Masa zaman Kudsia Kahar, Linda Onn dan Halim Othman di radio Era, rata-rata penyampai radio berpendidikan tinggi dan faham etika kerja.
Tapi zaman sekarang stesen radio lebih pentingkan populariti. Ambil badut jadi penyampai. Hari-hari sampah masuk telinga pendengar.
Bersama Azizah menyambut ketibaan sahabat baik saya, Presiden Republik Türkiye @RTErdogan dan isteri, Emine Erdoğan serta delegasi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pastinya lawatan Presiden Erdoğan ini akan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Republik Türkiye selain mengukuhkan dunia Islam.
Saya percaya menerusi siri perbincangan yang akan berlangsung bersama Presiden Erdoğan esok akan membawa hasil yang terbaik buat rakyat dan negara, Insya-Allah.
Selamat datang ke Malaysia!
🇲🇾🇹🇷
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Hari ini SEMUA parti politik SUDAH merasa menjadi Kerajaan. Termasuk yang paling kuat kritik kerajaan, Khairy dan Shahril.
So masa diorang ni jadi kerajaan jadi Menteri jadi Adviser PM etc diorang ni hebat sangat ke⁉️
Watch... 😂
Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat.
Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.
Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.
Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati.
Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca.
Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.
Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan imej Malaysia gah di seantero dunia.
#MalaysiaMADANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi merasmikan program 2 tahun MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024.
Beliau sempat bertegur sapa ke arah pengunjung yang hadir.
‘MADANI di hati, rakyat disantuni’
#2TM
#MalaysiaMADANI
Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di tanah air lewat pagi tadi. Barisan delegasi dan saya begitu teruja saat Malaysia diberi ruang di pelbagai platform antarabangsa di mana pendirian dan ketegasan negara berjaya dilontarkan dengan baik yang mencerminkan hasrat dan nurani rakyat.
Tentunya ekonomi dan peluang pelaburan yang menjadi keutamaan terutamanya sebagai usaha bagi melonjak negara dan tahap kesejahteraan rakyat ke tahap yang membanggakan.
Sejumlah pertemuan bersama beberapa pemimpin dunia turut dimanfaatkan untuk mengangkat nasib warga Palestin yang terus dibedil rejim Israel yang ganas dan biadab. Semestinya usaha itu tidak terhenti disitu, malah Malaysia akan terus perhebatkan ngaumannya agar keadilan terpacul dan hak asasi manusia kembali dihormati terutamanya di bumi Palestin.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja dan tidak akan sesekali meremehkan harapan rakyat yang menggunung. Terima kasih kepada semua yang hadir di Kompleks Bunga Raya dan juga yang ramai bersama di tapak Petronas. Dukungan rakyat akan sentiasa menyunting semangat untuk terus bersungguh mengejar kejayaan buat rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI
Sewaktu menjawab soalan di Dewan Rakyat terkait definisi T15 yang membabitkan penyasaran subsidi RON95, saya tegaskan bahawa kadar pendapatan isi rumah T15, iaitu golongan 15 peratus paling kaya di negara ini, masih belum dimuktamadkan.
Kerajaan maklum bahawa kumpulan T15 yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) ketika ini, iaitu pendapatan bulanan isi rumah sekurang-kurangnya RM13,000, adalah agak rendah.
Apa pun, siapa juga yang terkesan dengan penyasaran subsidi ini, saya tegaskan bahawa perkara terpenting adalah 85 peratus rakyat tidak akan terbeban.
#MalaysiaMADANI
Semalam saya di Kapit bagi memantau serta meneliti beberapa projek pembangunan di parlimen tersebut selain berkesempatan menemui warga tempatan. Saya sempat menggayakan pakaian Gagung Pahlawan Iban dalam kunjungan tersebut. Ternyata segulai sejalai adalah jalur utama dalam usaha kita menterjemah hasrat dan cita murni rakyat.
#MalaysiaMADANI
Sekitar sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya semalam bersama lebih 100,000 rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersama-sama menyemarakkan semangat Jiwa Merdeka.
#MalaysiaMADANI#JiwaMerdeka
Saya dan Azizah hadir berhimpun di Dataran Putrajaya pagi tadi bersama ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.
Bangga melihat penyertaan penuh bersemangat dan bertenaga daripada pasukan keselamatan, badan penguat kuasa, agensi-agensi Kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta anak-anak pelajar dalam perarakan kemerdekaan ini.
Saya juga kagum melihat pelbagai persembahan yang memukau, terutamanya pertunjukan aset-aset udara serta persembahan Malaysia MADANI Jiwa Merdeka yang mengangkat tema integriti dengan mengetengahkan perjuangan membersihkan negara daripada rasuah.
Persembahan dan sorakan menakjubkan daripada sekitar 2,000 anak-anak pelajar yang memenuhi pasukan Teres Grafik Manusia juga mencuri tumpuan sepanjang perarakan ini.
Penghargaan tertinggi dan syabas buat ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum yang sanggup menunggu seawal pagi semata-mata mahu menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini.
Semoga sambutan hebat ini mencetus inspirasi untuk kita bersama-sama memaknai kemerdekaan yang telah kita nikmati sejak 67 tahun lalu dengan semangat perpaduan yang utuh dan jiwa rakyat yang bebas dan merdeka.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#JiwaMerdeka
Mengetuai delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di Hyderabad House, New Delhi.
Saya dan PM Modi kemudiannya meneruskan agenda perbincangan menerusi pertemuan empat mata.
Kami dapat membincangkan kemajuan kerjasama kedua-dua negara terkait ekonomi, pertahanan, kesihatan, pendidikan, digital, pelancongan, agrikomoditi, pembuatan, hubungan antara rakyat selain isu global yang mempunyai kepentingan bersama.
Kami juga berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih luas menjangkau pelbagai bidang baharu sekali gus memperkukuh hubungan 67 tahun Malaysia dan India.
========
I had the honor of meeting with Prime Minister Narendra Modi at Hyderabad House in New Delhi. Following this, we continued our discussions in a private, one-on-one meeting to further our agenda.
Looking forward to deepening and enhancing the cooperation between our two countries.
#MalaysiaMADANI
77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.
Selamat ulang tahun kelahiran buat YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
@anwaribrahim#MalaysiaMADANI