Projek mega ECRL RM50 bilion mungkin ambil masa lagi panjang nak siap. Sebabnya? Kabel lesap kena curi!
Dalam masa dua minggu je, lebih 1.6km kabel hilang antara Temerloh, Lanchang dan Bentong. Bukan sikit tu, memang macam operasi besar-besaran geng besi buruk.
Akibatnya, kontraktor utama China Communications Construction dah warning projek boleh delay sebab nak ganti barang bukan macam beli kat kedai hardware tapi parts custom-made ni ambik masa berbulan nak order.
Masalah ni bukan sekadar naikkan kos, tapi juga jejaskan timeline. Sedangkan sekarang ni dah masuk fasa paling kritikal, dengan sistem komunikasi, signalling, dan infrastruktur lain tengah dipasang.
Kalau asyik kena curi, makin susahlah nak capai target siap hujung 2026. Itu sebab Malaysia Rail Link (MRL) pun risau benda ni boleh disrupt perancangan besar, sebab bila delay, efek dia berganda pada ekonomi dan sosial pantai timur.
Kalau tengok skala projek ECRL ni, merentas Kelantan, Terengganu, Pahang, sampai Selangor memang besar. Jadi bila ada kes kecurian berulang, jelas ada kelemahan dalam kawalan keselamatan.
Soalan sekarang, sampai bila nak biar kabel hilang macam ni? Sebab kalau tak diselesaikan cepat, rakyat juga yang rugi bila projek lambat siap, kos melambung, dan faedah ekonomi yang dijanjikan tak sampai-sampai.
Keadaan dekat sempadan NATO dah makin panas bila Rusia dan Belarus start latihan ketenteraan besar-besaran, Zapad 2025.
“Zapad” ni dalam bahasa Rusia maksudnya “Barat”. Nama tu dipakai untuk latihan ketenteraan besar Rusia (dan biasanya sekali dengan Belarus) sebab ia fokus dekat kawasan sempadan barat Rusia, betul-betul menghadap negara-negara NATO macam Poland, Lithuania, Latvia.
Jadi bila orang sebut Zapad drills, maksudnya latihan ketenteraan Rusia di arah barat, yang selalu buat negara jiran jadi risau sebab nampak macam persediaan untuk ancaman sebenar.
Poland terus naikkan tahap berjaga-jaga, sampai tutup sempadan dengan Belarus sebab risau latihan ni sebenarnya cover-up untuk provokasi lebih besar.
Lagi pedih bila sebelum ni Poland tuduh Rusia hantar drone serang masuk ruang udara mereka dan benda ni memang buat seluruh Eropah rasa tak sedap hati.
Rusia kata latihan ni cuma untuk “asah skill komander dan askar”, bukan nak ugut sesiapa. Tapi timing dia memang di tengah-tengah perang Ukraine masih berjalan, serangan udara ke atas bandar Ukraine makin kuat, tiba-tiba buat drill besar dekat sempadan NATO.
Poland punya PM, Donald Tusk siap warning ini “hari-hari kritikal”, siap banding keadaan sekarang dengan Perang Dunia Kedua. Kau boleh bayang betapa tegangnya situasi tu.
Sekarang ni Poland dah siap pasang kawat berduri dekat sempadan, memang macam nak standby kalau apa-apa jadi. NATO pula confirm tak boleh rileks sebab latihan Zapad ni bukan benda kecil, dari dulu pun setiap kali Rusia buat, ia dianggap signal kuasa ke Barat.
Eropah tengah duduk atas bara api, tunggu masa je nak marak kalau ada satu langkah silap dari mana-mana pihak!
Dekat Semporna kecoh bila pelancong kena “double charge” landing fee, sampai tercetus gaduh depan orang ramai dan viral kat media sosial.
Polis dah tangkap tiga lelaki tempatan, dan ramai mula persoal kenapa pengurusan pelancongan Sabah macam tak teratur.
Padahal tempat tu orang panggil “Maldives Malaysia”, tumpuan diver dan pelancong luar, tiba-tiba tercalar imej sebab drama macam ni.
Menteri dah masuk campur, warning hanya operator berlesen je boleh kutip fee, yang tak ada lesen jangan pandai-pandai.
Kalau isu macam ni berulang, takut pelancong luar serik nak datang. Rugi besar sebab industri pelancongan Sabah memang banyak bergantung pada reputation laut jernih dan pantai cantik tu. Jadi kena cepat-cepat tighten up supaya imej tak terus rosak.
Nadiem Makarim, bekas Menteri Pendidikan dan co-founder Gojek, ditahan sebab dikaitkan dengan skandal rasuah projek pembelian Chromebook bernilai lebih RM515 juta.
Siasatan dedah dia didakwa salah guna kuasa masa jadi menteri antara 2019-2024, siap keluar dekri khas yang buat spesifikasi tender hanya sesuai untuk Chromebook. Kerugian negara dianggarkan sampai 1.98 trilion rupiah, memang gila besar.
Lagi kecoh bila terbongkar Nadiem jumpa wakil Google Indonesia enam kali sebelum projek tu, dan pejabat GoTo Gojek Tokopedia pun kena serbu cari bukti.
Google dan GoTo senyap tak bagi komen, tapi kes ni confirm gegar dunia teknologi Indonesia. Kalau betul sabit, bukan saja reputasi Nadiem yang jatuh, tapi keyakinan pelabur luar pada sektor tech Indonesia pun boleh terjejas teruk.
Untuk rekod, Nadiem Makarim ni asalnya terkenal sebagai co-founder Gojek, aplikasi ride-hailing pertama di Indonesia yang kemudian berkembang jadi gergasi teknologi bila bergabung dengan Tokopedia untuk bentuk GoTo.
Lepas kejayaan tu, dia dilantik jadi Menteri Pendidikan dan Kebudayaan pada 2019 di bawah Presiden Jokowi, dengan misi nak reformasi sistem pendidikan Indonesia.
Ramai kagum sebab dia datang dari dunia startup tapi diberi peluang pegang jawatan besar dalam kabinet, dianggap simbol generasi muda yang inovatif dan pro-teknologi.
Kat Australia sekarang ni ada protes besar-besaran pasal isu kos sara hidup, rumah mahal, gaji tak naik, hidup makin tertekan.
Bila dah buntu, imigran jadi sasaran mudah. Kat Melbourne, Sydney, sampai Canberra, beribu orang turun bawak slogan “stop the invasion” kononnya nak lindung kerja dan negara dari “mass migration”.
Tapi yang bahaya, protes ni bukan sekadar isu ekonomi je sebab ada kumpulan kanan ekstremis, siap ada unsur neo-Nazi yang cucuk sentimen rasis. Itu yang buat kerajaan cepat kecam, kata protes ni lebih kepada hate rally daripada betul-betul nak bincang polisi.
Sebenarnya, masalah kos sara hidup tu datang dari dasar ekonomi sendiri iaitu perumahan tak terkawal, inflasi tinggi, gaji stagnant.
Salahkan imigran ni cuma jalan pintas yang takkan selesai masalah. Ironinya, separuh rakyat Australia pun ada kaitan imigrasi, sama ada lahir kat luar atau ibu bapa dia lahir luar negara.
Selain dari masalah politik, Indonesia jugak sekarang tengah hadap krisis gas bila permintaan dalam negeri melambung tapi pengeluaran makin merosot.
Kerajaan terpaksa utamakan industri tempatan macam baja, petrokimia dan keluli sampai eksport LNG kena tangguh, ada kargo ditolak ke 2026.
Masalah ni bukan kecik sebab reputasi Indonesia sebagai pengeksport boleh tercalar, dan negara jiran macam Singapura mungkin cari pembekal lain.
Industri tempatan pula tersepit, kos naik, ada yang stop operasi, pekerja sampai 135,000 orang terancam, dan pelabur pun jadi seram nak letak duit bila bekalan tenaga tak stabil.
Xi Jinping dan Modi bertemu di Tianjin, China, sempena satu sideline regional summit.
Dua negara paling ramai penduduk kat dunia ni iaitu China dan India tiba-tiba nak “mesra” balik first time dalam tujuh tahun, dengan naratif nak jadi kawan baik sebab dunia tengah huru-hara dengan perang Ukraine, tekanan Barat, dan paling besar sekali, tarif keras dari Trump yang tengah lanyak ekonomi global.
Xi siap guna metafora “naga dan gajah menari bersama” untuk tunjukkan betapa pentingnya China-India kalau jadi partner, bukan rival.
Modi pulak balas dengan janji nak bina hubungan atas dasar “mutual trust and respect”, siap sentuh isu sempadan Himalaya yang pernah ada pertempuran berdarah 2020 dulu.
Maksudnya, dua-dua cuba tunjuk goodwill sebab diorang tahu kalau bergaduh lagi, yang untung hanyalah Washington.
Tapi realitinya, dunia tengah perhati rapat. Washington risau sangat kalau India makin rapat dengan China sebab selama ni US nak jadikan India “counterweight” kepada pengaruh Beijing.
Kalau Xi berjaya ikat Modi dalam orbit dia, kira Trump punya tarif dah makan diri, buat lawan dia makin kuat melalui “friendship” baru ni.
Kalau China dan India betul-betul erat semula, impaknya pada ekonomi Amerika Syarikat memang besar.
Gabungan dua negara ni dah mewakili hampir 2.8 bilion orang, iaitu lebih kurang 35% daripada populasi dunia, dengan ekonomi gabungan bernilai lebih USD 27 trilion (China sekitar USD 17.7 trilion, India USD 3.7 trilion ikut data 2024, dan terus berkembang).
Lagi kritikal, kalau China-India sepakat gunakan lebih banyak mata wang tempatan dalam perdagangan, ia boleh percepat proses “de-dollarisation” sedangkan sekarang lebih 58% perdagangan global masih dalam USD.
Kat Jakarta sekarang tengah panas pasal Affan Kurniawan, pemandu ojek yang takde kena-mengena dengan demo, terbunuh kena langgar kenderaan polis masa protes kos sara hidup.
Orang dah sedia marah sebab gaji rendah, cukai tinggi, harga barang naik, tambah pulak ahli politik dapat elaun rumah 20 kali ganda gaji minima dan terus jadi bom jangka.
Kematian Affan ni ibarat simbol rakyat kecil yang selalu jadi mangsa, so ribuan student, pekerja, geng ojek semua bersatu turun jalan.
Polis cuba redakan dengan gas pemedih mata, water cannon bagai, tapi makin ramai bangun lawan.
Presiden Prabowo terpaksa keluar statement, janji siasatan telus, polis minta maaf, tapi rakyat rasa maaf tu tak cukup.
Diorang nak keadilan untuk Affan, nak pegawai salah dihukum, dan yang paling penting nak sistem ekonomi lebih adil.
Selagi isu asas macam kos sara hidup tak settle, jangan pelik kalau jalan raya Jakarta terus bergegar dengan protes.
KEPADA PENGUSAHA PERNIAGAAN KECIL-KECILAN.
Model bisnes kecil yang paling padu zaman sekarang ialah yang ada fleksibiliti tinggi.
Maksud fleksibiliti ni kita boleh adjust, tukar haluan atau buat keputusan dengan cepat ikut perubahan keadaan.
Dalam dunia bisnes yang makin gila laju ni, siapa yang lambat confirm akan tertinggal jauh kat belakang.
Kenapa laju tu penting? Sebab zaman AI ni, benda boleh berubah overnight. Satu hari keluar tools baru, esok terus ada orang guna untuk buat bisnes lagi efisien, murah dan pantas.
Kalau bisnes kecil tak ikut tempo ni, memang susah nak compete dengan player lain. Jadi kelajuan adaptasi tu bukan lagi pilihan, tapi keperluan.
Kalau kita throwback sikit, dulu banyak bisnes kecil mati sebab overhead cost tinggi iaitu sewa pejabat, gaji ramai pekerja, kos operasi yang tak boleh nak elak.
Tapi sekarang dengan AI, banyak benda dah boleh automate. Dari customer service sampai content marketing, semua boleh buat dengan kos jauh lebih rendah. So, model bisnes lama yang heavy overhead tu makin tak relevan.
Apa yang saya nampak AI ni macam “equalizer” dalam dunia bisnes. Kalau dulu player besar menang sebab ada modal besar dan manpower ramai, sekarang player kecil boleh lawan balik dengan leverage AI.
Yang penting bukan berapa besar syarikat kau, tapi berapa cepat kau boleh adapt dan guna teknologi untuk tambah value.
Dah tak boleh lari lagi.. bisnes kecil zaman sekarang kena design model yang lean, fleksibel dan AI-driven.
Bukan nak ikut style korporat lama yang penuh bureaucracy dan kos tinggi. Lagi ringan kos, lagi cepat bergerak, lagi senang nak adjust dengan trend baru.
Dalam dunia bisnes moden ni, survival bukan untuk yang paling besar, tapi untuk yang paling pantas berubah.
Menteri Kewangan France cakap yang mereka berhadapan dengan risiko bailout IMF.
Hutang negara dah cecah €3.3 trilion (lebih kurang 114% daripada GDP), lagi teruk daripada Spain dan Portugal yang dulu pernah kena label negara “PIIGS” masa krisis kewangan 2008.
Masalah makin rumit bila kerajaan Macron kena kritik sebab banyak belanja untuk krisis tenaga lepas COVID dan perang Ukraine, tapi ekonomi pulak makin tak stabil.
Kalau tengok market, situasi ni dah bagi signal bahaya. Hasil bon 10 tahun Perancis (3.5%) dah lebih tinggi daripada Greece (3.44%), padahal Greece tu negara yang orang selalu cakap paling rapuh dalam Eurozone.
Saham-saham bank besar macam BNP Paribas dan Société Générale jatuh lebih 6% sebab mereka pegang banyak bon kerajaan Perancis. Bila credit rating negara mula goyang, pelabur lari, bank pun boleh kena tempias besar.
Kira macam ni la, France sekarang bukan je bergelut dengan hutang, tapi juga krisis politik kerajaan yang dah runtuh dua kali dalam setahun.
Austerity measures macam potong cuti umum pun rakyat tak suka, Parlimen pula tolak. Jadi masalah ni bukan sekadar nombor, tapi krisis keyakinan penuh.
Kalau benda ni berterusan, IMF bailout yang dulu orang rasa mustahil, boleh jadi realiti macam yang pernah jadi dekat Greece dulu.
Trump buat langkah luar biasa dengan pecat terus Lisa Cook, salah seorang board governor Federal Reserve, dengan alasan ada kaitan kes penipuan mortgage.
Dalam surat rasmi, Trump kata dia guna kuasa bawah Perlembagaan AS dan Federal Reserve Act 1913 untuk buat keputusan tu.
Secara teknikal, presiden memang ada kuasa untuk melantik dan juga membuang ahli lembaga Fed, tapi ia dalam kes salah laku dan jarang sangat berlaku sebab boleh ganggu kepercayaan pasaran.
Tapi isunya kat sini Cook masih belum dibukti bersalah. Ramai pakar risau ini akan buka pintu kepada presiden tekan Federal Reserve supaya ikut agenda politik, contohnya turunkan kadar faedah bila ekonomi tengah tegang.
Fed sepatutnya buat keputusan dasar monetari ikut data, bukan ikut tekanan politik. Jadi bila presiden sendiri boleh pecat board governor, pelabur global mula ragu-ragu dengan kebebasan Fed, dan ini boleh jejaskan keyakinan terhadap dolar AS serta pasaran kewangan Amerika secara keseluruhan.
Untuk Powell pulak walau Trump marah pada dia, ia tak libatkan kes salah laku. Itu sebab sejak dulu, walaupun Trump selalu marah Powell sebab tak turunkan interest rate ikut kehendaknya, Trump takde alasan cukup kuat untuk pecat Powell.
Untuk rekod, Lisa Cook ialah seorang pakar ekonomi. Beliau sebelum ini merupakan profesor di Michigan State University dengan fokus kajian dalam bidang ekonomi antarabangsa, pembangunan ekonomi, inovasi, dan juga sejarah ekonomi.
Malaysia baru je lancarkan cip edge AI pertama buatan tempatan, MARS1000 hasil kerja SkyeChip Sdn Bhd.
Dibina dengan teknologi 7 nanometer, cip ni direka untuk sokong penggunaan AI dalam bidang macam smart city, smart agriculture, automasi industri dan trafik pintar.
Dalam masa sama, Elliance Sdn Bhd turut perkenalkan EdgeMind, sistem Edge AI yang memudahkan penggunaan AI dalam industri, pertanian dan pendidikan.
Untuk rekod, eksport semikonduktor Malaysia dah naik 15.7% pada separuh pertama 2025, jauh mengatasi pertumbuhan eksport keseluruhan 3.8%.
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sekarang berdepan tuduhan “lese majeste”, undang-undang fitnah diraja yang memang keras.
Kalau bersalah boleh kena penjara sampai 15 tahun. Punca isu ni balik-balik kepada wawancara dia tahun 2015 dengan media Korea, yang dikaitkan dengan rampasan kuasa tentera yang tumbangkan adiknya, Yingluck, pada 2014.
Bayangkan, kes lama bertahun-tahun dulu pun boleh timbul balik sebab sentimen politik Thailand memang sensitif bila bab monarki.
Apa yang menarik, Thaksin dah lama tak ada jawatan rasmi, tapi pengaruh dia dalam politik Thailand masih besar.
Ramai lawan politik dia guna kes ini untuk tekan kedudukan keluarga Shinawatra. Malah, anaknya sendiri, Paetongtarn yang jadi Perdana Menteri pun kena gantung sebab isu panggilan telefon dengan bekas PM Kemboja, Hun Sen.
Dalam call tu dia panggil Hun Sen “uncle” dan kutuk komander tentera Thai. Lepas rakaman bocor, terus jadi alasan untuk jatuhkan dia.
Jadi nampak gaya politik Thailand ni masih penuh dengan perang kuasa antara pro-royalis, tentera, dan keluarga Shinawatra.
Kalau Thaksin dibebaskan, dia boleh guna keputusan tu untuk bersihkan imej, kata dia sebenarnya setia pada institusi raja.
Tapi kalau bersalah, itu mungkin cetus konflik politik baru sebab penyokong dia memang ramai, terutama luar Bangkok.
Thailand sekarang macam duduk atas bara api, apa saja keputusan mahkamah boleh jadi pencetus episod politik baru yang lagi panas.
Satu insiden membabitkan jet pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM berlaku di Pangkalan Udara Kuantan pada malam 21 Ogos 2025.
Awalnya media hanya laporkan sebagai “incident”, tapi kemudian sahkan pesawat itu sebenarnya terhempas sewaktu berlepas.
Mujur juruterbang dan pegawai sistem senjata sempat keluar dengan selamat menggunakan kerusi lenting dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan.
Fleet Hornet Malaysia dah berkhidmat sejak 1997 lagi iaitu dah lebih 25 tahun.
Netanyahu marah dengan PM Australia Anthony Albanese, kata dia “pengkhianat Israel” dan akan diingati sebagai “ahli politik lemah”.
Semua ni meletup sebab Australia umum nak ikut jejak UK, Perancis dan Kanada mengiktiraf negara Palestin.
Lagi pedas, Australia siap halang ahli politik sayap kanan Israel masuk negara, lepas tu Israel balas dendam dengan tarik balik visa wakil Australia ke Palestin.
Dekat sini nampak dua benda; satu, Israel memang tengah defensive habis bila makin ramai negara Barat dah berani sokong Palestin.
Dua, Australia dengan Albanese tak heran pun, siap jawab “aku tak ambik personal, aku layan semua pemimpin luar dengan hormat”.
Menteri imigresen Australia pulak sempat sindir, kata kekuatan bukan ukur berapa ramai orang kau boleh bom atau biar kebuluran. Memang makan dalam tu.
Ironinya, dalam Israel sendiri pun ada yang kata tindakan Netanyahu ni sebenarnya bagi “gift” dekat Albanese, sebab lawan dengan Netanyahu sekarang ibarat naik saham politik percuma.
Tambah pulak rekod dunia dah jelas, lebih 62 ribu orang dah terbunuh sejak perang bermula, benda ni buat lebih ramai simpati kat Palestin.
Jadi makin ramai negara angkat tangan kata “kami sokong Palestin”, Netanyahu pulak makin marah sampai hilang kawalan.
Thailand tengah cuba cara baru nak tarik pelancong.. dia orang buat sistem tukar crypto terus ke baht.
Senang cerita, kalau kau ada Bitcoin atau Ethereum, boleh terus tukar jadi duit Thailand untuk belanja makan tomyam, shopping atau naik tuk-tuk.
Limit pun dia letak 550,000 baht lebih kurang RM80 ribu untuk elak aktiviti pelik-pelik macam money laundering. Nampak gaya Thailand nak jadi lebih mesra pelancong digital, sebab dia tahu ramai geng crypto ni suka travel.
Tapi benda ni ada risiko…Crypto ni kan naik turun macam roket, sehari boleh kaya sehari boleh rabak. Kalau masa tukar harga tengah tinggi, untunglah ekonomi Thailand.
Tapi kalau jatuh, mungkin nilai sebenar yang masuk tak seberapa. Cuma dari segi marketing, langkah ni smart..dia bagi imej Thailand sebagai negara yang open minded dengan teknologi, dan automatically jadi lebih attractive daripada jiran macam Malaysia atau Indonesia.
Baru-baru ni ada “World Humanoid Robot Games” dengan lebih 500 robot humanoid dari 16 negara macam Jepun, Jerman dan AS datang berlawan dalam 26 acara, termasuk lumba lari, bola keranjang sampai ke kickboxing.
Acara sulung ni memang tunjuk betapa seriusnya China nak lead sektor robotik humanoid yang tengah booming ni.
Dalam acara pembukaan, Unitree H1 robot dari Hangzhou terus sapu tempat pertama dan ketiga untuk larian 1,500 meter, siap kalahkan pesaing dari Beijing, X-Humanoid’s Tien Kung Ultra yang sebelum ni pernah join half-marathon campur manusia.
H1 ni bukan calang-calang, harga dia cecah 650,000 yuan lebih kurang USD90 ribu, dan pernah siap buat tarian tradisional Cina masa Spring Festival Gala tahun ni.
Kalau fikir balik, benda ni macam petanda masa depan yang mana hari ni robot main bola, esok lusa mungkin ada liga penuh humanoid.
Soalan besar: adakah ni sekadar hiburan teknologi, atau satu langkah awal ke arah robot ganti manusia dalam bidang sukan dan kerja fizikal? Apa pun, nampak jelas China guna pentas ni nak tunjuk kuasa teknologi dia kat dunia.
“Trump-Putin summit”, nampaknya habis tanpa hasil konkrit. Trump kata ada “great progress”, Putin pun kata perbincangan positif, tapi bila wartawan tanya detail, dua-dua tak jawab soalan.
Jadi orang luar pun blur apa benda yang diorang bincang enam jam dalam bilik tu? Yang jelas, perang Ukraine masih tak ada jalan penyelesaian.
Ukraine pulak terus bergantung harap pada Amerika, siap ingatkan syarat utama nak bincang aman ialah “ceasefire dulu”.
Trump kata “no deal until there’s a deal.” Dia nak nampak macam pegang kad besar, tapi realitinya dia balik ke Washington tangan kosong. Putin pula sempat bagi amaran pada Ukraine dan Eropah jangan kacau proses diplomasi, macam nak kata “jangan menyibuk”.
Hakikatnya, dua-dua cuba jual naratif masing-masing sebab tahu dunia tengah fokus pada Alaska.
Pada masa sama wakil Kremlin siap puji mesyuarat ni produktif walaupun tak keluar apa-apa perjanjian. Katanya US dan Russia tetap akan teruskan hubungan walaupun ada “resistance”.
Maksudnya banyak halangan, tapi masing-masing masih nak cari ruang kerjasama terutama bab ekonomi.
Jadi, walaupun headline kata “tiada deal”, sebenarnya dua kuasa besar ni masih testing air..mungkin next round baru kita nampak siapa untung lebih.
Ong Beng Seng, bilionair terkenal Singapura, kena denda maksimum $30,000 sebab bersubahat halang proses keadilan dalam kes melibatkan bekas menteri pengangkutan S. Iswaran.
Hakim sebenarnya nak bagi dia hukuman penjara 3 bulan, tapi sebab kesihatan dia yang teruk doktor sahkan dia ada kanser yang tak boleh dirawat dan penjara boleh mengancam nyawa hukuman tu ditukar kepada denda.
Hakim cakap ini kes di mana “faktor kemanusiaan” patut menang, jadi mereka pilih untuk bagi peluang pada Ong. Kalau tak kerana masalah kesihatan tu, besar kemungkinan dia dah duduk dalam sel sekarang. Menariknya, Iswaran pula dah pun jalani hukuman 4 bulan penjara untuk kesalahan yang sama.
Ni kira kes “plot twist” dalam dunia penerbangan. Pesawat AirAsia dari KL sepatutnya mendarat di Incheon, tapi entah macam mana boleh tersasar ke lapangan terbang Gimpo.
Alasannya sebab gelora udara yang paksa penerbangan dialihkan, tapi cara pihak penerbangan handle situasi tu buat penumpang makin bengang.
Lagi kelakar, kapten pada awalnya umum dah sampai Incheon, tapi lepas penumpang check telefon dan persekitaran, baru sedar sebenarnya mereka kat Gimpo.
Keadaan jadi makin panas bila penumpang terpaksa tunggu hampir dua jam sebelum berlepas semula ke Incheon. Sepanjang tempoh tu, ada yang kata kru langsung tak hulur air minuman, malah ada penumpang yang bawa anak kecil rasa tak puas hati.
Ada juga yang terus nak turun saja di Gimpo sebab malas nak sambung drama penerbangan tu. Lebih teruk, ada penumpang dakwa kru sendiri tak tahu lokasi sebenar pesawat sampailah penumpang yang beritahu.
Walaupun kapten dan kru akhirnya minta maaf masa dah dalam perjalanan semula ke Incheon, penumpang kata mereka tak puas hati sebab tiada penjelasan jelas diberi sejak mula.
Ada yang kata pihak penerbangan gagal kawal keadaan dan tak berusaha meyakinkan penumpang sepanjang menunggu.