List igshop scammer jual laptop!!
Ni yang pakai gambar IT.Geeks Malaysia.
1. laptop_amanah
2. Kedai_laptop_trusted
3. iman_computer_
4. itgeeklaptop_murah
Followers ada yang berpuluh dan beratus ribu. Hati-hati guys
Mohon sebarkan. Full plan untuk Ahad 1 Dec
Kita akan buat konsep Grab and Go untuk cepatkan lagi penghantaran bantuan banjir especially ke lokasi yang kritikal. Untuk makluman, pusat gerakan banjir kita dah berpindah ke dewan kahwin. Waze : Luxury Garden (jalan tanjung chat)
11 am : Siapa yang nak jadi management team boleh datang meeting untuk pembahagian tugas. Kita akan bina full time team yang akan manage pusat gerakan ni for the next few days
12 tgh: pintu akan dibuka untuk drop off barang bantuan. Volunteers diperlukan seramai yang boleh untuk pack barang. Volunteers boleh datang jam 12. Barang yang semalam semua dah licin kita agihkan
2pm : drivers 4x4 dah boleh datang. kita akan load barang ke dalam kereta, bagi alamat dan contact PIC yang memerlukan bantuan, dan drivers boleh terus bertolak.
6.30pm : Pintu untuk dropoff akan ditutup
Untuk jadual hari yang seteterusnya KA akan update setiap hari in case ada perubahan. Semua barang keperluan diperlukan. Cuma jangan bawa fresh food macam sayur, ikan, nasi goreng sebab risau basi. Terima kasih guys
Ada sesiapa yang kenal freelance accountant tak?
- Boleh pakai autocount
- Tahu pasal inventory sebab aku kedai retail yang ada stock fizikal
- Provide monthly report
- Tax planning
- Boleh datang 1-2 minggu sekali
- Daily request payment (ikut timing)
Area JB
Korang nak kupon RM5 tak untuk beli laptop?
Nak minta tolong jawab survey dekat bawah ni kejap ππ».
Ni aku buat kajian under Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat di bawah UTM dan MARA.
https://t.co/6ZotXC2gxD
Aku tengah mencari co-founder untuk sama sama build startup tapi dalam bahagian teknikal sistem.
Kalau kau rasa nak ubah hidup kau dan ada skill untuk build sistem. DM aku
Idea: Innovative IT Trading
Modal aku boleh keluarkan, aku perlukan highly skilled partner je.
Jangan risau, agreement semua kita boleh buat. Nama pun co-founder, so nama akan dalam SSM.
So sesiapa nak apply, bagitahu aku apa skill kau ada. Kalau lepas, aku pitch idea startup aku
Aku dah cuba cari dalam kalangan kenalan, kawan, family tapi semua tak boleh meet up the requirement
Aku tak suruh kau berhenti kerja, kita boleh buat as part time dulu. Gaji aku tak dapat nak bayar, tapi once startup ni berjaya. Masa tu ada manisnya