Takkan la sebuah hospital swasta ternama nak buat macam ni.......harap diaorang ni semua disaman la.....
PETALING JAYA – Sunway Medical Centre, Sunway City tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai rawatan yang diberikan kepada seorang pesakit dari Indonesia.
Dalam kenyataan bertarikh 16 Januari 2026, pihak hospital memaklumkan mereka sedar akan tuntutan dan dakwaan yang sedang beredar, namun menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu yang dibuat terhadap doktor dan institusi berkenaan.
“Sunway Medical Centre, Sunway City sedar akan dakwaan yang tular di media sosial berkaitan penjagaan terhadap seorang pesakit dari Indonesia.
"Kami kesal dengan tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap doktor dan hospital kami,” menurut kenyataan itu.
Menurut pihak hospital, semua siasatan telah dijalankan dan diselesaikan selepas pesakit berkenaan discaj, dengan berpandukan bukti klinikal.
Selain itu, Sunway Medical Centre turut memaklumkan pihaknya telah dan masih berhubung secara konstruktif dengan wakil perundangan yang dilantik oleh pesakit.
Bagaimanapun, hospital menegaskan mereka tidak akan mengulas secara terperinci mengenai kes tersebut berikutan komitmen terhadap kerahsiaan pesakit, selain proses yang masih berlangsung.
“Kami tidak akan mengulas sebarang butiran khusus ketika proses ini berjalan.
"Hospital dan doktor juga berhak mengambil sebarang tindakan yang wajar bagi melindungi kepentingan masing-masing,” tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu, Sunway Medical Centre menegaskan komitmen mereka untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit dengan penuh profesionalisme, belas ihsan dan integriti.
-Agensi/Mynewshub
Bdk umur 20 vs kita 26 dah minta kita buat mcm mcm style 💦 Kita pon layan sbb sedap.
Mak ayah dia keluar gi meeting kitaorg beromen kat hall rumah dia 😂
@MALAYSIAVIRALLL Aku sebenarnya baru tau org sabah sarawak sndri taksub ngn pemimpin mereka dan salahkan semenanjung xbantu itu ini. Selama ni aku pun igt semenanjung xpedulikan ss rupanya ada pihak tgh yg mengaut semua duit2 utk pembangunan tu.