Pemilik tanah persendirian tidak dibenarkan bertindak sendirian untuk merobohkan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran di tanah mereka.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam jawapan bertulis di parlimen menegaskan tindakan perlu dibuat melalui saluran perundangan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Sebaliknya, pemilik tanah perlu membuat laporan polis, mengemukakan notis kepada pihak yang membina rumah ibadat berkenaan serta memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Berita penuh: https://t.co/koY7EwtAfn
Seni Politik PAS: Langkah Kecil yang Membuahkan Hasil Besar!
Terdiam panjang aku bila membelek balik keputusan PRN Melaka baru-baru ini, rasa kagum betul dengan setiap percaturan pimpinan PAS sekarang.
Gerak kerja politik mereka dah tak macam dulu, semuanya nampak sangat teliti, taktikal, dan halus berseni.
Sampai kadang-kadang ahli sendiri yang kurang peka pun boleh tergamam dan keliru dengan perancangan diorang.
Cuba kita imbas balik masa awal-awal PRU-15 dulu, ramai yang bising dan mempersoalkan kenapa Tuan Guru Haji Hadi pilih BERSATU dan bukannya UMNO, sampaikan ada yang merajuk keluar parti.
Sekali lepas PRU-15, tup-tup empat negeri berjaya ditawan dengan 43 ahli parlimen dan 150 ADUN, terus jadi parti terbesar.
Macam tu juga masa PAS buat keputusan tak bertanding di Sabah dulu, ramai yang tertanya-tanya kenapa, tapi lima tahun lepas tu pada 2025, taktikal ADUN lantikan terus membuahkan hasil bila lahirnya ADUN sulung PAS di sana.
Belum habis bab tu, timbul pula rasa tak puas hati bila nak berpakat dengan UMNO dan BN sebab ramai yang fobia dengan kisah lama.
Tapi tengoklah hasilnya sekarang, Johor berjaya diselamatkan daripada PH, manakala PAS pula dapat jadi sebahagian daripada kerajaan di kubu kuat BN macam di Negeri Sembilan dan Melaka.
Sama juga macam isu letak calon sikit sangat, contohnya macam di Melaka yang cuma hantar dua orang saja, tapi dua-dua tu memang calon paling padu yang orang Melaka sendiri pun senang hati nak terima.
Dulu kita letak calon ramai-ramai tapi banyak yang kalah, sekarang kita letak sikit tapi menang bergaya, kan lagi bijak macam tu.
Walaupun nampak kecil pada awalnya, tapi setiap langkah tu sentiasa ada hasilnya.
Sejujurnya, benda-benda macam nilah yang buat aku lebih banyak kunci mulut sekarang kalau ada keputusan pimpinan yang rasa tak kena dengan jiwa.
Dah banyak kali aku terpaksa telan balik kritikan sendiri bila akhirnya baru tersedar, patutlah pimpinan buat keputusan macam tu.
Lagipun kalau kita tengok barisan lima pimpinan tertinggi PAS sekarang, semuanya bukan calang-calang orang sebab masing-masing ada kelulusan Sarjana dari Universiti Al-Azhar di Mesir, UKM, serta University of Birmingham dan University of Leeds di UK.
Dari segi akademik pun kita dah kalah jauh, apatah lagi nak bandingkan dengan pengalaman politik dan ketajaman pandangan mereka.
Inilah sebenarnya kuasa syura, hasil musyawarah dan ijtihad yang dipandu dengan ilmu yang benar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sedar tak sedar, berkat taat kepada kepimpinan yang ikut panduan agama ni, pengaruh kita dah berkembang daripada sekadar empat negeri SG4 iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, kini dah melebar jadi sebahagian daripada kerajaan di Sabah, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Dah jadi SG7 sekarang ni, bukan SG4 lagi.
Sebagai ahli, kita hanya mampu lafazkan wala’ dan yakin sepenuhnya dengan perancangan Allah SWT, sebab Dia dah berjanji sesiapa yang menolong agama-Nya pasti akan dibantu.
Moga Allah terus pandu jemaah ini dengan pimpinan yang bijak mengatur strategi demi kebaikan ummah dan agama. Takbir!
Kredit Asal : FB Ahmad Fahmi Mokhtar.
Pedoq getting cancelled years after his dumb antics in the past is not in my bingo cards at all
Especially after his wife died. He didn’t even get this online hatred when he was still actively making fun of people lol
Nasi Kerabu Kelantan kini didaftarkan sebagai Cap Kolektif di bawah MyIPO dengan kerjasama WIPO bagi menjaga identiti dan keaslian hidangan warisan negeri itu.
Pengusaha yang mahu menggunakan identiti tersebut perlu ikut syarat bahan ditetapkan, termasuk menggunakan bunga telang sebagai pewarna semula jadi, tanpa pewarna tiruan.
Ulam seperti daun kesum, timun dan selom juga perlu dikekalkan.
Sekarang aku faham kenapa Mahathir tak nak Anwar naik PM. Bukan sebab dia tak kreatif. Bukan sebab dia tak boleh bawa pembangunan. Tetapi sebab
HE DOESNT HAVE THE IRON IN HIM TO GOVERN MALAYSIA
Manusia waras akan bunuh ular bila ular masuk rumah. Anwar lantik ular jadi TPM