Dapat saya kongsikan beberapa kejayaan-kejayaan kita di Perak menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam tempoh 2 tahun ini sejak ia dilancarkan dalam sesi PenTalk di Dewan Merdeka, PWTC tengahari tadi.
PenTalk adalah sesi penerangan anjuran Penerangan UMNO Malaysia mengenai kejayaan-kejayaan setiap Menteri Besar, Ketua Menteri & Menteri-Menteri UMNO kepada akar umbi yang hadir di Dewan Merdeka, PWTC.
Perak sedang agresif menggerakkan projek-projek berimpak tinggi yang mampu menjadi ‘game-changer’ kepada sosioekonomi Negeri Perak.
AHTV di Selatan Perak, LuMIC di Pantai Barat, KIGIP di Utara Perak, SVTP di Kinta, Perak Halal Industrial Park di Lekir, Projek Rintis NRREE di Hulu Perak & beberapa lagi mampu melimpahkan puluhan ribu peluang pekerjaan kepada anak Perak.
Secara tak langsung, ekonomi kawasan sekitar serta peluang-peluang perniagaan baru turut berkembang.
Tanpa kita mengabaikan soal kesejahteraan rakyat dalam masa yang sama, Perak turut berjaya capai sifar miskin tegar pada awal Jun lalu.
Dan kita juga telah bantu usahawan lokal kembangkan business mereka, Alhamdulillah ada yang telah berjaya hingga tembus pasaran antarabangsa.
Semua ini adalah komitmen kita untuk mencurahkan sebaik-baik bakti kepada rakyat.
Moga segala usaha baik kita beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
Demi perjuangan agama, bangsa & tanah air!
Turun ke Majlis Taklimat Presiden UMNO oleh YAB Dato’ Seri @DrZahidHamidi di Dewan Merdeka, PWTC petang tadi.
Semoga segala urusan kita di Perhimpunan Agung UMNO kali dipermudah. Allahumma-Amin.
Mari kita jadikan persidangan kali ini medan untuk kita menyusun semula kekuatan, perkukuhkan solidariti & kembalikan keyakinan rakyat kepada parti.
Jadikan ia pentas menginsafi kekurangan dan merencana strategi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak akar umbi.
Sematkan tekad untuk kita mencurahkan khidmat bakti dengan hati yang tulus dan ikhlas.
Mudah-mudahan, dengan kesatuan dan kebersamaan, obor perjuangan parti keramat ini akan terus menyala dalam memberi khidmat bakti kepada rakyat.
Demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
Kepada semua perwakilan seluruh negara, selamat bersidang. Mudah-mudahan perjuangan kita sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan. Insya-Allah.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.
Dari Kuala Lumpur pulang ke Lenggong untuk menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong.
Tahniah buat seluruh jawatankuasa UMNO Bahagian yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh sempurna.
Mengajak seluruh pimpinan dan ahli untuk menyakini perjuangan UMNO untuk membela dan menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.
Haluan dan jalur politik yang kita lalui hari ini tidak mengurangkan sedikit pun iltizam kita untuk menjunjung asas-asas ini. Itu tidak akan pernah dikompromi.
Apa yang penting, UMNO mesti menggunakan segala kapasitinya dalam kerajaan untuk melunaskan setiap tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat, untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan.
Semua amanah ini mampu kita lakukan dengan mengukuhkan semangat & solidariti antara kita.
Saya yakin, dengan usaha & kerjasama yang erat, UMNO akan terus melangkah jauh mencipta kejayaan demi rakyat dan negara.
Semoga segalanya dipermudah. Insha-Allah.
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong Tahun 2024 Di Maktab Rendah Sains Mara, Gerik.
Mesyuarat telah dirasmikan sendiri oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar Perak serta Ketua UMNO Bahagian Lenggong.
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia
WACANA PERAK SEJAHTERA 2030.
Jelajah Penerangan UMNO di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Gantang jam 9.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharum, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerai.
Lawatan YAB Dato Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke PRK Sg Bakap.
Perak diberi mandat untuk menjaga dua PDM sempena PRK ini iaitu PDM Sg Kechil dan PDM Kg Besar.
Insha Allah kemenangan akan berpihak kepada calon kerajaan Perpaduan.
#prksgbakap#phbn#joohari4sgbakap
Tiba di Sungai Bakap, Pulau Pinang bagi membantu kempen Jentera Perpaduan menghadapi Pilihan Raya Kecil di sini.
Malam ini saya luangkan masa bersama warga PDM Kg Besar.
Sambil-sambil beri penerangan tentang isu-isu semasa & politik, dapat saya berkenalan & beramah mesra dengan warga yang hadir.
Terima kasih kawan-kawan baru Sungai Bakap.
Ayuh, sama-sama kita pastikan kemenangan PRK DUN Sungai Bakap kali ini milik calon dari Kerajaan Perpaduan BNPH, Dr. Joohari Ariffin. Insha-Allah.
#KerajaanPerpaduan