Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang diketengahkan mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat/peranti yang digelar “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen serta dakwaan berkaitan.
KKM ingin menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Orang ramai, khususnya warga emas, dinasihatkan agar:
1. Tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.
2. Menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.
3. Berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.
Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.
KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan.
DAP pun sanggup duduk dan dengar masalah Tabung Haji yg MelayuIsle kerjakan yg hampir bankrup
Tapi Lebai2 pilih cabut lari dan meroyan dekat luar..
Wasted
Tanpa mengira kaum....semua orang mahu melihat gemuk ni berakhir di tali gantung....
Sebab dia...4 orang yang tidak bersalah mati...
Abang dia mangsa ke 5 mati takda sape kisah ...malah bergembira sebab dia pun join berlumba....
Dengar kata anak tokey judi...so sebelum ini dia mungkin ingat dia punya appa banyak kuat dan banyak duit...dia boleh buat apa sahaja yang dia suka....
Nasihat kepada pihak-pihak berkenaan...jangan nak buat apa-apa yang pelik yea.... contoh buang kes sebab kesilapan teknikal ke apa...mata puluhan juta rakyat seluruh negara bertumpu kepada kes ini....buat la benda pelik nak lepaskan mamat ni...tengok macam mana reaksi orang ramai nanti....