A girl in Vietnam entered a clothing store but kept missing the saleswoman because they moved at the exact same moments.After about a minute, they finally bumped into each other in a funny “glitch” moment 😂
Antara tanda doa kita menuju ke arah kemustajaban dari Allah adalah, kita mula berdoa.
Jangan lepaskan peluang berdoa, terutama ketika bulan Ramadan.
Ketika siang, mustajab kerana berpuasa. Ketika malam, mustajab kerana malaikat mendoakan rahmat.
Malam ni malam ke 17 Ramadan
Jangan lupa anjuran Rasulullah apabila kita meminta kepada Allah mintalah jannah yang tertinggi, al firdaus
Tiada doa yg terlalu mustahil utk dikabulkan, bila Dia gerakkan hati kita utk berdoa, itulah tanda Dia akan kabulkan
Nak khatam Al-Quran Ramadan ni tapi selalu 'terkandas' tengah jalan? Cuba guna formula matematik ni:
604 Halaman ÷ 30 Hari = ~20 Halaman/Hari.
Cara paling senang:
Pecahkan 4 halaman SETIAP kali lepas solat fardu.
Nak lebih?
• 2x Khatam: 8 halaman/solat
• 3x Khatam: 12 halaman/solat
Istiqamah itu kuncinya.
Doa pagi: Ya Hayyu Ya Qayyum, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikkanlah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Aamiin
“Sesiapa yang meninggalkan maksiat kerana Allah, sedangkan jiwanya masih menginginkannya, maka Allah akan menggantikannya dengan iman di dalam hatinya, kelapangan dada dan ketenangan, keberkatan dalam rezekinya, serta kesihatan pada tubuhnya.”
— Al-Fawākih Ash-Shahīyyah, 1/138.
Ya Allah, kembalikan nikmat ibadah kami yang dulu.
Berikan kami kekuatan untuk taubat dan pulih dari semua maksiat yang kami lakukan sekarang.
Berilah kemudahan untuk kami dekat dengan perkara kebaikan, dan jauhkanlah kami dari semua yang menyebabkan kaki semakin jauh dari-Mu.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadan dan kami semua dapat beribadah di dalamnya. Jadikan Ramadan kali ini jadikan kami muslim yang lebih baik dari sebelumnya.
Ameen!