Berbanggalah dengan bahasa kebangsaan. Pelancong datang dapat ilmu secara percuma. Zaman sekarang sudah ada "E-translator".
Kenapa perlu melebihkan sesuatu yang tidak sepatutnya dipertikaikan? Itu adalah perkara asas.
#PapanTanda#TanahTumpahnyaDarahku
Kalau di Selangor setiap papan tanda harus menggunakn Bhs Melayu namun di Kuantan Pahang pula kita ada Bhs Jawi. Bersma martabatkn Bhs Jawi krn Islam adalh agama persekutuan.
Negara-negara lain semakin maju dalam industri ekonomi halal. Berebut-rebut peluang yang cukup bagus dalam memperkasakan ekonomi. Kenapa secara tiba-tiba dia boleh menzahirkan pemikiran sebegitu? Pandai semak tapi tidak tahu mengimbangi.
Halalan toyyiban.
#SijilHalal#Seputeh
Iktibar dari #PRKNenggiri adalah pengundi putih. Ini adalah kemenenangan yang perlu kita insafi. Terlalu banyak faktor dalam menzahirkan kemenangan ini yang mungkin kita sedar ataupun tidak.
Terus istiqomah dalam perjuangan. Alhamdulillah #Nenggiri pilih biru dacing.
Belum pernah lagi dengar #PIBG wujud dalam mana-mana NGO atau agensi-agensi. Hanya di sekolah sahaja.
Perkara mudah jangan bikin susah.
#SumbanganYangSumbang
Bila sebut bab perjuangan ini, eloklah kita bermula dari asasnya. Berpegang teguh pada asasnya dulu. Terlalu sibuk untuk menjuarai sesuatu isu sampai lupa apa asasnya tiada guna.
Kita dah lama rancang tapi mereka masih belum lalai.
Pandangan peribadi.
Mereka ada #UEC yang mereka agung²kan dulu. Kekalkan sahaja status quota untuk matrikulasi seperti sediakala. Habis semua benda nak diambil hati.
Pandangan peribadi.
Jika inginkan kejayaan atau kebahagiaan, perlu korbankan diri untuk rasa kepahitan. Kerana dalam setiap kepahitan, Allah SWT akan hadirkan kemanisan.
Salam Aidiladha.
Cabaran dunia politik hri ini semakin getir & nampak semakin kelabu titik noktahnya. Sesungguhnya mendepani kemarahan rakyat itu lebih sukar. Krisis keyakinan semakin meruncing. Tugas mendidik bkn sesuatu tugas yg mudah. Praktikal mengatasi segala²nya dari teori.
#Diesel
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Bermujahadahlah mencari malam #LailatulQadar dan bukannya bersungguh dalam mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malam berkenaan seperti pokok tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat kita pada hari ini.
Rebutlah 10 malam terakhir #Ramadan.
Menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT. Wahyu dan kalam Allah akan sentiasa terpelihara. Tiada keraguan dalam Al-Quran.
Selamat memperingati Peristiwa Nuzul Al-Quran.
Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taubat adalah penyelesaiannya. Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan adalah pemutihnya.
Marhaban ya #Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
KUANTAN, 9 OKTOBER 2023 : Kerajaan Pahang bersoladiriti dengan Palestin terhadap penindasan yang dilakukan terhadap mereka oleh rejim haram Israel sejak 7 Oktober lalu.
https://t.co/UwXbrGHhKq
Untuk menembus pemikiran yang telah didoktrinkan selama 60 tahun bukan sesuatu yang mudah khususnya mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.
Time will not wait for us.
6 kerajaan negeri kekal tetapi peratusan kemenangan #BarisanNasional semakin merudum walaupun berada dalam gabungan. Banyak yang perlu diperbetulkan sebelum kita membuat kerja yang sia².