> Pemerintah Republik Turki 🇹🇷 tegah media bahasa Inggeris sedunia pakai nama 'Turkey' sebab bunyi sama macam 'turkey' 🦃
Surat² khabar Malaysia berbahasa Melayu tiada kaitan bila menyibuk nak pakai nama "Türkiye" kepala bapak merarau rajutan alusmitai dia:
Laman rasmi pun letak pilihan bahasa Melayu di bawah sekali.
Tapi aku perasan macam pilihan bahasa tu terjemahannya bukan oleh manusia. Tapi nak kata bahasa Melayu saja, rasa macam semua pilihan bahasa tu bukan terjemahan manusia.
Datanglah berbilion-bilion ringgit pelaburan oleh syarikat luar pun, bahasa yang digunakan nanti bukannya bahasa Melayu pun. Majlis perasmian tanpa segan silu menggunakan bahasa asing sambil pihak atasan selamba saja merasmikan majlis penjilat bahasa asing tu.
Rugi sekali begitu banyak istilah kebaratan yang tidak dapat diperibumikan dalam bahasa Melayu
Salam takziah untuk kata-kata jati yang tak sempat terlahir menjengah dunia
@Soraonekun Apa susah-susah? Pakailah istilah rokok wap. Dilarang menghisap rokok asap dan rokok wap. Panjang? Berbanding apa? Tak cukup ruang? Buang bahasa Inggeris tu.
Kenapa mulai hari ini? Kenapa bukan bertahun-tahun lepas? Tapi baguslah nak mula jugak daripada tak mula langsung kan. Mesti lepas ni terus pakai bahasa Melayu, tak sikit-sikit nak selitkan bahasa Inggeris jugak.
Dia sendiri yang mendaulatkan dan melestarikan bahasa Inggeris, dia sendiri yang tak puas hati bahasa Inggeris lebih dipandang di negara sendiri. Kemudian nak meracau bagi alasan kononnya golongan dia pakai bahasa Inggeris sebab lawan bicaranya cuma tahu bahasa Inggeris.