Dulu mereka tak faham. Kini mereka baru faham. Syukur.
Padahal Najib dah lama nampak dan faham kepentingan ini bagi masa depan teknologi tinggi di Malaysia lebih 12 tahun dahulu tetapi masa itu mereka yang belum mampu faham mahu tutup dan bakar kilang tersebut..
----
Lynas Malaysia menjangkakan masa depan yang menarik di Malaysia apabila loji nadir bumi syarikat itu telah mendapat kelulusan untuk beroperasi dengan sokongan penuh daripada kerajaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd (Lynas), Amanda Lacaze, berkata masa depan syarikat itu kelihatan lebih terjamin di Malaysia selepas berjaya mengangi beberapa cabaran politik yang dihadapi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat sini sebelum ini.
"Kami melihat masa depan dengan penuh semangat. Saya merasakan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) benar-benar memahami kepentingan nadir bumi pada abad ke-21.... dalam kenderaan elektrik, turbin angin dan bahan api tenaga baharu.
"Terdapat peluang di Malaysia untuk membangunkan sumber huluan dan juga ke arah membangunkan keupayaan hiliran...kerajaan ini sangat fokus untuk melakukan kedua-duanya kerana ia akan menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi semua rakyat Malaysia dan Lynas adalah bahagian penting daripada itu.
Ini adalah respon Peguam Negara dan pihak pendakwaan berkenan memo dalaman AGC ketika memo itu terbocor pada tahun lepas.
1. Bila ditanya wartawan, Peguam Negara kata mahu siasat bagaimana dokumen tersebut telah bocor.
2. Bila ditanya hakim kes IPIC dalam mahkamah tentang kesahihan memo dalaman tersebut, Timbalan Pendakwa raya jawab "no komen" pada hakim.
Memo dalaman AGC bertarikh awal tahun 2019 berkenaan kes IPIC:
- Memo dari pasukan pendakwaan kes IPIC ini kepada Ketua Peguam Negara Tommy Thomas merumuskan kesemua pasukan pendakwaan (7 DPP dan 5 pegawai penyiasat) sebulat suara mendapati bahawa:
- kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke Mahkamah sebab Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan
- tiada sebarang dokumen menunjukkan Najib telah melakukan kesalahan
- tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan
- kes IPIC terhadap Najib dan Tan Sri Irwan ini patut digugurkan.
Akhirnya, kes IPIC ditangguh sekitar 40 kali oleh pihak pendakwaan dan tak pernah dibicara sehari pun sejak Najib didakwa lebih 6 tahun dahulu pada Okt 2018.
Dua hari lalu, mahkamah membenarkan pendakwaan tangguh kes selama 4 bulan lagi ke 14 Nov 2024
Kerajaan Madani sasar untuk kurangkan penambahan hutang tahunan kepada RM86b bagi tahun 2024 ini berbanding RM93b pada tahun 2023 lepas dan RM100b pada tahun 2022.
Untuk rekod, berikut ialah jumlah kenaikan tahunan hutang dalam tempoh 9 tahun Najib menjadi PM:
2009: RM55.9b
2010: RM44.7b
2011: RM49.0b
2012: RM45.5b
2013: RM38.2b
2014: RM43.0b
2015: RM47.7b
2016: RM17.9b
2017: RM38.4b
Jelas kelihatan bahawa hutang langsung negara naik jauh lebih laju selepas masa Najib.
Jumlah hutang dijangka naik hampir berganda dari RM686.8b pada tahun 2017 masa Najib ke RM1,258.5b pada akhir tahun 2024 sekiranya sasaran RM86b bagi tahun ini dicapai.
Hari ini, kerajaan kata mereka komited untuk kurangkan nisbah hutang KDNK kepada 60% dalam tempoh 5 tahun.
Pada tahun 2023, nisbah ini telah naik dari 60.2% ke 64.3%.
Kerajaan mahu turunkan semula nisbah ini ke 60% dalam tempoh 5 tahun.
Sekiranya berjaya pun, paras 60% ini adalah jauh lebih tinggi berbanding nisbah 50% yang dicapai pada tahun 2017 masa Najib.
Ini adalah satu lagi bukti bahawa hutang negara masa Najib adalah pada paras selamat dan semakin terkawal - bukan negara semakin bankrap seperti difitnah mereka ketika itu.
Kenyataan berkenaan PMX hari ini kurang tepat.
RM48 bilion yang dimaksudkan dalam jawapan Menteri Kewangan II dalam Dewan Rakyat itu bukan dibayar sekaligus pada tahun 2023 lepas - tetapi ianya adalah jumlah keseluruhan prinsipal dan faedah hutang sejak 1MDB ditubuh.
Hutang 1MDB sebanyak RM18 bilion telah dibayar balik dan dilangsaikan pada tahun 2016 hingga 2017 setelah syarikat Edra Energy dijual semula.
Sebab itu, hutang 1MDB adalah sekitar RM32 bilion pada tahun 2018 selepas PRU14.
Sejak itu, dana sekitar RM30.2 bilion telah dikembalikan setkat ini sahaja melalui pelbagai perjanjian penyelesian. Ini termasuk:
1. RM29.03b yang telah diterima kembali setakat Feb 2024 seperti dalam kenyataan SPRM hari itu.
2. RM721.4 juta lagi yang dikembalikan oleh DOJ pada bulan Jun 2024 seperti diumum PMX
3. US$100 (RM470 juta) lagi yang akan dikembalikan seperti diumum DOJ pada akhir bulan Jun 2024.
Ada juga beberapa lagi penyelesian kes 1MDB yang masih belum muktamad dan bakal menyumbang lebih dana kepada 1MDB kelak.
(Paling pelik ialah kononnya Najib yang didakwa curi tetapi pihak-pihak lain yang bayar balik pulak?)
Perlu faham bahawa bukan kesemuanya RM32b atau hutang RM48b dana 1MDB telah hilang atau disalah guna oleh pihak-pihak lain.
Dana yang dipercayai bermasalah ialah sekitar US$4.5b iaitu nilai antara RM13.4b (USD1=RM3) ketika dana itu dipinda hingga ke RM21.2b (USD1=RM4.70) bergantung kepada tukaran FOREX semasa.
Segala dana yang didakwa hilang dari 1MDB ialah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada IPIC. Sebab itu, kerajaan masa Najib sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017 agar dana sehingga US$7.5 bilion dikembalikan selewatnya 30 Disember 2020.
Malangnya, perjanjian penyelesaian IPIC ini telah dibatalkan kerajaan PH1.0 selepas PRU14.
Biarpun itu, jumlah RM30.2b yang diperolehi kembali setakat ini sudah jauh melebihi nilai US$4.5b (RM12.5b hingga RM21.2b) yang didakwa hilang.
Perlu ingat juga bahawa 1MDB juga telah menggunakan dana yang pinjam mereka bagi mengusahakan projek-projek tersebut:
1. Membeli dan menyelesaikan masalah perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan masa PM4 yang didakwa Anwar dan sekutunya telah merugikan dana antara RM15b ke RM18b setiap tahun.
2. Membina dan menaik taraf 8 pangkalan ketenteraan seluruh negara termasuk pangkalan udara Sendayan iaitu pengkalan terbesar Malaysia.
3. Membina sistem terowong sepanjang 5km bernilai RM3 bilion di bawah daerah Imbi/Bukit Bintang dan jalan Sultan Jalan Ismail bagi mengurangkan kesesakan trafik bandar sebanyak 30%.
4. Projek TRX bernilai RM40 bilion yang dirasmikan PMX dan sudah terbukti sebagai satu projek yang berjaya
5. Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion
6. Tanah Pulau Pinang bernilai RM2 bilion.
7. Tanah Pulau Indah bernilai RM500 juta.
8. Pelbagai projek-projek CSR termasuk menyumbang kepada pembinaan kandang Panda di Zoo Negara, ribuan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan ribuan penajaan Haji kepada umat Islam.
Hari ini, hutang 1MDB berbaki RM5 bilion yang hanya perlu dibayar pada tahun 2039 namun baki akaun amanah 1MDB setakat 30 September lalu adalah RM5.15 bilion, dijangkakan penyelesaian sejumlah AS$1 bilion atau RM4.65 bilion akan diterima daripada IPIC pada tahun 2024 ini seperti dijawab Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada Nov 2023 lepas.
Bermakna hutang dan faedah 1MDB sudahpun selesai dan projek 1MDB sudah dan akan memberi untung yang besar kepada negara.
Sebab itu, setelah Najib jelaskan dalam jawapan bertulis terperinci kepada speaker pada tahun 2022, dia tidak dikenakan apa-apa tindakan mengelirukan Dewan Rakyat bila dia nyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa wang Rakyat tidak akan diperlukan untuk bayar hutang 1MDB dan akhirnya 1MDB akan perolehi untung besar.
Bermulanya di Teluk Melano
Menghubungkan perkampungan, pekan, bandar di seluruh Sarawak.
Ada yang dahulunya hanya boleh diakses bot sahaja.
Menjadi pemangkin, pencetus pertumbuhan di masa depan.
Kira-kira 60 kali ke Sarawak, meninjau hampir 130 lokasi memahami keperluan, merancang pertumbuhan.
Banyak lagi. Banyak lagi pelan yang seawal pentadbirannya dahulu dah disediakan bersama kepimpinan Sarawak.
Sentiasa mengusahakan, mendoakan Sarawak mara ke hadapan, makmur bersama rakyatnya.
Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Bumi Kenyalang.
Kerajaan umum hutang kerajaan sudah naik ke RM1.22 trilion.
Dalam tempoh 9 tahun masa Najib antara tahun 2008 ke tahun 2017, jumlah hutang naik RM381b dari RM306b ke RM687b manakala nilai aset bersih Petronas naik RM318b dari RM114b ke RM432b.
Tetapi dalam tempoh 6 1/4 tahun selepas Najib, hutang naik RM533b dari RM687b ke RM1,220b manakala aset bersih Petronas hanya naik RM62b dari RM432b ke RM494b.
Projek River of Life siap sepenuhnya pada tahun 2138.
- 6 tahun masa Najib (2012-2018): +80%
- 6 tahun selepas Najib (2018-2024): +1%
Pada kadar kemajuan 1% bagi setiap 6 tahun dengan baki 19% lagi , projek ROL akan siap 100% dalam 114 tahun lagi iaitu pada tahun 2138.
Berdasrkan data dikeluarkan DOSM bagi saiz ekonomi negeri, kadar pertumbuhan ekonomi masa Najib adalah lebih 5 kali ganda lagi tinggi berbanding tempoh selepas Najib.
Kadar pertumbuhan juga lebih sama rata antara semua negeri dan wilayah masa Najib berbanding dalam tempoh selepas Najib.
Betul.
1. Jumlah Aset Petronas naik RM449b (256%) dalam tempoh 9 tahun Najib banding kenaikan RM185.6b (30.4%) dalam tempoh 6 tahun selepas Najib
Jumlah Ekuiti (aset bersih) naik RM318b (278%) dlm tempoh 9 tahun Najib banding kenaikan RM62b (14.3%) dlm 6 tahun selepas Najib
Rizab tunai Petronas naik RM128.5b (282%) naik dalam tempoh 9 tahun Najib banding kenaikan RM39b (22.4%) dlm 6 tahun selepas Najib
2. Projek RAPID Pengerang yang diusaha sama dengan Arab Saudi yang melabur US$7b (RM33b) telah menaikkan jumlah kapasiti penapisan minyak supaya negara tidak perlu lagi bergantung kepada Singapura. Ianya juga telah merancakkan sektor petroleum hilir. Akibatnya Malaysia sekarang mampu mengeluarkan bahan-bahan kimia untuk kegunaan industri sendiri.
3. Projek SAMUR di Sipitang, Sabah bernilai RM4.6b telah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport baja terbesar di ASEAN agar Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada import baja. Ianya juga telah banyak menaikkan keuntungan Petronas Chemicals. Pada tahun 2021, keuntungan Petronas Chemicals telah naik ke RM7.3b.
4. Projek LNG Canada (tahun 2018) dan pemilikan Progress Energy (tahun 2012) serta dua lagi pembelian oleh Petronas Canada bermaksud Petronas menjadi antara syarikat dengan rizab gas terbesar di Petronas yang bernilai RM2.5 trilion. Petronas juga milik kepentingan 25% dalam antara kompleks pencairan dan eksport gas terbesar di dunia.
Malaysia menjadi pelabur terbesar di Kanada dan projek-projek di Kanada ini menjamin masa depan Petronas pada ketika jumlah rizan dan pengeluaran gas di Malaysia semakin menurun.
Petronas ditubuh pada tahun 1974 oleh Tengku Razaleigh (Ku Li) atas arahan dan sokongan ayahanda Najib, Tun Razak.
Najib tahu lah. Dia orang minyak. Dulu kerja dua tahun di Petronas (1974-1976) ketika syarikat itu ditubuhkan.
Kemajuan projek River of Life.
- 6 tahun masa Najib (2012-2018): +80%
- 6 tahun selepas Najib (2018-2024): +1%
Masih mahu salahkan Najib?
Padahal, kemajuan projek masa Najib adalah memberangsangkan sehinnga ROL disenarai oleh media asing sebagai antara 10 projek waterfront terbaik dunia pada tahun 2018.
Petronas menjadi pemilik dan pengeksport gas terbesar di Kanada dengan rizab (bernilai RM2.5 trilion) hampir sama saiz dengan rizab di Malaysia.
Projek akan mula beroperasi pada akhir tahun 2024 ini.
Lebih lanjut: https://t.co/8zvTvtM7ZM