Kerajaan akan meneruskan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#KeluargaMalaysia#JabatanPenerangan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah, telah diarah untuk diaktifkan serta merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.
#KeluargaMalaysia#JabatanPenerangan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sangat menyambut baik pembentangan Bajet 2023 ini yang dilihat sangat komprehensif bertepatan dengan tema “Keluarga Malaysia Makmur Bersama”.
#Bajet2023#KeluargaMalaysia#MakmurBersama#JabatanPenerangan
Kredit e-dompet untuk belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan mana-mana pelajar sepenuh masa melebihi 21 tahun akan boleh menuntut RM200 dalam e-dompet mereka di bawah program ePemula.
#Bajet2023#KeluargaMalaysia#MakmurBersama#JabatanPenerangan
Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
#Bajet2023#KeluargaMalaysia#MakmurBersama#JabatanPenerangan
PROGRAM DIGITAL AGTECH DI BAWAH MDEC
Program ini akan diperluas ke 264 Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara dengan peruntukan RM20 juta bagi melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital.
#Bajet2023#KeluargaMalaysia#MakmurBersama