๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐
Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.
Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ:
๐ฎ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.
๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.
๐ญ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.
๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.
๐ฎ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.
๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan.
๐ฎ๐ฐ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.
๐ฎ๐ด ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.
๐ฎ๐ต ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.
๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.
๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.
๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.
๐ญ๐ฌ ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐ฒ๐ถ โ Kempen HIRUK bermula.
๐ญ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya.
๐ฎ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.
Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.
Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.
Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.
Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.
Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.
Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan โAda Apa Dengan Hiruk?โ
Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.
Saya konsisten menolak mereka.
Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.
Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.
Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.
Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.
Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.
#HIRUK #IdealismeDalamUjianKuasa #PemilihanPKR2025
[Kerap Berzina]
1. Menjawab persoalan kamu directly, tidaklah terbatal kebaikan dan ibadah yang kamu telah kerjakan. Teruskan banyak buat ibadah, bahkan tambahkan lagi.
2. Saya cadangkan kalau boleh, kamu berhijrah. Pindahlah ke tempat lain, sekiranya mampu. Sebab sekarang...
Setiap orang ada nafsu.
Jika nafsu itu ditunaikan dengan cara yang haram, berdosa.
Samalah dalam situasi ini. Kita tak berdosa jika ada perasaan begini.
Tetapi kita berdosa di saat kita dah mula rancang nak buat dosa itu.
Solat terbaik bagi lelaki adalah secara berjemaah masjid.
Di zaman Nabi, semua lelaki solat di masjid.
Selagi berkemampuan, usaha untuk solat 5 waktu di masjid.
Kemudian bila balik ke rumah, boleh nak solat sekali lagi dengan isteri secara berjemaah. Dapat pahala sunat.
MALAYSIA AKAN BUAT CIP A.I SENDIRI
Semalam satu kerjasama besar yang bakal mengubah Ekonomi Malaysia secara besar besaran
Apabila pereka Cip Kecerdasan Buatan A.I No 1 Dunia iaitu ARM akan membuka pejabat di Malaysia dan membantu Malaysia untuk mencipta Cip A.I buatan sendiri
Pejabat itu juga akan menjadikan Malaysia Hab kepada ARM di Asia Tenggara maklum Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Dato Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz
ARM akan membantu melatih 10,000 jurutera Malaysia dalam rekaan litar bersepadu dan 100 jurutera dalam pembangunan dan penyelidikan RND
Ini adalah sebahagian daripada Dasar SemiKonduktor Negara di mana Malaysia menyasarkan 10 buah syarikat Semikonduktor tempatan dengan pendapatan tahunan RM 4.7 Bilion menjelang 2030 dan 100 buah syarikat berkaitan industri Semikonduktor Malaysia dengan pendapatan tahunan RM 1 Bilion
Kerjasama dengan ARM akan membantu Malaysia menjadi Pusat Semikonduktor Serantau dan Asia Tenggara serta mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia.
Rancangan di bawah Dasar Semikonduktor Negara 2030 meletakkan sasaran untuk Malaysia menjadi pemain utama semikonduktor global
Selain itu beliau juga dipanggil ke Pejabat Jabatan Negara US kerana US tidak puas hati dengan kenyataan PM Malaysia menyokong Hamas sewaktu serangan 7 Oktober 2023
Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa
Saya ialah Duta Besar Malaysia ke US. Maka saya bertanggungjawab mengenai hubungan baik US dan Malaysia. Israel tidak ada dalam hubungan dua negara ini. Kami tidak kisah dengan Israel kerana kami tiada hubungan diplomatik. Kami tahu Palestin dipaksa untuk diusir keluar dari tanah air mereka. Kami Malaysia juga tidak setuju dengan sokongan berbelah bahagi kamu kepada Israel. Namun Duta Besar US ke Malaysia tidak pula dipanggil ke Wisma Putra untuk meminta penjelasan sepertimana yang saya lalui. Jika kamu mahu sampaikan mesej terus kepada Wisma Putra. Sampaikan ketidakpuasan hati kamu melalui duta kamu di Kuala Lumpur dan bukannya saya
Ia didedahkan dalam Podcast PODaBOOM. Boleh tengok full di sana
Di keheningan malam ini, terlintas di fikiran betapa indahnya sabda Nabi:
โJangan halang hamba-hamba perempuan Allah daripada pergi ke masjid-masjid Allah.โ
Baginda tidak sekadar menyebut masjid, tetapi masjid Allah.
Seolah-olah ingin menegaskan: Itu masjid Allah, bukan milik kamu. Maka, kamu tiada hak untuk menghalang sesiapa pun daripada ke sana.
BENDA DAH LAMA; TAPI RAMAI YANG TAK TAHU...
"aku memang nak retort makanan; tapi mesinnya mahal sangat"
"akak memang cari servis retort makanan nie; tapi tu lah, harga tak mampu"
Jika hijrah karena Allah semata, maka Allah ๏ทป akan menghadirkan solusi atas permasalahan yang dihadapi, baik dalam urusan ibadah, agama, bahkan urusan dunia. Itu janji Allah ๏ทป yang pasti. Namun, bersabarlah, karena tidak serta merta hadir begitu saja.
Esensi hijrah sejatinya bukan hanya meninggalkan larangan-larangan Allah dan memahami ajaran agama Islam, tetapi juga mampu mengajak orang lain kepada Allah ๏ทป.
Bahagian 1: The Malaysian Healthcare System Isn't About to Crash
Untuk makluman, @DrDzul tak pernah kata semua OK, 'no worries'.
Malah terbuka kata kita ada banyak masalah: samada kekurangan sumber manusia, taburan sumber tidak sekata, fasiliti daif, sistem yang lapuk, dll. 1/
Orang buat salah pada kita, of course hak kita untuk marah, hak kita untuk tidak memaafkan.
Tetapi apa yang kita dapat?
Mungkin, untuk mencapai ketenangan, kita perlu lepaskan ikatan.
Sama seperti sahabat tadi.