Mulai Malam Ini Jangan Allergic Dengan Warna Hijau - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak bersikap prejudis terhadap warna hijau menjelang PRN Melaka.
#malaysiagazette#PRNMelaka #BarisanNasional
Video: Muhammad Asyraaf
'Kerana Takutkan Israel' – Media Israel Sindir Tindakan Malaysia Larang Aplikasi Waze
Oleh Mynewshub
Akhbar dan stesen televisyen utama di Tel Aviv melaporkan keputusan Putrajaya dengan nada sinis sambil membangkitkan ketiadaan bukti kebocoran data.
BAITULMAQDIS – Langkah Malaysia mengeluarkan pekeliling melarang penjawat awam menggunakan aplikasi Waze mendapat liputan meluas yang bernada sinis daripada akhbar serta saluran televisyen arus perdana Israel dalam bahasa Ibrani dan Inggeris.
Akhbar sayap kanan berbahasa Ibrani, Makor Rishon, menyiarkan laporan mengenainya dengan tajuk menyindir, 'Kerana takutkan Israel: Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Waze' (Biglal pahad mi-Yisrael), yang menggambarkan kebimbangan keselamatan Putrajaya sebagai keterlaluan.
Akhbar harian terbesar negara itu, Israel Hayom menerusi laporan wartawan Sahar Avrahami pula menggunakan tajuk 'Negara bermusuhan di Timur Jauh menentang penggunaan Waze: Tertakluk kepada undang-undang Israel'.
Ia menegaskan bahawa kerajaan Malaysia gagal mengemukakan sebarang bukti data pengguna tempatan pernah dibocorkan.
Sementara itu, portal Arutz Sheva (Israel National News) mengaitkan larangan berkenaan dengan rentetan dasar tegas Kuala Lumpur terhadap Tel Aviv sebelum ini.
Ia termasuk sekatan ke atas kapal kargo syarikat perkapalan Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia pada Disember 2023 serta kes penculikan warga Palestin yang dikaitkan dengan ejen Mossad di ibu negara pada 2022.
Media utama lain seperti The Times of Israel, Ynetnews, CTech by Calcalist dan Globes pula menekankan fakta bahawa walaupun Waze diasaskan di Ra'anana pada 2006 oleh Ehud Shabtai, Uri Levine serta Amir Shinar, aplikasi itu sudah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Amerika Syarikat, Google pada 2013 pada nilai AS$1 bilion.
Laporan yang turut disiarkan penyiar awam Kan 11, saluran televisyen terbesar Mako (N12) dan Channel 14 itu juga menyamakan tindakan Malaysia dengan langkah serupa yang diambil kerajaan Iraq pada awal bulan ini. - MYNEWSHUB
Alhamdulillah An European 🇪🇺 family entirely members of the family Revert to Islam Religion.
Allahu Akbar!☝️
May Allah grant them steadfastness and make them a righteous, practising Muslim. Aameen🤲
Welcome to peace, and you have secured your eternity. We are in awe of our brothers and sisters who Embrace Islam and have such a passion for the Deen.
Oh Allah, open the hearts and minds of all those lost and wandering in Disbelief.
Tajuk: Sejahat Mana Pun Seseorang, Jangan Pernah Putus Asa Daripada Rahmat Allah
Dalam kuliah ini, Ustaz Wadi Anuar mengingatkan bahawa sejahat mana sekalipun seorang hamba Allah, dia tidak boleh berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah.
Ustaz menjelaskan bahawa jika seseorang itu kembali kepada Allah dengan hati yang ikhlas, sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-Nya, maka suatu hari nanti Allah akan mengubah kehidupannya.
Allah mampu membersihkan hati yang dipenuhi dosa, menggantikan kegelapan dengan cahaya hidayah serta membuka jalan kebaikan dalam hidupnya.
Namun, seseorang itu perlu mengambil langkah untuk kembali kepada Allah, bertaubat dan tidak terus hidup dalam maksiat tanpa usaha untuk berubah.
Ramai orang merasakan dirinya terlalu banyak dosa.
Ada yang berkata:
"Aku dah terlalu jauh..."
"Allah mungkin tak akan ampunkan aku..."
Hakikatnya, bisikan seperti itulah yang sering melemahkan manusia daripada kembali kepada Allah.
Sedangkan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Sejahat mana pun seseorang pada hari ini, tidak mustahil dia menjadi insan yang soleh pada masa hadapan.
Ramai ulama, pendakwah dan orang-orang baik yang kita kenali hari ini juga pernah melalui zaman jahil dan penuh kesilapan.
Tetapi apabila mereka kembali kepada Allah dengan ikhlas, Allah membersihkan hati mereka dan mengurniakan hidayah.
Jangan nilai masa depan seseorang berdasarkan dosa silamnya.
Dan jangan sesekali menutup pintu taubat untuk diri sendiri.
🤲 Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu taubat masih terbuka. Kembalilah kepada Allah dan mohonlah agar Dia membersihkan hati serta mengurniakan hidayah dalam kehidupan kita.
"Sejahat mana pun masa lalu kita, rahmat Allah sentiasa lebih besar daripada dosa kita." ❤️
#dakwah #doa #zikir #selawat #quran
“Jangan Pilih Pemimpin Siangnya Bersama Ulama, Malamnya Pergi Menari” - Ridhuan Tee
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang beristiqamah, bukan yang dilihat berubah-ubah dalam mengamalkan cara hidup Islam.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau tanpa memetik nama mana-mana pemimpin menyindir sikap segelintir pemimpin yang menghadiri majlis bersama ulama tetapi pada masa lain menyertai acara tari-menari.
“Kadangkala kita lihat, ada pemimpin yang hari ini bersama dalam majlis ulama, tetapi esok bersama dalam majlis tari-menari,” katanya.
Ridhuan Tee turut mengkritik individu yang menjaga penampilan dan menutup aurat ketika majlis akad nikah, tetapi kembali kepada kebiasaan lama selepas selesai upacara berkenaan.
“Tiba masa akad nikah, bertudung kembali sebab ada wali atau tok kadi. Bila tiba masa meraikan pernikahan, kenduri kahwin, persandingan, tudung terbang semula,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sikap individu menunaikan umrah atau haji dengan harapan membersihkan dosa, namun kembali melakukan perkara sama selepas pulang.
Menurutnya, usaha memerangi rasuah semata-mata tidak mencukupi sekiranya seseorang pemimpin gagal mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Kuat menentang rasuah, menentang sakau, tidak cukup, walaupun tidak dinafikan tindakan tersebut adalah tindakan mulia. Ada amar makruf, mesti diikuti dengan nahi mungkar.
“Pemimpin tidak boleh jadi macam yoyo. Hari ini jadi baik, esok jadi tak baik. Islam bukan sebegitu sifatnya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat menilai pemimpin dengan teliti dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik memerangi rasuah sekiranya prinsip sama tidak diterapkan terhadap diri sendiri atau kumpulan masing-masing.
“Jangan hanya bercakap pasal rasuah, pasal sakau, yang orang lain buat, tetapi bila kena kepada batang hidung sendiri atau kumpulan sendiri, rasuah dan sakau jadi hilang entah ke mana. Kena istiqamah,” katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kawan not yet muslim saya ikut saya solat. Beliau merasakan ketenangan ketika bersolat. Semua keresahan dan strees hilang ketika solat. Beliau berkata untung orang Islam. Kalau strees tak perlu keluar duit untuk beli minuman keras , tempat hiburan untuk hilangkan tekanan.
BUDAYA “GATAL” YANG DIBAWA MASUK KE SEKOLAH?
Screen record ini, ini kali, aku sendiri yang buat. Kalau nak menipu lagi kata dah delete lama. Silakan. Aku dah cakap, aku tak kata salah. Kalau ia memang baik dan dipersetujui semua. Aku mohon berkhilaf sebab aku tak setuju.
Tapi, elok korang semua baca pandangan salah seorang parents yang anaknya dipergunakan. Boleh pertimbangkan. Aku taknak salahkan sesiapa. Aku dengan pandangan dan pendirian aku, korang yang setuju dengan aku, dengan pandangan dan pendirian korang.
—-
Surat Terbuka Buat Sesiapa Sahaja Yang Terlibat..
Assalamualaikum,
Saya salah seorang ibu bapa yang anaknya sudah digunakan dalam video content dan marketing pihak Aikom (Akademi Ikon Muda Malaysia) dan Amir Lala berasa sangat kecewa dengan tindakan yang kalian telah lakukan.
Anak-anak kami bukan talent percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk digunakan sebagai alat atau bahan marketing. Sudah pasti pihak sekolah telah membayar kalian untuk program-program tersebut.
Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian? Saya sebagai ibu bapa tidak mengizinkan bahkan mengharamkan kalian menggunakan wajah anak saya!
Selain itu, pengisian jenaka “pickupline” juga wajar dihentikan. Saya tidak nampak apa keperluan. Nampak lebih menjadikan remaja berani menggatal. Jika mahu menjadikan mereka berani, wajar menggalakkan mereka buat public speaking atau berdebat. Jika mahu mereka berseni, budaya kita sudah ada pantun dan gurindam, sajak dan syair.
Saya faham ia hiburan, ia jenaka. Tapi, sebagai pasukan consultant, takkan kalian tidak mampu menghasilkan hiburan dan jenaka yang bersifat ilmiah dan matang. Saya rasa normalisasi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah mesti segera dihentikan.
Saya mengharapkan sekolahlah benteng terakhir menjaga dan menerapkan gagasan budaya timur kita. Kita sudah tidak mampu mengawal media sosial, media massa, dan hiburan di luar sana.
Tetapi, apabila kalian juga membawa masuk budaya tersebut ke dalam sekolah. Apalah daya saya untuk menghalang. Saya orang biasa-biasa, tidak punya wang yang banyak, suara saya terhad.
Saya pernah tegur pihak Aikom dan Amir Lala, tetapi saya telah disekat selepas itu. Dan baru-baru ini, seorang individu telah memberi pandangan tentang aktiviti kalian di sekolah. Saya sangat bersetuju dengan beliau.
Justeru, saya mohon simpati kalian dan perhatian pihak sekolah untuk menghentikan kemasukan modul program motivasi yang tidak membawa budaya timur dan akhlak Islam.
Jadikanlah sekolah benteng terakhir pertahanan daripada segala pengaruh media sosial, viral, trending, dan apa saja yang tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anak bangsa kita.
Saya juga mohon mencadangkan supaya pihak sekolah menjemput penceramah yang ada track record atau success story yang sebenar untuk memberikan motivasi. Bukan sekadar influencer atau selebriti yang punya ramai pengikut di media sosial.
Akhir kalam,
Didiklah anak-anak saya supaya menjadi seperti Imam Syafie atau Imam Nawawi. Asuhlah mereka supaya lahir Elon Musk atau Mark Zuckerberg Malaysia. Bimbinglah mereka menjadi pejuang agama, bangsa dan negara. Pimpinlah tangan mereka supaya lahir manusia yang rajin, berani, berprinsip dan matang dalam kehidupan mereka apabila dewasa.
Sekian curahan hati.
Yang benar,
Seorang lelaki, ayah dan rakyat marhaen.
16/12/2023
—-
ps : Disalin semula daripada saudara Azrul Adnan
Kata-kata nasihat wartawan veteran, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), mengenai kejayaan dan ketentuan Allah menyentuh hati ramai pengguna media sosial, malah ada yang mengaku menonton rakaman beliau berulang kali kerana merasakan nasihat itu cukup dekat dengan kehidupan mereka.
"Kalau Allah belum lagi bagi kamu kejayaan, Dia sedang bagi kamu ilmu. Kalau Allah belum lagi bagi kamu kejayaan yang kamu nak ukur sebagai berjaya, bererti Dia sedang bagi kamu kekuatan.
"Kalau Allah sedang tangguhkan suatu waktu untuk kamu berjaya, bererti Dia tangguh kerana kamu belum bersedia," katanya dalam rakaman yang dikongsikan pengguna Threads Rozitaz.
Menurut ZRA, kejayaan bukan semestinya bukti seseorang lebih disayangi Allah, sebaliknya proses membina kekuatan jiwa dan mental juga merupakan satu bentuk kasih sayang-Nya.
"Dia bagi kita kekayaan jiwa, mental kita supaya pada hari kita menang, kita tidak menang sebagai orang yang cuai. Pada hari kita berjaya, kita tidak berjaya sebagai orang yang rosak kerana kejayaan dan kemahsyuran ini adalah tempat yang paling merosakkan manusia," katanya.
Rakaman itu meraih lebih 327,000 tontonan dan 15,800 tanda suka. Antara yang meninggalkan komen ialah Hazieqah yang menulis, "Terima kasih share, I need this🥰", manakala Syahminorsan menyifatkan ZRA sebagai "Sesungguhnya inilah pempegaruh yang sebenar". Ada juga pengguna mengakui nasihat tersebut hadir ketika mereka sedang kecewa dengan keputusan peperiksaan atau menunggu panggilan kerja.
Sumber: Threads Rozitaz / Hud Abbas
Even the smallest creature deserves a chance to live. This heartbreaking story reminds us that kindness, compassion, and hope can make a difference when life becomes difficul.
You need to know this about Muslims.
Muslims don’t drink alcohol.
Muslims don’t smoke.
Muslims don’t do drugs.
Muslims don’t fornicate.
Muslims don’t gossip.
Muslims don’t hate.
Muslims don’t hold grudges.
Muslims don’t keep malice.
Muslims don’t plot evil against people.
Muslims don’t consider anyone their enemy.
Muslims don’t envy others.
Muslims don’t allow jealousy to rule their hearts.
Does this mean we're perfect??
Absolutely not! We are still growing, learning, and being transformed by God’s grace. We strive every day to live a life that pleases our Creator, honours Him, and reflects the character of prophet Muhammad and previous prophets like Jesus and Moses.
Our goal is not to prove that we are better than everyone else, even though we are better, but to become more like prophet Muhammad every day.
Islam the way of good life🤍