After a long as fxck been isolated myself from every fxcking single thing. Now here I am proudly presenting myself to the public again and this is the 'NEW ME' as they quote "be proud of your scars, not everyone survive as you did".
Seorang pemuda Malaysia, Muhammad Hazim Rafiq Hussain (21), kini koma di Hospital Krabi, Thailand selepas terlibat kemalangan dengan lori ketika percutian konvoi motosikal, Rabu lalu.
Mangsa mengalami kecederaan kritikal termasuk pendarahan di kepala, paru-paru bocor dan tulang pinggang retak, dengan keadaannya masih tidak stabil dan dipantau rapi doktor.
Kos rawatan setakat ini dilaporkan mencecah RM21,000 dan dijangka meningkat, manakala insurans mangsa tidak mencukupi. Keluarga merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan dan urusan membawa pulang mangsa ke Malaysia.