21.5.2026,Selangor-Kerajaan Persekutuan melalui JKR terus komited perkasakan infrastruktur jalan raya demi keselamatan rakyat. YB Menteri Kerja Raya bersama Pengurusan Tertinggi JKR telah turun padang meninjau Projek Naik Taraf Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan (FT002)
@IPJKR_Official@CSFJ_JKR Selamat bersara Dato’ Sri
Trm kasih kerana memimpin @IPJKR_Official dengan baik 👍
Semoga Allah merahmati Dato’ Sri dan keluarga setiap masa dan ketika.. aamiinn 🤲🏻
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan atas segala jasa, bakti serta kepimpinan YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya yang telah menabur khidmat bakti selama lebih 31 tahun bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, kepimpinan YBhg. Dato’ Sri telah memperkukuh organisasi melalui pelbagai gagasan dan inisiatif transformasi warga kerja, termasuk pengukuhan budaya #JKRSynergy serta slogan #IamJKR yang menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan, rasa bangga dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga JKR Malaysia.
Lebih bermakna, program peluncuran #IamJKR turut diadakan bersempena hari persaraan YBhg. Dato’ Sri, sekali gus menjadi simbol legasi kepimpinan dan aspirasi yang ditinggalkan buat seluruh warga JKR untuk terus bergerak seiring sebagai satu pasukan demi kecemerlangan organisasi dan pembangunan negara.
Program #IamJKR bukan sekadar slogan, malah menjadi manifestasi identiti, komitmen dan semangat warga JKR dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan infrastruktur negara.
Keperibadian YBhg. Dato’ Sri yang merendah diri, praktikal, berjiwa besar dan sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi serta rakyat amat dihormati dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga JKR Malaysia.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar, panduan, keputusan yang bijaksana serta pengorbanan yang telah dicurahkan dalam memastikan JKR terus kekal relevan, berdaya saing dan diyakini sebagai agensi teknikal utama negara.
Semoga YBhg. Dato’ Sri dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.
“Jasamu dikenang, budimu disanjung.”
Naik taraf laluan Persimpangan Batu 9 ke Persimpangan Jalan Dato' Alias siap sepenuhnya
#BHnasional Pelaksanaan projek secara reka dan bina dengan kos sebanyak RM123.66 juta itu memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 31 Mac lalu
https://t.co/pqIcEh5f8v
Penyerahan Projek Jalan Baharu FT3208 ke Jalan 132 Kaki di UMW HVMP, Serendah membuktikan keupayaan warga JKR melaksanakan projek berkualiti secara jabatan dengan BIM serta pelbagai kaedah pengukuhan cerun demi keselamatan dan kelestarian.
#IamJKR#PenyerahanProjekSiap#Serendah
15 Mei 2026 - SERENDAH, SELANGOR - YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Jalan Persekutuan FT3208 ke Jalan 132 Kaki di Kawasan UMW High Value Manufacturing Park (UMW HVMP) di Serendah, Selangor yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya; YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria, Pengarah Kanan Cawangan Jalan; dan YBrs. Tuan Yuhanas Auree bin Kamaruddin,
Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.
Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh rangkaian infrastruktur jalan raya negara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta merancakkan pembangunan kawasan perindustrian di utara Selangor.
Dengan kos pelaksanaan sebanyak RM78.8 juta secara konvensional dalaman, projek ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sistem jaringan jalan raya yang lebih cekap, selamat dan berkapasiti tinggi susulan pembangunan pesat kawasan industri di Serendah, khususnya di UMW High Value Manufacturing Park.
Pembinaan jalan baharu ini dijangka dapat menyediakan akses yang lebih lancar ke kawasan industri, mengurangkan kesesakan lalu lintas sedia ada serta menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelaburan industri di kawasan Hulu Selangor. Kerajaan akan terus komited dalam memperkasa pembangunan infrastruktur yang berkualiti, selamat dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
14 Mei 2026 - YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Batu 9 ke Persimpangan Jalan Dato’ Alias termasuk pembinaan jejambat merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya; YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria, Pengarah Kanan Cawangan Jalan.
Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan jalan raya yang lebih selamat, sistematik dan efisien, di samping mengurangkan kesesakan serta mempertingkatkan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan tumpuan seperti Cheras dan Hulu Langat.
Projek Reka & Bina ini melibatkan kos RM123.66 juta dan telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 31 Mac 2026, iaitu 33 hari lebih awal daripada tarikh siap asal. Skop projek merangkumi kerja-kerja menaik taraf jalan FT3210 kepada jalan berkembar empat lorong, pembinaan jejambat, jambatan baharu, pelebaran jambatan sedia ada, naik taraf persimpangan, pembinaan jejantas pejalan kaki, kerja utiliti, kerja elektrik serta pengambilan balik tanah.
Dengan siapnya projek ini, ia dijangka dapat melancarkan aliran trafik, mengurangkan kesesakan di Persimpangan Batu 9 serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya. Penyiapan projek ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan penyampaian projek yang bukan sahaja siap, tetapi berfungsi secara optimum demi kesejahteraan rakyat.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak