Kalau malaysian tak ada duit
Mana mahu BYD, Huawei, Xiaomi, Chagee & Mixue nak masuk sini.
Lately ni lagi senang nampak jenama China compare to jenama Amerika.
Dell dah tenggelam
HP dah tenggelam
Apple dah makin nampak orang jarang guna latest model
At the end of the day. Kita sendiri jugak yg mmbenarkan harga2 makanan sampai cecah rm50 satu. Demand ada. So mereka tak takut pun letak hrga mahal. Air kat foodfest pun skrg semua dh hrga rm5 satu cup dan ke atas.
Dah la kene beratur berjam-jam untuk makanan viral & memperbodohkan diri sendiri basah demi makanan harga kayangan.
Lepas tu complain kene beratur berjam kt klinik tak boleh walaupun RM1. Rakyat malaysia mmg power
Tak faham aku kenapa orang sekarang cari kerja tak gunakan ChatGPT.
ChatGPT boleh tolong banyak benda tau (Kalau betul prompt nya)
Nah, korang copy paste je 10 prompts ni:
Study:
Kalau kita bergaul dengan high performer di tempat kerja, performance kita akan meningkat sebanyak 15%
Tapi,
Kalau kita bergaul dengan low performer di tempat kerja, performance kita akan menurun sebanyak 30%
So pilih circle yang elok-elok dan lari dari negativity 😊
Pengalaman aku bila sesuatu model kereta baru launch akan ada beberapa golongan yang timbul.
1. Golongan yang diam seribu bahasa.
Golongan seperti ni datang dengan hanya melihat tanpa bercakap hanya menganguk jika salesperson datang untuk memberi penerangan.
Golongan ini sukar diramal potensinya untuk membeli.
2. Golongan tunggu duit projek.
Golongan ni aku namakan golongan masuk air. Golongan ni akan menjanjikan bulan bintang dan syurga kepada salesman.
Ayat-ayat yang biasa di lontarkan spt “duit saya nak masuk ni saya akan beli 5 bijik terus. Nanti you bagi name card”katanya kepada salesman bertugas.
4 hari salesman tak tidur sebab stim.
3. Golongan sembang benda lepas.
Memulakan bicara dengan “when I was in London” , lepas tu cerita segala jenis kereta yg dia pernah pakai.
Conversation pasal kereta dia pakai tu boleh lajak sampai 2 jam dan lebih.
4. Golongan pakar.
Golongan pakar ni dia akan ajak 2, 3 orang kawan ke majlis perasmian.
Lepas tu dia akan terangkan kepada kawan dia kereta ni, spec, engine, rpm ke berapa gear akan tukar, suspension apa kereta ni pakai.
Golongan macam ni selalunya pakai spec tebal. Budak skema kat sekolah .
Salesman patut jauhkan diri bagi dia gebang sampai habis sebab nanti dia akan tanya salesman untuk uji pengetahuan sapa paling tinggi.
Aku pernah kena banyak kali dah.
5. Golongan pakar masa depan.
Pakar masa depan ni akan bercerita pasal resale value.
Dia akan cakap 1 benda untuk menampakkan dia cerdik iaitu "kereta ni resales value takda ".
Itu je dia akan cakap, dan akan cakap kuat supaya ada orang lain dengar dan bersetuju dengan dia.
6. Golongan palatao.
Golongan ni akan buka & tutup pintu kereta beberapa kali. Lalu beliau ke depan buka & tutup bonet depan juga, kemudian dia terus merumuskan "kereta ni tak solid takde safety".
Sia-sia R&D yang di buat sampai belanja berjuta ringgit.
Beliau hanya mengunakan tangan saja dapat menilai keselamatan sesebuah kereta.
7. Golongan tersakiti.
Golongan tersakiti ni adalah golongan yang berpengalaman pakai jenama yg sama tetapi kereta dia bermasalah.
Contohnya beliau pernah beli Kia pada tahun 1999 dan selalu rosak, jadinya beliau akan mengatakan sampai mati Kia adalah kereta bermasalah di sebabkan pengalaman lampaunya.
8. Golongan yang sedang mencari kereta baru untuk di beli dan sedang membuat perbandingan dengan brand lain.
Kalau kena pada layanan salesman dan penerangan jelas golongan ini akan terus booking dan beli.
Sumber : FB
Hmmm apa yg special sgt ip niii. 7k dh laaa dpt cable saja. 😭 bukan tak mampu. Mmg nk beliii. Tp dok teragak2. Byr sedebuk mcm niii tp dptnya cable saja. Kepala pun kena beli lain
Buat je balik. Peperiksaan dan oral tu. Kalau kata budak tak excel dlm exam. Haaa buat la 50% exam besar. 50% oral mcm u. Berapa percentage tu fikir la. Tp apa pun jgn mansuhkan peperiksaan besar.
Saya sangat setuju. Dgn adanya peperiksaan lah baru tahu apa tahap murid. Mmg boleh buat bnyk assessment selain dari peperiksaan. Tp kalau takde periksa. Susah la nk tgk budak tu baca buku tak. Apa yg ada dlm pemikiran dia. Faham tak apa yg diajar. Boleh ingt tak.
YB @FadhlinaSiddiq dengan hormatnya saya ingin melontarkan pandangan sebagai seorang ayah
Tekanan murid bukan kerana peperiksaan tapi silibus yang terlalu mendalam yang tak sesuai untuk umur dan pemikiran anak-anak.
Kami hasil sistem peperiksaan. Alhamdulillah baik baik sahaja.
Sebelum terima tawaran kerja:
(Buat ni untuk elak syarikat yang toxic)
1. 'Search' kat LinkedIn
2. Cari company yang interview korang.
3. Cari butang 'people'.
4. Cari 'What they do'.
5. Sekarang cari siapa yang baru resign dari situ.
6. Tekan 'all filters' dan pilih 'past employees'.
And hantar message ni:
"Hi, I noticed you previously worked for company XXX. I'm considering signing an offer there. Would you be willing to share your previous experience there with me?"
Pro tip: Cari orang yang bekerja untuk jawatan yang korang apply.
Ingat, syarikat tu buat research pasal korang and apa salahnya korang pun buat research pasal company tu.
Credit: Rameez Ahmed
And macam mana pula dengan gaji? Adakah gaji yang korang mohon atau gaji yang di-offer tu ikut harga market? Macam mana nak tahu rate gaji semasa?
Haa korang boleh check kat sini di platform Maukerja secara percuma je: https://t.co/CT53kRuMvT ♥️
Ibu-bapa, kalau anak awak dah berusia 14 ke atas, anda dah boleh buka akaun KWSP untuk anak. Terus dapat duit caruman permulaan percuma dari kerajaan. Buka awal, bantu anak anda menabung dalam KWSP.
I setuju sbb nk elak dpt benda yg takkan guna in future and tak perlu risau dpt brg sama. Ko budget bg rm20 je pun contribute je kat mana2 satu link tu. Mudah je. Tak yah pening kepala dh pikir bg hadiah apa.
Lain macam eh jemputan kad kahwin zaman skrg. Siap ada minta2 hadiah. Yang tak bleh blah boleh share duit utk beli hadiah.
Tengok ni siap letak deposit myvi sebagai hadiah. Hmm 😂🚗
Korang rasa camne? Okay ke tak okay camni?