Restoran Pagi Sore di Indonesia khabarnya mula diboikot pelancong Malaysia ke sana.
Boikot memboikot ini bukan baru bagi kita.
Seawal 1981, kita sudah mula boikot barang negara luar dan ia dimulakan tak lain tak bukan Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
Apa kata beliau tentang polisi Buy British Last yang dibuatnya pada tahun 1981? ;
"Di waktu saya jadi Perdana Menteri, Britain di bawah Margharet Thacher masih lagi anggap Malaysia ini sebagai wilayah takluk mereka.
Mereka naikkan yuran pengajian universiti.
Yuran penuntut daripada Malaysia dinaikkan, sebaliknya yuran lama diberi kepada negara-negara Eropah.
Kita dapati pula mereka adakan penerbangan Concorde dan mereka melalui ruang udara kita tanpa bertanya dan tanpa beritahu pun kepada kita.
Saya berpendapat @Margharet Thatcher dan UK perlu beri layanan kepada kita sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.
Bahawa kalau mereka tidak layan kita dengan baik, kita juga tak akan layan mereka dengan baik.
Sebab itu kita perkenalkan dasar Buy British Last.
Ini rugikan Britain.
Apabila kita buat keputusan itu dan kita tak layan seperti dahulu, baru mereka sedar mereka perlu hormati kedaulatan negara kita.
Usaha dibuat oleh beliau untuk berjumpa dengan saya di mana saya berada di London pada masa itu.
Tapi tidaklah di No 10 Downing Street (pejabat rasmi Perdana Menteri Britain).
Kalau dia nak jumpa dengan saya boleh jumpa di pejabat Pesuruhjaya Tinggi kita di Britain dan dia pun datang ke pejabat.
Kita runding perkara ini dan akhirnya dia pun bersetuju ringankan beban kita dengan berikan biasiswa kepada penuntut-penuntut Malaysia yang belajar di sana.
Selepas itu hubungan kita bertambah baik dan dia tunjukkan sikap hormat lebih kedaulatan negara kita."
[ Sumber : FB Dr. Mahathir Mohamad/ Gambar : NST ]
@hisokaaawife Oh yeah 😂. I think they try to make something different, berharap yg ayu akan tergiur melihat "rudal²" mereka. No way men! This is ayu have a own " class" hahaha.