Perutusan Maal Hijrah 1448 Hijrah / 2026 Masihi
Hijrah Membina Masa Depan Ummah
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan kasih sayang-Nya, kita dipertemukan sekali lagi dengan tahun baharu dalam kalendar Islam, iaitu tahun 1448 Hijrah.
Sambutan Maal Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa agung penghijrahan Rasulullah SAW yang menjadi titik perubahan besar dalam sejarah umat manusia. Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, bahkan suatu proses pembinaan tamadun yang berteraskan keimanan, ilmu, keadilan dan perpaduan.
Justeru, kita diajak untuk menghayati nilai-nilai yang membina masyarakat berakhlak, berintegriti dan bertanggungjawab. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah ummah yang kuat, bersatu dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Dunia hari ini sedang berubah dengan begitu pantas. Perkembangan kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan inovasi baharu sedang membentuk landskap ekonomi dan kehidupan manusia. Umat Islam tidak boleh sekadar menjadi pengguna kepada perubahan tersebut, sebaliknya mesti menjadi peneraju yang mencipta nilai, membangunkan teknologi dan memimpin kemajuan berasaskan prinsip Islam yang seimbang.
Kita mengimpikan lahirnya generasi yang menguasai ilmu, teknologi dan kepimpinan, namun dalam masa yang sama tetap teguh berpegang kepada akidah, akhlak dan identiti Islam. Generasi inilah yang akan menjadi kekuatan negeri dan negara pada masa hadapan.
Dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa termasuk kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan sosial yang semakin kompleks, semangat hijrah mengajar kita bahawa setiap cabaran mesti dihadapi dengan ilmu, kesabaran, kesatuan dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT.
Marilah kita menjadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai medan untuk memperbaharui azam, mempererat perpaduan dan memperkukuhkan komitmen dalam membina masyarakat yang berilmu, berintegriti serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara dan ummah.
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan mengurniakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara.
“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
16 Jun 2026
🌙𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
Terengganu FC mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah buat seluruh umat Islam yang berada di seluruh dunia. Semoga lembaran baharu ini menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih baik, dipenuhi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua.
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
Bila kau nak give up, ingat ini :
1. Tuhan ada bersama
2. Kita harapan mak ayah
3. Peluang masih ada
4. Hidup hanya sementara
5. Orang lain lagi teruk diuji
6. Hikmah masih tersembunyi
7. Semua orang boleh berjaya
8. Pasti ada rezeki bagi yang berusaha
Solat itu bukan tentang semangat semata-mata. Ia tentang disiplin. Tentang patuh. Tentang akur pada janji seorang hamba kepada Tuhannya.
Tak solat subuh, rugi sepanjang hari. Tak solat Isyak, rugi sepanjang malam. Tak solat 5 waktu, rugi sepanjang usia.
Kenyataan Media
Perikatan Nasional
Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor
Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.
Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.
Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.
YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026
Patik mewakili Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku.
Dirgahayu Tuanku!
Di sebalik setiap berita yang sampai ke tangan rakyat, ada insan yang bekerja tanpa mengira waktu, turun ke lapangan, meneliti fakta dan menyampaikan maklumat dengan penuh tanggungjawab.
Wartawan bukan sekadar pelapor berita, tetapi antara benteng penting dalam membina masyarakat yang celik maklumat, matang berfikir dan memahami realiti semasa dengan lebih adil serta seimbang.
Dalam dunia yang semakin pantas dipenuhi pelbagai maklumat, kewartawanan yang berintegriti menjadi semakin penting. Ketepatan fakta, etika dalam pelaporan dan keberanian mempertahankan kebenaran perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan negara.
Terima kasih kepada seluruh pengamal media, wartawan, jurugambar, editor, kru produksi dan semua yang berada di belakang tabir atas jasa dan pengorbanan anda.
Selamat Hari Wartawan Nasional 2026. Semoga terus istiqamah menyampaikan maklumat yang benar, berfakta dan membina masyarakat.
"Media Berintegriti, Teras Kredibiliti"
Catatan Duha
Kadang-kadang ujian hidup dan kegelisahan yang kita rasai adalah peringatan daripada Allah agar kita kembali kepadaNya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 1 Zulhijjah1447, 18 Mei 2026 Isnin
Catatan Duha
Kembalilah kepada Allah dengan hati yang penuh penyesalan. Basahilah lidah dengan istighfar, lembutkan hati dengan zikrullah dan dekatkan diri dengan al-Quran serta solat. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 29 Zulqaedah 1447, 17 Mei 2026 Ahad
Alhamdulillah, pencapaian ini adalah hasil kerjasama banyak pihak dan kepercayaan para pelabur dalam pelbagai sektor.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri membuka ruang kepada pelaburan berasaskan teknologi hijau seperti pusat data hijau, hidrogen hijau dan industri berasaskan tenaga bersih yang memerlukan bekalan tenaga stabil serta kos kompetitif.
Moga usaha dan kejayaan ini dapat memberi pulangan manfaat terutama kepada rakyat negeri ini sekali gus bantu lonjakkan ekonomi negara.