MYVI KING!!! MEMANG LEGENDA!
Lelaki ini sanggup menghalang seluruh lorong menggunakan Perodua Myvi miliknya sebelum mengalihkan penghadang seorang diri bagi melancarkan semula trafik.
Ini selepas kenderaan dari Singapura didakwa memenuhi semua lorong sehingga menghalang laluan kenderaan Malaysia serta enggan memberikan laluan kepada pengguna lain selama berjam-jam!
Ini adalah majlis Restu SPM di sebuah sekolah di Pahang.Majlis ini melibatkan pelajar-pelajar SPM. Penceramah meminta sesiapa yang memerlukan pelukan atau yang sudah kehilangan ibu ayah untuk bangun supaya mereka menerima hadiah yang lebih bermakna. Adik ini (yang dipeluk) orang
“Abang parcel” ini kini jadi pujaan netizen selepas rakaman CCTV memaparkan cara penghantar barang itu menyerahkan bungkusan pelanggan dengan penuh berhati-hati tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, lelaki terbabit dilihat tidak terus mencampakkan parcel ke dalam pagar rumah seperti kebiasaan yang sering dikritik ramai.
Sebaliknya, dia menggunakan tali untuk menurunkan bungkusan perlahan-lahan supaya tidak terhempas ke lantai.
Tindakan kecil tetapi penuh prihatin itu terus mencuri perhatian netizen, malah ramai memuji sikapnya yang dianggap memahami “kesakitan” pelanggan terutama apabila parcel mengandungi barangan mudah rosak seperti kosmetik dan produk penjagaan kulit.
“Bayangkan kalau dalam tu loose powder atau skincare mahal, kalau campak memang menangis lah jawabnya,” tulis seorang pengguna media sosial.