Orang menegur bab logo capal ni atas dasar nak mencegah sebelum lebih parah.
Tak lama dulu, reka bentuk capal ni orang pakai kat kaki je. Cuba fikir macam mana boleh sampai ke mihrab.
Alasan cinta ke apa ke, kita kena ada kewarasan dan tidak mengheret ummat ke arah kerosakan.
Bagaimana seorang Muslim boleh yakin iman dan akidahnya tidak akan terjejas jika dia tidak jelas akan pengertian iman, akidah dan syirik?
Keyakinan ini wujud daripada kejahilan manusia tentang agama.
Kejahilan ini perlu dirawat. Dengan ilmu agama yang benar.
Pahit untuk diucap, namun ini adalah realiti yang perlu kita hadap.
Masyarakat Muslim di Malaysia masih mempunyai masalah dalam hal akidah.
Tidak jelas akan hal akidah menyebabkan kita bermudah-mudah dalam urusan agama.
Jika kita tak faham tauhid, macam mana kita nak faham syirik? Kerana tak fahamlah, maka wujud amalan-amalan yang kita rasa betul dan baik, walhal ia adalah syirik.
Dosa syirik ini jika kita tak minta ampun, neraka la tempatnya.
Dahulu saya fikir, menjadi seorang Muslim cukup dengan buat dan percaya pada rukun Iman dan islam.
Tidak semudah itu. Kewajipan sebagai seorang Muslim adalah untuk belajar Al-Quran. Dengan belajar, kita mengenal apa itu tauhid dan syirik.
Jangan membawa fitnah pada agama.
Mukjizat adalah milik mutlak para Nabi. Selain mukjizat, adalah karamah. Berlaku pada orang alim. Mukjizat dan karamah adalah anugerah Allah. Manusia tak ada kemampuan untuk mengadakannya.
Kalau manusia ada kemampuan untuk itu, ia adalah sihir.