Siang tadi meeting panjang untuk PBAKL. Lokasi booth tahun ni dekat pintu masuk. Nak pastikan pengunjung ingat, berhenti dan singgah. Kalau kena cara beli terus.
Pelbagai strategi yang timbul. Ada logik, ada yang luar kotak. Yang pasti, tak boleh mainยฒ bila nak ajak orang baca
Ajak sepupu join pertandingan rak buku raya @pelitadhihin, rak buku guna library rumah Uwan diorg je๐
Saya nak ajak kawan-kawan yang lain untuk sertai acara tersebutโ๐ผ
Terma dan syarat boleh rujuk poster di bawah.
Ke mana hala tuju kita selepas di dunia? Perlu diselesaikan dengan kesedaran ilmu dan kefahaman.
-Disiplin ilmu akhlak sebagai proses membersihkan jiwa daripada tipu daya syaitan dan dunia dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Berkongsi berkenaan buku Ramuan Kebahagiaan karya Imam Al-Ghazali di TT. Antara point penting yang boleh dimanfaatkan:
-Kimia Kebahagiaan merupakan karya terakhir beliau yang merumuskan isi kandungan kitab Ihya'.
-Manusia terdiri daripada unsur zahir dan roh.
-Hati umpama raja, anggota zahir ibarat tentera. Baik raja, baik lah tenteranya.
-Diri insan sebagai tanda kebesaran, keagungan Allah SWT dalam mencipta alam semesta.
Persoalan asasi seperti kita datang dari mana? Apa tujuan kita berada di dunia ini? Ke mana hala tuju kita
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
1. Saya mengikuti dengan rasa dukacita insiden kebakaran paip gas di Putra Heights yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan kehidupan ramai mangsa. Takziah saya ucapkan kepada 112 orang mangsa, dan keluarga mangsa yang terlibat.
2. Golongan yang kehilangan harta akibat bencana seperti kebakaran boleh dikategorikan sebagai asnaf al-gharimin (orang yang berhutang) jika mereka memerlukan dana untuk pemulihan kehidupan dan pembayaran liabiliti yang timbul akibat kejadian ini.
3. Dalam hadith riwayat Imam Muslim daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali, Rasulullah SAW mengizinkan individu yang ditimpa musibah untuk meminta bantuan sehingga mereka dapat kembali kepada kehidupan yang stabil.
4. Oleh itu, saya menyeru agar institusi zakat, NGO Islam serta individu yang berkemampuan menyalurkan zakat kepada mangsa yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan, atau menanggung hutang akibat insiden ini. Bantuan ini boleh diberikan dalam bentuk kewangan bagi membiayai kos pemulihan pasca-bencana dan menyokong kehidupan harian mereka sehingga stabil semula.
5. Dalam masa yang sama, saya menggalakkan umat Islam untuk terus menzahirkan solidariti melalui sedekah bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim.
6. Saya berpandangan, bantuan zakat hendaklah didahulukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, seperti mereka yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan, atau terpaksa menanggung hutang akibat kebakaran.
7. Pemberian zakat dalam bentuk wang tunai lebih utama bagi membantu mereka menanggung kos pemulihan, baik pulih rumah, dan keperluan asas pasca-bencana. Adapun bantuan dalam bentuk barangan atau makanan hendaklah diniatkan sebagai sedekah umum atau infaq fi sabilillah, kecuali jika benar-benar diperlukan oleh asnaf yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh institusi zakat.
8. Agihan zakat boleh dilakukan melalui pusat zakat negeri, NGO Islam yang dipercayai dan telus, atau secara terus kepada mangsa yang layak. Jika melalui NGO atau badan kebajikan, pastikan dana zakat digunakan sepenuhnya untuk pemulihan mangsa dan tidak bercampur dengan dana lain.
9. Sekiranya terdapat mangsa yang terkandas di luar kawasan kediaman mereka akibat kebakaran, mereka boleh dikategorikan sebagai asnaf ibn sabil dan layak menerima zakat bagi membantu mereka kembali ke tempat asal.
10. Mangsa yang masih memiliki aset seperti rumah dan tanah, tetapi kekurangan dana cair boleh menerima zakat mengikut kadar yang ditentukan oleh institusi zakat.
11. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban saudara-saudara kita yang terkesan dan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT. Kita doakan juga agar Allah SWT menggantikan kehilangan mereka dengan kebaikan yang lebih besar dan mengurniakan ganjaran kepada semua pihak yang membantu dalam usaha pemulihan ini.
Sabda Rasulullah SAW:
ููุงูููููู ููู ุนููููู ุงููุนูุจูุฏู ู ูุง ููุงูู ุงููุนูุจูุฏู ููู ุนููููู ุฃูุฎูููู
Maksudnya: โDan Allah SWT menolong hambanya selama mana hamba itu menolong saudaranya.โ Riwayat Muslim (1924)
Datoโ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga dipermudahkan segala urusan buat pihak yang menguruskan kemalangan dan mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Putra Heights.