensi MARA dalam membina hubungan lebih dekat antara institusi, industri dan tenaga kerja masa hadapan.
Berita penuh di ruangan komen.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #R.I.S.E #AmanahRakyat #SocioEngineeringDevelopment #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐, ๐ฒ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Daripada nadi voltan tinggi yang menggerakkan kerangka industri negara hingga ke inovasi solar yang menerangi masa hadapan hijau, transformasi landskap tenaga hari ini menuntut keupayaan modal insan yang bukan sekadar celik teknologi, malah berdaya saing, kompeten, dan berintegriti tinggi dalam aspek keselamatan.
Keperluan itu menjadi antara fokus TVETMARA Seberang Perai Utara (TVETSPU) dalam memperkukuh latihan berasaskan industri melalui hubungan strategik bersama pemain industri dan badan pensijilan profesional. Usaha tersebut diperkasakan menerusi sumbangan tiga unit Switchgear 11kV oleh Unit Procurement & Supply Chain, TNB untuk kegunaan pembelajaran dan latihan voltan tinggi.
Penggunaan peralatan sebenar dalam latihan memberi ruang kepada pelajar memahami kefungsian sistem, menguasai prosedur kerja serta membudayakan aspek keselamatan elektrik. Pada masa sama, kemudahan berkenaan berupaya meningkatkan kualiti latihan amali dan pembangunan kepakaran tenaga pengajar dalam teknologi serta sistem voltan tinggi.
Hubungan MARA dan TNB turut berkembang daripada perkongsian teknologi kepada pembangunan kompetensi warga industri. Melalui kerjasama dengan TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), TVETMARA SPU melaksanakan Program Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 khusus untuk pekerja TNB. Keupayaan TVETMARA SPU tidak terhenti pada bidang elektrik konvensional. Perkembangan industri ke arah tenaga lebih mampan turut diterjemahkan melalui latihan Grid-Connected Photovoltaic (GCPV) SEDA yang memberi pendedahan kepada aspek teknikal, kemahiran praktikal, piawaian keselamatan serta pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar fotovolta.
Hadir merasmikan program tersebut, YBhg. Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA yang turut menyaksikan gimik penyerahan peralatan pembelajaran voltan tinggi TNB serta menyampaikan Sijil Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik A0 TNB dan GCPV SEDA kepada para penerima.
Beliau turut mengadakan lawatan ke Hi-Volt Academy TVMSPU sebagai sebahagian daripada pengisian program bagi melihat kemudahan latihan yang menyokong pembangunan kompetensi dalam bidang elektrik dan voltan tinggi.
Kerjasama ini membuka ruang lebih luas untuk MARA dan rakan strategik industri memperkukuh pembangunan bakat melalui perkongsian kepakaran, peningkatan kemahiran tenaga pengajar, pensijilan profesional dan pemindahan teknologi. Pada masa sama, laluan peningkatan kompetensi kepada warga industri dapat diperluas melalui program pendidikan dan latihan yang disesuaikan dengan keperluan semasa.
Daripada peralatan industri di bengkel kepada kompetensi profesional di tempat kerja dan teknologi hijau untuk masa hadapan, TVET MARA membina rantaian pembangunan bakat yang menghubungkan pendidikan dengan realiti industri.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa
#MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก | Dari bilik kuliah ke dunia sebenar.
FESSHtival x MPAJ 2026 membuktikan mahasiswa belajar paling bermakna apabila mereka diberi peluang untuk merancang, mengurus dan menjayakan sendiri sesuatu program.
Lebih 1,000 mahasiswa UPTM turun padang mengasah kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, kreativiti dan kemahiran mengurus melalui pelbagai aktiviti bersama komuniti sepanjang 11 hari festival.
Bukan sekadar belajar. Bukan sekadar beraktiviti. Tetapi membina kompetensi yang dibawa terus ke alam pekerjaan.
Berita penuh di ruangan komen.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #R.I.S.E #AmanahRakyat #SocioEngineeringDevelopment #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก | ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ข!
Dari Kelate ke Kuala Lumpur, pelbagai keunikan, cita rasa dan hasil usahawan Kelantan dibawa khas untuk anda menerusi Kelantan Showcase 2026.
โPandai Kecek, Bui Sajo!โ bukan sekadar slogan, tetapi cerminan identiti dan warna Kelantan yang diterjemahkan melalui produk tempatan, sajian istimewa, budaya dan kreativiti usahawan.
6 โ 9 OKTOBER 2026
LOBI MEDAN MARA, KUALA LUMPUR
7.00 PAGI โ 10.00 MALAM
Nak kenal Kelantan dengan lebih dekat? Nak rasa, nak lihat, nak borong produk Kelate? Semua ada di sini.
Jom ke Kelantan Showcase 2026 dan raikan keunikan Kelantan bersama-sama.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐!
Satu semangat. Satu aspirasi. Satu keluarga besar.
Hari ini mereka melangkah masuk sebagai mahasiswa UniKL, tetapi perjalanan ini membawa makna yang jauh lebih besar โ mereka kini adalah sebahagian daripada Gen MARA, generasi yang diberi peluang untuk membina ilmu, menguasai kemahiran dan mencipta masa depan.
MARA menyediakan peluang. UniKL menyediakan platform. Kini tiba masanya mereka mencipta kejayaan!
Anda adalah Gen MARA.
Anda adalah warga UniKL.
Masa depan bermula SEKARANG!
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐!
Satu semangat. Satu aspirasi. Satu keluarga besar.
Hari ini mereka melangkah masuk sebagai mahasiswa UniKL, tetapi perjalanan ini membawa makna yang jauh lebih besar โ mereka kini adalah sebahagian daripada Gen MARA, generasi yang diberi peluang untuk membina ilmu, menguasai kemahiran dan mencipta masa depan.
MARA menyediakan peluang. UniKL menyediakan platform. Kini tiba masanya mereka mencipta kejayaan!
Anda adalah Gen MARA.
Anda adalah warga UniKL.
Masa depan bermula SEKARANG!
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
PUTRAJAYA, 4 Oktober 2026 โ Kejayaan usahawan MARA yang berkembang ke tahap lebih tinggi terus diterjemahkan melalui sumbangan kepada negara apabila Bubbles O2 Sdn. Bhd. tampil sebagai Penaja Utama dan Penaja Rasmi King of the Mountain (KOM) Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, sekali gus membawa jenama tempatan ke pentas sukan bertaraf antarabangsa.
Penglibatan tersebut turut menyaksikan YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Ketua Pengarah MARA, menghadiri LTdL 2026 Peringkat 8 di Putrajaya sebagai tetamu kehormat atas jemputan Bubbles O2. Dalam peringkat perlumbaan MuarโPutrajaya itu, beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan dan menyarungkan Jersi King of the Mountain (KOM) kepada Lennart Jasch daripada Tudor Pro Cycling Team, yang muncul sebagai pemenang klasifikasi tersebut dengan kutipan 45 mata.
Lebih daripada sekadar penajaan, penglibatan Bubbles O2 dalam LTdL 2026 memperlihatkan bagaimana kejayaan usahawan tempatan dapat memberikan nilai tambah kepada masyarakat dan negara melalui sokongan terhadap pembangunan sukan, penglibatan komuniti serta pengukuhan imej Malaysia di pentas antarabangsa.
Kehadiran jenama usahawan MARA dalam acara berprofil tinggi ini turut membuka ruang kepada pembinaan jaringan strategik, promosi jenama Malaysia dan pengembangan peluang perniagaan melalui ekosistem sukan yang menghimpunkan peserta, peminat, komuniti serta rakan industri dari dalam dan luar negara.
Perkembangan ini membuktikan bahawa usahawan MARA bukan sekadar membina perniagaan untuk mencapai kejayaan komersial, malah berupaya berkembang sebagai pemain yang menyumbang kepada pembangunan ekosistem negara dalam bidang ekonomi, komuniti dan sukan.
Penglibatan Bubbles O2 dalam LTdL 2026 juga mencerminkan impak jangka panjang pembangunan keusahawanan MARA dalam melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing, memiliki kekuatan jenama dan berupaya membawa nilai tempatan ke peringkat global, sekali gus memperkukuh peranan sektor swasta dan usahawan dalam menyokong aspirasi pembangunan negara.
๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก | Bila jenama tempatan mampu berdiri sebaris dengan pentas sukan antarabangsa, itu tanda usahawan kita semakin jauh melangkah.
Bubbles O2 membuktikan bahawa kejayaan dalam perniagaan boleh diterjemahkan kepada sokongan bermakna kepada sukan negara dan membawa nama Malaysia lebih jauh.
Satu lagi kisah kejayaan usahawan MARA yang wajar dibanggakan.
Berita penuh di ruangan komen.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #R.I.S.E #AmanahRakyat #SocioEngineeringDevelopment #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฑ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Mahasiswa baharu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) diseru memanfaatkan peluang dan ruang yang tersedia sepanjang pengajian untuk membina kecemerlangan akademik, sahsiah, kepimpinan serta kemahiran yang diperlukan dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Perkara itu menjadi antara penekanan dalam Majlis Ramah Mesra Pengarah Kanan Pelaburan MARA bersama mahasiswa baharu UniKL yang berlangsung di Dewan Kuliah Bestari, UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT), di sini hari ini.
Majlis yang dihadiri YBhg. Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA itu turut diisi dengan ucaptama dan sesi interaksi bersama mahasiswa, sekali gus membuka ruang perkongsian secara lebih dekat dengan generasi baharu UniKL.
Program berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara MARA, UniKL dan mahasiswa baharu, di samping menyemai semangat kecemerlangan akademik, kepimpinan, pembangunan sahsiah serta jati diri dalam kalangan mahasiswa selaras dengan aspirasi pendidikan MARA.
Turut berlangsung ialah Pelancaran Ikhtisar Eksekutif Buku Panduan Pembangunan Pelajar UniKL atau ๐๐ต๐ถ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ฃ๐ฐ๐ฐ๐ฌ (SDH) sebagai usaha memperkukuh pembangunan mahasiswa secara holistik, progresif dan berasaskan kompetensi. SDH menyediakan kerangka yang menghubungkan pengalaman akademik, kokurikulum, profesional, industri, keusahawanan, kepimpinan dan kemasyarakatan dalam satu ekosistem pembangunan mahasiswa yang menyeluruh dan bersepadu, berteraskan R.I.S.E. โ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ, ๐๐ฏ๐ฏ๐ฐ๐ท๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ, ๐๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฏ๐ต๐ณ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ถ๐ณ๐ด๐ฉ๐ช๐ฑ bagi membentuk mahasiswa yang berdaya tahan, inovatif, berjiwa keusahawanan serta bersedia menghadapi perubahan dan keperluan masa hadapan.
Penganjuran program ini sekali gus memperkukuh usaha melahirkan mahasiswa UniKL yang kompeten, berintegriti, inovatif, berdaya tahan serta mempunyai jati diri yang kukuh, di samping menyemai kebanggaan menjadi sebahagian daripada Gen MARA dan warga UniKL.
UPTM DAN OPENLEARNING PERKASA PEMBELAJARAN DIGITAL
KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 โ Pembelajaran digital terus berkembang daripada medium penyampaian ilmu kepada ekosistem yang mampu mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dan kesiapsiagaan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Disempurnakan oleh YBhg. Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA merangkap Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Majlis Pelancaran Modul Employability Advantage OpenLearning Learning Management System (LMS) dan Platform OpenLearning UPTM Academy serta Sesi Jalinan Kerjasama Strategik MARA menjadi platform memperkukuh kerjasama antara MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan OpenLearning. Penganjuran ini turut membuka ruang penerokaan teknologi pembelajaran yang berpotensi meningkatkan pengalaman pendidikan dan kebolehpasaran pelajar dalam ekosistem pendidikan MARA.
Employability Advantage merupakan modul baharu dalam OpenLearning LMS yang direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta kesiapsiagaan pelajar menghadapi alam pekerjaan. UPTM merupakan antara institusi pendidikan terawal yang akan mengguna pakai modul berkenaan, sekali gus memperluas peranan platform pembelajaran digital daripada menyokong proses pengajaran dan pembelajaran kepada pembangunan kesiapsiagaan kerjaya.
Kerjasama UPTM dan OpenLearning telah bermula sejak Mac 2026 menerusi penggunaan OpenLearning LMS yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran kira-kira 8,000 pelajar UPTM. Platform sama turut dimanfaatkan menerusi UPTM Academy untuk menawarkan dan mempromosikan kursus ๐ฎ๐ช๐ค๐ณ๐ฐ-๐ค๐ณ๐ฆ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ข๐ญ.
Melangkah ke hadapan, kerjasama ini membuka ruang kepada penerokaan penggunaan OpenLearning LMS dalam rangkaian institusi pendidikan MARA, khususnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA.
Melalui penerokaan ini, MARA terus memperkukuh ekosistem pendidikan yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi dalam pembelajaran, malah membina generasi berkemahiran, berdaya saing dan lebih bersedia mendepani perubahan dunia pekerjaan.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
Satu Lipatan Kenangan Manis di KASUKMA XVI 2026!
โDari sorakan gemuruh di padang hingga ke detik gemilang di pentas penutup, terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, dan penyokong yang menjadikan KASUKMA edisi kali ini sangat luar biasa!
โTahniah buat para pemenang dan syabas kepada semua yang telah berjuang habis-habisan. Anda memang wira sebenar!
โSimpan kenangan ini. Jumpa lagi di KASUKMA 2027!
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
MARA SALUR RM1.07 JUTA, 4 USAHAWAN WANITA LANGKAWI TERIMA MANFAAT
LANGKAWI, 4 OKTOBER 2026 โ Empat usahawan wanita di Langkawi menerima kemudahan berjumlah RM1.075 juta menerusi SPiKE, Pembiayaan Am dan DanaNITA MARA dalam usaha membantu mengembangkan perniagaan serta meningkatkan kapasiti mereka.
Penyerahan kemudahan berkenaan berlangsung sempena Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 Parlimen Langkawi yang dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Dewan Negara dan Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA di Kompleks Kraf, Langkawi, semalam.
Program tersebut menghimpunkan hampir 300 wanita daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan, suri rumah, ibu tunggal, penjawat awam dan komuniti setempat, dengan pengisian yang memberi tumpuan kepada pembangunan diri, keusahawanan, kepimpinan serta kesejahteraan komuniti.
Selain kemudahan pembiayaan, peserta turut didedahkan kepada ekosistem keusahawanan MARA termasuk peluang mendapatkan sokongan dalam aspek pendigitalan, persijilan dan latihan bagi membantu mereka meningkatkan keupayaan serta daya saing perniagaan.
Pengisian program turut merangkumi Bicara Inspirasi Ikon Usahawan Berjaya, Taklimat Ekosistem Keusahawanan MARA, Taklimat Keselamatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, pameran agensi, jualan usahawan wanita serta pelbagai aktiviti komuniti.
Dalam masa sama, manfaat program turut diperluas kepada komuniti setempat apabila seramai 20 penerima asnaf dari Langkawi menerima sumbangan wang tunai dan mesin kira-kira daripada Yayasan Pelajaran MARA dan Rural Capital Berhad (RCB), manakala 50 pelajar Sekolah Menengah Ayer Hangat turut menerima manfaat menerusi inisiatif tersebut.
Turut hadir, YBhg. Datoโ Hajah Norma binti Haji Awang, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA; Encik Abdul Halim bin Mohammad, Pengarah MARA Negeri Kedah; Puan Hisyam Suhaily binti Othman, Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn. Bhd serta Puan Umi Kalsom binti Abd Mutalib, Wakil Penasihat GIATMARA Langkawi.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MARA dalam menyediakan akses kepada peluang dan sokongan yang dapat membantu wanita menjana pendapatan, mengembangkan perniagaan serta seterusnya memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti.
#WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #AkuKasihMalaysia #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #UnifiedEntity #60TahunMARA #MenjunjungAmanah
๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐ฅ, ๐ฐ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ-Karnival Sukan Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA (KASUKMA) XVI 2026 melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama empat hari tiga malam di Kolej Profesional MARA (KPM) Seri Iskandar, Perak.
Karnival yang bermula pada 1 Oktober itu menghimpunkan seramai 380 atlet daripada 10 kontinjen terdiri daripada enam KPM dan empat KM, yang bersaing dalam sembilan acara sukan iaitu futsal, bola tampar, catur, road relay, petanque, badminton, ping pong, boling dan FIFA.
Majlis penutupan disempurnakan oleh YBhg. Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA di Dewan Utama, KPM Seri Iskandar. Turut berlangsung sesi penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada pencapaian dan semangat juang yang ditampilkan para atlet sepanjang kejohanan. Pada majlis sama, insentif sukan turut disampaikan kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada SUKIPT sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa KASUKMA bukan sekadar medan memburu pingat dan piala, malah menjadi platform pembangunan pelajar melalui nilai disiplin, kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan ketahanan diri. Pengalaman bersukan juga dilihat sebagai pelengkap kepada kecemerlangan akademik dalam usaha membentuk pelajar MARA yang seimbang dan berdaya tahan.
KASUKMA XVI 2026 turut menyaksikan penyerahan bendera tuan rumah kepada KPM Beranang sebagai simbol kesinambungan penganjuran KASUKMA 2027, sekali gus meneruskan tradisi kecemerlangan sukan dalam kalangan warga KPM dan KM.