๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ข๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฉ๐๐ฌ ๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ง๐ข ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Syarahan Felo DiRaja yang disampaikan oleh Felo DiRaja Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-โAbidin Ibni Tuanku Muhriz.
Dalam syarahan yang bertajuk โNavigating Global Uncertainty: How Malaysia Should Respondโ, YAM Tunku Zain memberi pandangan mengenai bagaimana Malaysia perlu berdepan ketidaktentuan global yang semakin kompleks.
Beliau menjelaskan bahawa dunia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perubahan iklim, konflik geopolitik, ketidakstabilan politik dan kemajuan pesat kecerdasan buatan (AI).
Faktor-faktor ini meningkatkan ketidaktentuan yang memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan, perpaduan sosial dan hubungan antarabangsa.
Mengakhiri syarahannya, YAM Tunku Zain berkata Malaysia perlu memanfaatkan kekuatan sedia ada dan mencari penyelesaian kreatif dalam menghadapi ketidaktentuan global.
Hadir sama, Naib Canselor, Prof. Datoโ Dr. Sufian Jusoh; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail; Pengarah IKMAS, Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah dan pengurusan tertinggi universiti.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐๐ข
Sidang Kemuncak ESG MAPAN 2026 menutup tirainya selepas dua hari menjadi platform kolaborasi kerajaan, industri, NGO dan ahli akademik dalam memacu agenda ESG negara.
Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh berkata, sidang kemuncak ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara kerajaan, industri, NGO dan institusi akademik mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan agenda ESG yang lebih berkesan.
Sidang kemuncak ini turut menjadi platform nasional untuk memperkukuh pelaksanaan ESG merentas pelbagai sektor, menggalakkan pembangunan penyelesaian berasaskan penyelidikan, mempromosikan inovasi dan amalan terbaik, serta meningkatkan kefahaman mengenai National Sustainability Reporting Framework (NSRF).
Majlis turut menyaksikan penyampaian Decarbonisation Award Ceremony bagi kategori Climate Awareness sebagai pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kesedaran terhadap usaha penyahkarbonan.
Turut hadir, Penaung MAPAN, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak; Pengasas dan Pengerusi MAPAN, Dr. Ben Ong Joo Hock; serta Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ฉ๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ซ๐๐๐ฎ๐๐ง
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Majlis Pengukuhan Kerjasama UKM dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam yang memfokuskan kepada inisiatif "Ke Arah Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Melalui Perolehan Sijil Profesional".
Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail dan Ketua Pengarah ANM, Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin bagi menghargai komitmen ANM dalam memperkukuh kerjasama dengan UKM, sekali gus meraikan pelajar latihan industri Fakulti Sains dan Teknologi yang kini sedang mengikuti kursus sijil profesional di ANM.
Prof. Dr. Ismanizan berkata UKM terus komited memperkasa graduan dengan ilmu, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan bagi memastikan mereka bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Pensijilan profesional ini merupakan satu nilai tambah yang signifikan kepada graduan kerana mampu meningkatkan kebolehpasaran pelajar, khususnya dalam sektor-sektor kritikal seperti pembuatan, minyak dan gas, penyenggaraan pesawat dan kapal, penerbangan serta aeroangkasa.
Semoga kolaborasi erat antara UKM dan ANM ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada kemajuan negara.
Turut Hadir, Dekan FST, Prof.Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengurusan tertinggi Fakulti dan ANM serta pelajar yang sedang mengikuti sijil professional bersama ANM.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ก ๐๐ฎ๐ค๐ฎ
Sidang Kemuncak MAPAN ESG 2026 hari ini menyaksikan pelancaran dua buah buku iaitu Beyond Compliance: Practical Pathways to Sustainability, Resilience and Value Creation serta Integration of ESG Principles in Halal Industry.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pro-Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana UKM, Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani.
Beyond Compliance: Practical Pathways to Sustainability, Resilience and Value Creation merangkumi pelbagai topik seperti pelaporan iklim, ESG, kewangan hijau, tadbir urus, kecerdasan buatan (AI), ekonomi kitaran dan penciptaan nilai lestari.
Sementara itu, Integration of ESG Principles in Halal Industry mengetengahkan penerapan prinsip ESG dalam industri halal sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan.
Penerbitan yang dilancarkan hari ini diharapkan terus memberi manfaat kepada negara, serta memperkasa kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang memimpin pembangunan mampan berasaskan ilmu, integriti dan kerjasama strategik.
Hadir sama, Penaung MAPAN, Prof. Emeritus Tan Sri Datoโ Dr. Dzulkifli Abdul Razak; Pengasas dan Pengerusi MAPAN, Dr. Ben Ong Joo Hock.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
Sorotan video Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan Inisiatif AI Universal UKM-MIT sebagai langkah memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi kerjasama strategik dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Kerjasama ini mencerminkan komitmen UKM dan MIT dalam memperkukuh jaringan akademik antarabangsa serta membangunkan ekosistem pendidikan, penyelidikan dan inovasi kecerdasan buatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ฆ
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan di Bangunan SPA, Putrajaya.
Seramai 200 kakitangan SPA hadir ke program ini bagi menyertai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, reruai promosi kesihatan, ujian 'Pap Smear' dan 'Human Papilomavirus' (HPV), Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), Imbasan Pelvik Ultrasound dan Ujian Kesihatan Lelaki.
Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan keperluan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.2.5.1 berkenaan Prosedur Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam dan Perisytiharaan Rekod Kesihatan melalui Sistem HRMIS dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.ย
Antara jabatan HCTM yang terlibat ialah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Khidmat Pelanggan, Poliklinik Warga, Pejabat Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dan Pusat Reproduktif Termaju (ARC).
Antara yang hadir ialah Setiausaha SPA, Datuk Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan di HCTM.
Kerjasama strategik antara HCTM dan SPA ini membuktikan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memastikan tahap kesihatan warga perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ก ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ซ๐จ๐ ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ฎ๐งโ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Sel Fuel dan University of Yamanashi, Jepun telah menubuhkan Hab Hidrogen JepunโMalaysia (JMH2), sebuah inisiatif strategik melalui Program for Forming Japanโs Research Universities (J-PEAKS).
Penubuhan JMH2 ini bertujuan memperkukuh penyelidikan, inovasi, pembangunan bakat, kerjasama industri serta pemindahan teknologi dalam bidang hidrogen dan teknologi sel bahan api.
Berpusat di Institut Sel Fuel (SELFUEL), UKM hab ini dijangka menjadi platform serantau bagi penyelidikan kolaboratif, mobiliti penyelidik dan pelajar, latihan profesional, penglibatan industri serta pengkomersialan teknologi tenaga bersih.
Di bawah program ini, terdapat dua lagi pusat seumpamanya di Jerman dan Amerika Syarikat, bersama dengan penubuhan Zero Emission Mirai Research Center yang baharu di University of Yamanashi. Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2026 dan dijangka memperluas rangkaian kerjasamanya ke negara-negara ASEAN menjelang tahun 2029.
Pelancaran JMH2 disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, yang turut menyaksikan sesi penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UKM dan JMH2. MoA ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail dan Naib Presiden University of Yamanashi (UoY), Prof. Dr. Xiaoyang Mao.
Selain itu, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin juga turut melancarkan 1st Energy Journal in Malaysia - Malaysian Journal of Energy and Application (MyJEA). Pelancaran JMH2 dan MyJEA serta penandatangan MoA diadakan bersama 4th Symposium on Fuel Cell And Hydrogen Technology in Conjunction With The 2nd International Symposium on Solar Hydrogen 2026 (SFCHT-SSH2026), yang menjadi platform utama perkongsian ilmu dan pembangunan jaringan dalam bidang teknologi sel fuel dan hidrogen.
Penganjuran edisi 2026 ini membawa makna yang lebih signifikan bersempena 20 tahun penubuhan Institut Sel Fuel UKM serta pengiktirafannya sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICOE) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam nic teknologi sel fuel dan aplikasi bagi tempoh 2023โ2027.
Hadir sama Pengarah Institut Sel Fuel, Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin dan Pengarah Zero Emission MIRAI Research Centre, Prof. Dr. Toshihiro Miyao.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 29 JUL 2026
1. ESG Perlu Jadi Budaya Nasional, Bukan Sekadar Syarat Pembiayaan (Astro Awani)
Link: https://t.co/mFfSglP6o5
2. ESG Perlu Jadi Budaya Nasional, Bukan Sekadar Syarat Pembiayaan (Bernama)
Link: https://t.co/bbdqVAFMQf
3. UNHCR tidak boleh diamkan diri isu pelarian Rohingya - Pakar (Harian Metro)
Link: https://t.co/ZJowkelUL9
4. Pengesanan Awal Beri Sinar Baharu Buat Khadijah Al- Samarraie (Sinar Harian)
Link: https://t.co/ZCOIG5YX5f
Jom tonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) dengan topik โHubungan Parasosialโ, yang menampilkan Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Hj. Ghazali, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) & Pensyarah Kanan, Program Psikologi Klinikal Dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai panel jemputan pada hari Rabu, 29 Julai 2026 pada jam 12.00 tengah hari.
Rancangan ini juga boleh ditonton melalui aplikasi penstriman TONTON.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ ๐๐ฎ๐ง ๐ ๐๐ญ๐ข๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ก๐ข๐ฆ
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Majlis Kunjungan Waris Tun Fatimah Hashim yang berlangsung di Bilik Majlis, Canselori UKM.
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA Malaysia), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mencetuskan penubuhan Kursi Kepimpinan Wanita di PKWTFH pada 30 Mac 2012.
Majlis kemudiannya diteruskan di Galeri Tun Fatimah Hashim dengan sesi lawatan dan perbincangan bersama delegasi Yayasan Kadir dan Fatimah yang terdiri daripada waris-waris Tun Fatimah Hashim bagi membincangkan hala tuju dan masa depan Galeri Tun Fatimah Hashim, termasuk usaha memperkukuh peranannya sebagai ruang yang mengabadikan legasi, pemikiran dan sumbangan tokoh wanita ulung negara.
Kunjungan ini menjadi wadah penting untuk mempererat hubungan dan kerjasama antara UKM, PKWTFH dan waris Tun Fatimah Hashim demi memastikan warisan perjuangan beliau terus dikenang, dipelihara dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Naib Canselor, Prof. Datoโ Dr. Sufian Jusoh.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali; Ketua PKWTFH, Dr. Noremy Md. Akhir dan Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ
Sesi penyerahan replika kunci Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar menjadi simbolik penyerahan ruang yang akan dimanfaatkan secara bersama bagi pelaksanaan pelbagai program mahasiswa.
Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh turut hadir bagi meninjau beberapa ruang yang telah dinaik taraf untuk dijadikan kemudahan guna sama kepada pelajar UKM.
Inisiatif kolaboratif antara UKMSHAPE dan HEP-UKM ini mencerminkan komitmen universiti dalam mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada melalui pendekatan yang lebih strategik, lestari dan berimpak tinggi.
Usaha sama ini diyakini dapat memperkukuh ekosistem pembelajaran dan pembangunan mahasiswa, selaras dengan aspirasi UKM untuk melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan berjiwa kepimpinan melalui penyediaan kemudahan yang berkualiti serta memenuhi keperluan pelajar.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Pengarah UKMShape, Prof. Madya Dr. Lokhman Hakim Osman dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ
Sesi penyerahan replika kunci Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape) kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar menjadi simbolik penyerahan ruang yang akan dimanfaatkan secara bersama bagi pelaksanaan pelbagai program mahasiswa.
Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh turut hadir bagi meninjau beberapa ruang yang telah dinaik taraf untuk dijadikan kemudahan guna sama kepada pelajar UKM.
Inisiatif kolaboratif antara UKMSHAPE dan HEP-UKM ini mencerminkan komitmen universiti dalam mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada melalui pendekatan yang lebih strategik, lestari dan berimpak tinggi.
Usaha sama ini diyakini dapat memperkukuh ekosistem pembelajaran dan pembangunan mahasiswa, selaras dengan aspirasi UKM untuk melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan berjiwa kepimpinan melalui penyediaan kemudahan yang berkualiti serta memenuhi keperluan pelajar.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman; Pengarah UKMShape, Prof. Madya Dr. Lokhman Hakim Osman dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof hari ini merasmikan Sidang Kemuncak Industri dan Akademik MAPAN ESG 2026 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Persidangan ini adalah kerjasama antara Persatuan Perintis Advokasi Alam Malaysia (MAPAN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyegerakan pelaksanaan agenda ESG di pelbagai sektor selaras dengan aspirasi negara mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
Penganjuran sidang kemuncak ini menghimpunkan pembuat dasar, penggiat industri, institusi kewangan, ahli akademik, penyelidik, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Haji Fadillah Yusof menegaskan bahawa ESG dijayakan sebagai budaya nasional (way of life) dalam pengurusan organisasi mahupun kehidupan seharian demi memelihara alam sekitar.
Menyokong penuh hasrat berkenaan, Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ Dr. Sufian Jusoh, dalam ucapannya, menegaskan bahawa universiti awam memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan teori kepada amalan yang boleh terus digunakan oleh pihak industri, kerajaan dan masyarakat.
Majlis turut menyaksikan pelancaran UKM ESG Advisory dan Dasar ESG UKM bagi membantu agensi kerajaan dan industri memperkukuh strategi ESG.
Hadir sama, Penaung MAPAN, Prof. Emeritus Tan Sri Datoโ Dr. Dzulkifli Abdul Razak; Pengasas dan Pengerusi MAPAN, Dr. Ben Ong Joo Hock; Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail; serta Pengarah LESTARI UKM, Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 28 JUL 2026
1. Perang ancam usaha WHO hapus kanser serviks menjelang 2030 (Berita Harian)
2. Risky Sexual Behaviour Emerging as Key Driver of HIV Infections Among Young Malaysians (Wilayah)
Link: https://t.co/TbEasmobFJ
#UKMDiMedia
#UKMNewsClipping
#UKMNews
๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ง๐๐ฅ ๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan Inisiatif AI Universal UKM-MIT sebagai langkah memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi kerjasama strategik dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Majlis Pengenalan Inisiatif AI Universal UKM-MIT telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ Dr. Sufian Jusoh. Turut hadir ialah Senior Director, MIT Open Learning merangkap Executive Director, MIT Center for Collective Intelligence, Kathleen D. Kennedy; Pro-Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) merangkap Ketua Pegawai Digital UKM, Prof. Datoโ Dr. Roslee Rajikan; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ismanizan Ismail; serta Pengarah Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM), Prof. Dr. Mohamad Hanif Md. Saad.
Majlis itu turut disusuli dengan sesi perbincangan dua hala antara UKM dan MIT yang membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh pendidikan, penyelidikan, pembangunan bakat serta inovasi kecerdasan buatan, sekali gus memperluas jaringan kerjasama akademik antarabangsa antara kedua-dua institusi.
Dalam ucapannya, Prof. Datoโ Dr. Sufian berkata inisiatif tersebut merupakan antara usaha strategik UKM untuk memperluas akses kepada pendidikan AI bertaraf dunia, di samping memperkukuh penyelidikan, pembangunan bakat dan inovasi melalui kerjasama dengan MIT.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen UKM dan MIT dalam memperkukuh jaringan akademik antarabangsa serta membangunkan ekosistem pendidikan, penyelidikan dan inovasi kecerdasan buatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐ ๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ค ๐๐ง๐๐จ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ ๐๐ซ๐ฒ ๐๐ง๐ ๐๐๐๐จ๐ง๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฎ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ ๐๐๐๐ฆ
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan UKM terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan rawatan kanser menerusi penubuhan UKM Head & Neck Oncosurgery and Reconstructive Team.
Penubuhan pusat rujukan ini adalah bersempena Sambutan Hari Kanser Kepala dan Leher Sedunia 2026, yang dilancarkan oleh Pengarah HCTM, Dato' Dr. Azmi Baharudin.
UKM Head & Neck Oncosurgery and Reconstructive Team dijangka memperkukuh lagi keupayaan HCTM dalam menyediakan rawatan pembedahan kanser kepala dan leher yang kompleks melalui kolaborasi pelbagai disiplin, penyelidikan dan inovasi, sekali gus memperluas akses pesakit kepada rawatan yang lebih komprehensif dan berkualiti.
Menurut Dato' Dr. Azmi, penubuhan pasukan multidisiplin itu merupakan satu langkah strategik dalam memperkasakan perkhidmatan rawatan kanser kepala dan leher di HCTM.
Pasukan tersebut menggabungkan kepakaran dalam pembedahan kanser kepala dan leher serta pembedahan rekonstruktif bagi menyediakan rawatan yang lebih menyeluruh, termasuk memulihkan fungsi penting seperti bertutur, makan dan bernafas, sekali gus membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Menurut data GLOBOCAN 2025, dianggarkan 900,000 kes baharu kanser kepala dan leher direkodkan setiap tahun di seluruh dunia dengan 424,000 kematian. Di Malaysia, kanser nasofaring merupakan kanser keempat paling lazim dalam kalangan lelaki, namun majoriti pesakit masih mendapatkan rawatan apabila penyakit telah berada pada tahap lanjut.
Pada majlis ini juga diadakan sesi perkongsian inspirasi bersama tiga bekas pesakit kanser kepala dan leher yang berkongsi pengalaman menjalani rawatan serta prosedur pembedahan di HCTM.
Perkongsian mereka memberi gambaran sebenar tentang cabaran yang dihadapi sepanjang proses rawatan, di samping menjadi inspirasi kepada masyarakat mengenai kepentingan pengesanan awal, rawatan yang tepat dan sokongan berterusan.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐ ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Majlis Apresiasi Gemilang INBIOSIS (MAGIS) 2026 di Kelab Golf Danau UKM sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan pencapaian cemerlang warga institut dalam memperkukuh kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dr. Ismanizan Ismail. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan universiti terhadap usaha membudayakan kecemerlangan serta menghargai sumbangan warga institut dalam memperkukuh agenda penyelidikan UKM.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran mantan Pengarah INBIOSIS, Prof. Emeritus Dr. Normah Mohd. Noor dan Prof. Dr. Zeti Azura Mohamed Hussein, yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan institut sepanjang tempoh kepimpinan mereka.
Dalam majlis tersebut, pelbagai anugerah telah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada warga INBIOSIS yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang penyelidikan, inovasi, penerbitan, pengurusan serta perkhidmatan. Penghargaan turut diberikan kepada Jawatankuasa Pelaksana MAGIS 2026 atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan penganjuran majlis.
Pengarah INBIOSIS, Prof. Dr. Syarul Nataqain berkata penganjuran MAGIS 2026 diharapkan dapat terus menyuntik semangat warga institut untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta memperkukuh budaya kecemerlangan yang menjadi teras pembangunan INBIOSIS.
Penganjuran MAGIS 2026 ini juga diharapkan dapat terus menjadi pemangkin semangat warga INBIOSIS untuk menggapai lebih banyak kejayaan dan melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing
8. Popular Kerana Algoritma, Bukan Lagi Kerana Bakat (Kosmo)
9. Dying alone a reflection of loneliness in modern society (The Malaysian Reserve)
#UKMDiMedia#UKMNewsClipping#UKMNews
KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 27 JUL 2026
1. Misi Prof. Yazid โSelamatkanโ Kaki Pesakit Diabetes (Kosmo)
2. Dari Bilik Bedah Ke Makmal Inovasi (Kosmo)
3. Tujuh Amalan Permudahkan Ke Syurga (Harian Metro)
4. Kuasai Konsep, Bukan Hafalan (Sinar Harian)
5. Bukan Zaman Pilih Kerja (Harian Metro)
6. FBM KLCI Dijangka Bergerak Dalam 1.720 Hingga 1,750 Mata (Utusan Malaysia)
7. Usah Perlekeh Sikap Fleksibel (Harian Metro)