Merafak sembah dan ucapan takziah kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor & DYMM Tengku Permaisuri Selangor di atas kembali ke Rahmatullah Haji Abdul Rahman Baba, ayahanda kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor.
Saya dan @Shamshida telah ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor bagi menyembah takziah ke atas DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang baru kehilangan ayahanda tercinta pagi tadi.
Breakfast meeting with Dr. Hiroto Izumi, Special Advisor to the Prime Minister of Japan. Highly productive discussions on a wide spectrum of bilateral matters of mutual and strategic interest particularly on trade, investment and economic value creation.
Syukur telah menerima suntikan dos ke-2 vaksin COVID-19. Terima kasih Dr. Rozita Zakaria dan pasukan yang membantu memudahcara urusan pengambilan vaksin. Saya berasa lebih yakin untuk mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Korea dan Jepun yang akan datang.
Pagi ini saya dan Tan Sri Mohd Khairul Adib, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkongsi pandangan, halatuju serta aspirasi Kerajaan Persekutuan bersama penjawat awam Negeri Selangor di Rapat Malaysia Prihatin di Shah Alam.
SK Nexilis, a copper foil producer for electric vehicle (EV) battery manufacturer SKC, has announced its first overseas production base to be in KKIP Industrial Complex, Kota Kinabalu.
Pertemuan pertama bersama YB Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor dan YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor di Putrajaya petang ini untuk menyelaras dan memperkukuh Perikatan Nasional Negeri Selangor.
Perniagaan Hidayah Bakery sudah beroperasi selama 23 tahun di Gombak. Beroperasi di Pangsapuri Seri Harmonis, Kak Timah dan suami Haji Sahimi Hassan memulakan perniagaan secara sampingan ketika beliau masih bertugas sebagai Ketua Jururawat di HKL.
https://t.co/1CbJ8xxlGh
Menyantuni penduduk di Pangsapuri Sri Harmonis, Gombak. Pada bulan lalu, saya telah menerima pemohonan daripada JMB pangsapuri ini bagi menggantikan dan menyelenggara rumah pam untuk kemudahan penghuni disini.
Bertemu dengan masyarakat India untuk program Gombak Food Bank di Dewan Sri Batu Caves dan Dewan Pangsapusi Laksamana Jaya. Saya turut terharu kerana Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudi turun menyantuni rakyat di Gombak.
Saya turut singgah di Hidayah Bakery yang beroperasi di Pangsapuri Seri Harmonis. Hidayah Bakery milik anak jati Gombak, Puan Timah Mat Noh, dan suami Haji Sahimi Hassan. Perniagaan bermula secara sampingan ketika beliau masih bertugas sebagai Ketua Jururawat di HKL.
Today, on behalf of the Government of Malaysia, I signed the historic Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement together with 14 other RCEP Participating Countries (RPCs).
Pendirian Malaysia di dalam isu Palestin tetap tidak berubah dan konsisten. Kami menyeru PBB dan masyarakat antarabangsa untuk memberi tumpuan dan tegas melaksanakan langkah-langkah konkrit untuk mempertahankan hak rakyat Palestin yang ditindas.
Hari ini Malaysia akan menandatangani penjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia. Perjanjian ini merupakan satu perjanjian kerjasama antara ASEAN dan 5 negara lain iaitu Australia, China, Japan, New Zealand dan Korea Selatan.
https://t.co/j0gWbupTI6
Krisis di Rakhine terus memberi kesan kepada negara-negara di rantau ini, termasuk Malaysia. Kami menyeru supaya tanggungjawab bersama dipikul untuk menangani isu Rohingya seperti yang termaktub dalam Global Compact for Refugees.