Kalau kita nak ubah diri kita, mula dengan persekitaran kita. Supaya kita mudah untuk Istiqamah. Andai kita gagal ubah persekitaran kita, maka kita gagal untuk istiqamah.
Allah hantar bahagia, nak suruh kita bersyukur. Allah hantar sedih, nak suruh kita tabah. Allah hantar pendengki, nak suruh kita sabar.
#UninstallHatred#QuranHour#denaihati
Doa ibu tidak sama dengan doa orang lain. Seramai mana pun orang yang mendoakan kita, doa ibu tetap nombor satu. Doa ibu tiada hijab.
Kejayaan yang kita capai sekarang, ibu kitalah yang mendoakan kita
Jadi, selagi ada ibu, jagalah, jangan pernah sakitkan hati ibu.
: Kenapa orang selalu tinggalkan kita?
: Sebab doa kau termakbul.
: Doa apa?
: Kau pernah berdoa untuk diri kau moga dijauhkan oleh orang-orang yang tidak baik dan dia bukanlah salah satu darinya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat.
Hidup ini kita diberi pilihan, sama ada bangkit daripada kesilapan semalam ataupun terus mengulangi kesilapan semalam.
Kita yang memilih jalan hidup kita.
Ada orang sebut "Subhanallah."
After that "Alhamdulillah."
Then "Allahuakbar."
Allah suka pada orang itu.
Kamu lah orangnya.
Mudahkan? Dah dapat pahala harini.
RT ❤️
Yang mana masih single tak kahwin lagi tu, semoga tahun ni adalah tahun terakhir dengan status bujang.
Semoga tahun 2020, Allah hadirkan jodoh. Aamiin..😊❤
Musibah sebenarnya hadir kerana Allah hendak memberi kita 3 pekara:
1. Pahala sabar menerima takdir
2. Pahala redha dengan ketentuan
3. Pahala bila kita bersyukur dgn apa yg ada.
Sabar. Redha. Syukur. Allah uji untuk mengangkat darjat kita di syurga.
Lelaki perlu sedar,
Perempuan yang menemani awak masa berjaya, sangatlah berbeza dengan perempuan yang menemani awak dari susah sampai awak berjaya.
Jadi, jaga, hargai dan jangan pernah lepaskan dia yang tetap ada dalam dua situasi itu.