Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, iaitu pada 31 Mac 2025. Pengumuman tarikh Aidilfitri diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
#MeriahLainMacam#LebaranAWANI
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac 2025)
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.
#AWANInews
Saya rasa takkan dapat lupakan gambar ini buat selama-lamanya.
Saudara-saudara kita yang sedang mendapat rawatan di Hospital al-Aqsa dibom dan dibakar hidup-hidup oleh Rejim Zionis.
Setiap hari jenayah yang dilakukan semakin dahsyat.
Dunia melihat tanpa melakukan apa-apa.
𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚: 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚
Kata pujangga Arab:
فَكُلُّ مَا قَدَّرَ الرَّحمَنُ مَفعُولُ
Maka setiap yang telah ditakdirkan oleh al-Rahman pasti berlaku. (Lihat Syarh al-Faridhi ‘Ala Alfiyah Ibn Malik, 1/565)
Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujudnya badai dan ombak yang kadang-kala menguji kekuatan sesebuah hubungan. Setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran ini.
Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.
Jika perpisahan itu tidak dapat dielakkan, Islam mengajar kita untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan,
Benarlah hadith sepertimana diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ
Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.”
Riwayat Abu Daud (2178)
Al-San’ani menjelaskan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa sebaiknya, jauhilah diri daripada terjatuh dalam perbuatan talak ini selagimana terdapat padanya keluasan, iaitu ruang-ruang untuk tidak menceraikan. (Lihat Subul al-Salam, 2/248)
Keduanya, hendaklah kita fahami dan amalkan apa yang diperintahkan oleh Allah berkenaan dengan talak. Firman-Nya:
أَوْ تَسْ��ِيحٌ بِإِحْسَانٍ
Maksudnya: “atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Baqarah: 229)
Al-Syaukani berkata: Yakni menceraikan dengan cara yang baik, iaitu dengan tidak merujuknya sampai selesai masa iddahnya, melepasnya ke rumah keluarganya dengan perkataan yang baik, dan memberinya mut’ah (hadiah atau harta). (Lihat Fath al-Qadir, 1/332)
Sikap ini penting agar tidak mencalarkan maruah mana-mana pihak serta memastikan hak-hak kedua-dua suami dan isteri tetap terjaga.
Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.
Betapa indahnya madah pujangga Arab:
وَعيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ ... وَلَكِنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِيْ الْمَسَاوِيَا
Mata yang redha itu buta akan segala yang tercela; Sedang mata yang membenci hanya melihat yang buruk cuma. (Lihat Mausu'ah al-Raqa'iq wa al-Adab, hlm. 983)
Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa. Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Anak-anak adalah amanah dari Allah, dan kita wajib menjaga kebajikan mereka dengan penuh perhatian.
Dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada Allah SWT adalah sandaran utama kita sebagai hamba-Nya. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran, serta petunjuk dalam melalui ujian ini. Doa juga menjadi penghubung rohani antara kita dan Tuhan, menjadikan kita insan yang lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran hidup.
Akhir sekali, jadilah seorang yang sentiasa mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.
Di dalam situasi yang penuh dengan konflik, sebaiknya kita berusaha untuk menjadi orang yang mendamaikan dan memperbaiki keadaan. Firman Allah dalam surah al-Hujurat mengingatkan kita untuk mendamaikan dua saudara yang bertelingkah kerana sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.
THEIR GOAL IS RE-OCCUPATION OF LEBANON
THEIR GOAL IS ETHNIC CLEANSING
THEIR GOAL IS SETTLER COLONIALISM
They’re not just bombing the south they’re bombing the Beqaa valley and Baalbek and countless civilian streets in between. Where are they supposed to evacuate to?