Selalu pegang pesanan ini :
“Apa yang sudah dimiliki jangan lupa dijaga, apa yang sudah dirasa cukup jangan lagi mencari, dan apa yang sudah disepakati jangan cuba-cuba untuk ingkari.”
Ingatlah wahai manusia, Allah akan tolong kita apabila kita menjaga solat, Allah akan sentiasa berada dengan kita setiap masa apabila kita dalam kesusahan dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Masalah menimpa? Solat.
Hati tak tenang? Solat.
Tengah serabut? Solat.
Terjumpa ayat ni :
“Jika الله mengizinkan kita berdoa untuk sesuatu, itu maksudnya الله ingin kita mendapatkannya. Teruslah memohon dan ingatlah الله itu Al Wahhab, Yang Maha Pemberi.”
Sesiapa yang ternampak ini, semoga anda diberikan kesihatan, dipermudahkan urusan, dibukakan pintu rezeki seluas luasnya, dilimpahkan keberkahan untuk setiap ikhtiar, bahagia selalu dan senantiasa dalam lindunganNya. Bersyukur lagi dan bersyukur selalu.
"Subuh bukan hanya tentang bangun pagi, tapi tanda cinta Allah masih memberi kesempatan."
Jika masih direzekikan untuk bangun, itu bererti masih ada rezeki, masih ada harapan, masih ada kasihNya.
Kita punya satu misi: untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam.
Percaya pada qada' dan qadar Allah. Sesuatu yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Ada kalanya Allah menunda untuk memberikan sesuatu pada kita, agar kita dapat belajar untuk tetap setia dan percaya padaNya.
Jangan persoalkan kenapa Allah uji, kerana dunia adalah tempat ujian.