๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ / ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐
Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita dengan ketenangan, melimpahkan rezeki yang berkat, dan menerima segala ibadah korban kita tahun ini.
#Aidiladha2026
06- 0 9 Mei 2026 : PERSIDANGAN PEGAWAI KANAN JKR MALAYSIA (SOC 2026)
PCSFJ dan pegawai CSFJ menghadiri Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC 2026) yang berlangsung di Royale Chulan Hotel Seremban, Negeri Sembilan
Warga CSFJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti serta mendoakan agar YBhg. Datoโ Sri sentiasa dikurniakan kesihatan & kesejahteraan berpanjangan.
22 Mei 2026 : Kunjungan Hormat CSFJ sempena Persaraan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan Bin Ismail bertempat di Menara Kerja Raya.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datoโ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan serta pengorbanan sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan infrastruktur negara serta memacu kecemerlangan organisasi menerusi pelbagai inisiatif dan pembaharuan.
Susulan persaraan wajib YBhg. Datoโ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 Mei 2026, dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), telah diarahkan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya di samping melaksanakan tugas hakiki beliau, berkuat kuasa mulai 25 Mei 2026 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. Selamat Menjalankan Tugas diucapkan buat kepimpinan baharu Jabatan Kerja Raya Malaysia.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
19 - 22 Mei 2026 - Pelaksanaan Audit Penyenggaraan Rutin Bil.8/2026 bagi Bulan Mei 2026 telah diadakan di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan Negeri Perlis.
21 Mei 2026 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kerja Raya (KKR) 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang bagi menghargai dedikasi, komitmen dan kecemerlangan warga kerja KKR dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
01.05.2026 (Jumaat)
YBrs. TKPKR Sektor Infra telah mengadakan lawatan ke laluan FT059 yang turut dihadiri JAPK CSFJ dan JD Batang Padang bagi meninjau keadaan sebenar dan cadangan memantapkan aspek keselamatan
TAPAH, 01.05.2026 - Keselamatan jalan raya bermula dengan kehadiran di lapangan, pemerhatian teliti dan tindakan berterusan. Lawatan FT059 bersama Jurutera Daerah JKR Batang Padang dan CSFJ mengukuhkan komitmen ini demi keselamatan pengguna jalan raya.
#IAmJKR#SektorInfraJKR
TAPAH, PERAK, 26.04.2026 - PCSFJ meninjau tapak lokasi kemalangan di laluan FT59 : Tapah - Cameron Highland bersama Pasukan CSFJ (Zon Utara, Jambatan dan Elektrik), Jurutera Daerah, Cawangan Jalan (Jambatan dan Forensik), JKR Perak dan Syarikat Konsesi Belati.
Majlis yang telah dirasmikan oleh YBrs. TKPKR (Sektor Infra) ini melibatkan penyerahan SST kepada 42 kontraktor blackspot dan 10 kontraktor LPKSI.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan Surat Penguasa kepada 25 Jurutera Daerah yang terlibat di seluruh negara.
28 April 2026 - Telah diadakan Majlis Penyerahan SST bagi Kerja Blackspot dan Kerja Pembinaan Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) dibawah Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya bertempat di Dewan Myristica, JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
28 April 2026 - Telah diadakan Perlaksanaan Audit Kriteria Penerimaan (AKP) 06/2026 bagi Projek Membina Jejantas Pejalan Kaki di Hadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, Laluan FT3150, Seksyen 2.4, Daerah Kinta, Perak.
27 April 2026 - Mesyuarat Penyelarasan CSFJ, Jurutera Awam Penguasa Jalan (JAPJ) & Syarikat Konsesi Penyenggaraan Bil.2/2026 dengan kerjasama JKR Pulau Pinang selaku tuan rumah telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JKR Pulau Pinang.
Turut diadakan Taklimat Integriti Dalam Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh wakil dari CDPK, bertujuan meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga terhadap kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas harian.
Selain itu, Selain Kelab Kebajikan dan Sukan CSFJ (KESEJA) turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 yang dipengerusikan oleh YDP, PCSFJ bagi membincangkan laporan aktiviti, kewangan serta usul dan cadangan ke arah penambahbaikan dan pengukuhan hubungan warga CSFJ
15 April 2026 | Rabu
Telah berlangsung Mesyuarat Warga bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras hala tuju Cawangan, membincangkan isu-isu semasa serta memastikan pelaksanaan aktiviti dan pentadbiran Cawangan berjalan dengan teratur.