DAULAT TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharram 1446H.
Semoga Allah Subhanahu Wa Taโala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sembah takzim daripada Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t., Perikatan Nasional menang besar dalam PRK Sungai Bakap.
Saya mengucapkan setingg-tinggi terima kasih kepada pengundi-pengundi Sungai Bakap yang telah mengundi calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail. Sokongan padu anda telah membolehkan PN mencatatkan majoriti yang lebih besar dalam PRK ini.
Kemenangan PN ini adalah tanda keyakinan rakyat terhadap perjuangan PN dalam membela nasib mereka.
Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat. Ini termasuk penyasaran subsidi diesel yang menyebabkan kenaikan harga barang dan menambah beban rakyat, kedegilan kerajaan meneruskan penjualan saham MAHB kepada syarikat GIP walaupun ditentang hebat oleh rakyat dan kegagalan kerajaan melaksanakan janji-janji reformasi institusi malah semakin mencengkam kebebasan rakyat.
PRK Sungai Bakap menunjukkan pengundi bijak menilai. Mereka tidak termakan dengan sogokan dan pujukan PH-BN. Malah tindakan PH-BN yang menyalahgunakan jentera kerajaan secara besar-besaran untuk meraih undi juga tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada parti itu.
Tahniah kepada calon PN atas kemenangan yang amat bermakna ini dan terima kasih kepada semua jentera PN dari parti BERSATU, PAS, GERAKAN dan MIPP, rakan-rakan badan bukan kerajaan, tokoh masyarakat serta individu yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan PN.
TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional
7 Julai 2024
#sungaibakapkitakekal
#pnbest
Anwar sebut di Parlimen siapa yang tolak penjualan saham MAHB kepada GIP lebih Hamas daripada Hamas. Dia kata Hamas tak ada masalah pun.
Selepas itu Hamas keluar kenyataan menyokong semua tindakan memboikot Israel.
Adakah Perdana Menteri berbohong di Parlimen?
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445H.
Sembah takzim daripada,
Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
PENGUMUMAN
Setelah mempertimbangkan kesan Saman Fitnah ini kepada umum dan setelah
mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat, YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Datoโ Haji Mahiaddin Bin Haji Mohd Yassin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No. WA-23CY-21-04/2022.
YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Datoโ Haji Mahiaddin Bin Haji Mohd Yassin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat serta juga berharap agar Keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara.
26 APRIL 2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya kita dapat menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang kita lakukan, memakbulkan doa dan menganugerahkan kita ganjaran Lailatul Qadar, insya-Allah.
Pada kesemptan ini, saya dan isteri serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di mana pun mereka berada.
Sambutan Aidifitri tahun ini mungkin paling mencabar bagi rakyat Malaysia. Dalam situasi kenaikan kos sara hidup yang berterusan sejak setahun lalu terutama harga bahan makanan, kos perkhidmatan, tarif elektrik dan beberapa jenis cukai lagi, persiapan raya sedikit sebanyak sudah pasti terjejas.
Saya amat memahami keadaan ini dan berdoa semoga saudara saudari bersabar dan tabah menghadapi ujian ini.
Dalam kita bergembira menyambut ketibaan Syawal, jangan sesekali kita lupakan
saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan kesukaran hidup, mala petaka, bencana alam serta penindasan sama ada di tanah air sendiri mahupun di tempat lain seperti di Palestin.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga pergolakan yang sedang berlaku akan segera berakhir dan mereka dapat kembali menikmati kehidupan yang sebenar, bebas, merdeka dan tidak lagi ditindas.
Sempena Aidilfitri ini juga, jangan kita lepaskan peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dan kepada yang memandu sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.
Pada setiap 17 Ramadan, umat Islam akan mengingati peristiwa Nuzul al-Quran, peristiwa penting yang mana ayat suci al-Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Nuzul al-Quran adalah satu rahmat Allah SWT untuk umat manusia dan mukjizat baginda Rasulullah SAW yang kekal relevan dan terpelihara sehingga hari kiamat.
Di dalamnya terkandung sumber ilmu, hidayah dan panduan utama untuk seluruh umat manusia menjalani kehidupan seharian.
Mereka yang mencintai al-Quran akan sentiasa membaca, mengamalkan, menghayati dan menyebarluaskan kandungan untuk manfaat semua.
Justeru mengambil keberkatan Ramadan ini, marilah kita memperbanyakkan aktiviti tadarus dan tadabur al-Quran sebagaimana dituntut.
Janganlah kita lepaskan peluang untuk menuai ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang membacanya.
Saya juga mendoakan agar kita semua diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa dengan baik dan sempurna sehingga berakhir Ramadan, insya-Allah.
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1445H/2024M.
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโzim, Yang Di-Pertuan Agong.
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2024 bersamaan 12 Ramadan 1445 Hijrah.
Daulat Tuanku.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak daripada saya dan keluarga. Saya sentiasa mendoakan agar Allah memberikan kesihatan dan mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa tahun ini.
Mudah-mudahan dengan perpaduan kita sebagai rakyat, kita akan berjaya mengatasi setiap cabaran yang mendatang dan membina sebuah negara yang bersatu dan maju.
Gong Xi Fa Chai.
TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
Perikatan Nasional
(4/4)
Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia.
Semoga Tahun Naga ini akan membawa lebih kemakmuran dan anda semua akan menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sejahtera.
(1/4)
Justeru, adalah penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati serta menjalin kerjasama yang erat untuk membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya
(3/4)
Merafak sembah dgn ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar atas kemenangan besar beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.
(Kenyatan Penuh di FB:)
https://t.co/4kBoekJ0nw
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima (5) tahun mulai 31 Januari 2024.
Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan.
Sembah Takzim daripada
TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
(2/2)
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Taโzim sempena pemilihan DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai..
(1/2)