This is the video of the Horrific daycare abuse in Yogyakarta: 53 toddlers tied up, drugged & neglected. 13 suspects arrested.
https://t.co/B7yu9eWsxe
Definition of insanity…launch a war against a country and then demand that country to stop defending themselves and allow the US to win. Have we honestly reached this level of desperation?
Berita baik - 7 Kapal Malaysia sudah mula mula berlayar dari Selat Hormuz ke Malaysia
Berita lebih baik - 4 Kapal tersebut dikatakan bawa Minyak Mentah
Dan berita paling baik yang amat menggembirakan dan disahkan oleh Duta Besar Iran ke Malaysia, tiada caj tol dikenakan.
Oh ni video lainnya. Memang teramat melampau, kenapa polis tu tak tahu English tiba tiba nak “Nabi Muhammad kurang ajar punya orang agama” tuuuuuu? Ni kalau tak kena heret gi minta maaf kat masjid aku tak tahu lah
Gaji bos: RM20K
Gaji pekerja: RM3.5K
Bos email: "Fix this ASAP"
Pekerja buat report, kerja sampai lewat malam and even kerja masa weekend.
Bos cakap "Awak kena lebih produktif"
Akhir tahun bos dapat 25% increment dan bonus 5 bulan.
Pekerja dapat "Employee of the Month"
Terkejut bila baca pengakuan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Sejak 2010, syarikat CNMC Goldmine berpangkalan di Singapura mula melombong emas di projek Sokor, Tanah Merah, Kelantan. 15 tahun berlalu, syarikat ini mengaut keuntungan berbilion ringgit, tetapi kerajaan negeri yang diperintah PAS hanya menerima RM51 juta sahaja! RM51 juta untuk 15 tahun? Itu bukan hasil itu habuk dari bawah meja syarikat luar, sementara rakyat Kelantan masih menadah air keruh, menunggu bantuan dan pembangunan yang tak kunjung tiba.
Syarikat luar ini mempunyai pejabat operasi di Kelantan, namun ibu pejabat dan akaun keuntungan terbesarnya di Singapura. Dalam laporan setengah tahun 2025, CNMC mencatat keuntungan sebanyak US$15.8 juta (~RM80+ juta) hanya dalam 6 bulan, berbanding RM51 juta yang diterima Kelantan selama 15 tahun penuh.
Bayangkan jurang ketara ini; rakyat negeri ditinggalkan, syarikat luar tersenyum lebar, kroni dan pemimpin tempatan pula selamba memuji pentadbiran mereka sendiri sebagai “Islamik” dan “berkat”.
Inilah bukti kegagalan besar PAS memerintah Kelantan. Selama lebih 30 tahun, PAS pandai berceramah, pandai doa panjang berjela, tapi bila bab urus hasil negeri sendiri, kontrak dan royalti, mereka gagal. 15 tahun emas dikaut, rakyat mendapat habuk. Ini bukan sekadar salah tadbir, ini pengkhianatan ekonomi berselubung agama.
Lebih menyakitkan, apabila rakyat bertanya, jawapan pemimpin PAS tetap sama “Sabar, pahala di akhirat.” Emas negeri bukan pahala, emas negeri hak rakyat! Menggunakan agama untuk menutup kecuaian adalah bodoh bangang tahap tertinggi. PAS gagal bukan kerana kekurangan sumber atau masa. Kelantan kaya dengan emas, minyak, balak, tetapi mereka gagal mengurus dengan amanah.
Rakyat berhak tahu fakta sebenar, siapa tandatangan kontrak dengan CNMC? Berapa jumlah emas yang dilombong? Berapa peratus royalti atau perkongsian keuntungan? Kenapa hasil negeri hanya RM51 juta berbanding keuntungan syarikat luar ratusan juta? Kenapa satu syarikat Singapura boleh kekal menikmati lesen lombong 15 tahun tanpa semakan awam? Semua soalan ini adalah hak rakyat.
Kini rakyat Kelantan sudah cukup sabar. Cukup diperbodoh dengan ceramah berapi, janji kosong, dan doa panjang. Sumber bumi bukan milik parti, bukan milik kroni, bukan milik syarikat luar, ia milik rakyat. 15 tahun emas dikorek, RM51 juta sahaja untuk rakyat, itulah bukti kegagalan PAS dalam mengurus hasil negeri. Tidak cukup dengan solat hajat, ceramah dan janji, rakyat perlukan tangungjawab nyata, audit bebas, dan semakan semula kontrak, supaya tidak lagi berlaku “emas negeri dicuri secara halus” sementara rakyat terus papa.
15 tahun emas dikaut, hasil untuk rakyat sekadar habuk. Itu bukan miskin kerana takdir, itu miskin kerana kepimpinan bodoh bangang, gagal urus negeri, dan menyerahkan hasil bumi kepada syarikat luar sementara rakyat terus ditipu dengan janji agama. Kelantan berhak tahu, dan rakyat mesti menuntut akauntabiliti sekarang.