If you, like me, are concerned about the direction our country will go if a Trump Tower is built in our country, then join me in objecting! https://t.co/bkxM115Tes via @getup
@Elsievotesblue This is why egotistical maniacs dont make good liars
On one hand, he's so good at sex, he 'pleasured' her extremely and on the other hand, it didnt happen
KWSP BAKAL LAKUKAN PERUBAHAN PENTING?
KWSP sekarang dilaporkan tengah rancang satu perubahan besar iaitu dia nak perkenal satu sistem baru dua jenis akaun untuk simpanan pencarum.
Dalam sistem baru ni, setiap caruman masa depan akan dibahagikan kepada dua bahagian: satu dipanggil Flexible Savings Account, dan satu lagi Income Savings Account.
Akaun fleksibel ni kira macam akaun sekarang la pencarum boleh keluarkan duit bila-bila masa kalau ada keperluan.
Tapi yang satu lagi tu, akaun pendapatan, hanya boleh dikeluarkan sikit-sikit, secara berkala, lepas pencarum bersara. Ala-ala macam pencen bulanan la konsep dia.
Kenapa KWSP buat macam ni? Sebab statistik tak menipu. Ramai pencarum kita sekarang bila sampai umur 55 atau 60, terus keluarkan semua simpanan dan dalam masa 2 ke 5 tahun, duit tu habis.
Habis, lepas tu nak survive pakai apa? Jadi cadangan ni sebenarnya nak bantu supaya pencarum tak terlalu cepat kehabisan simpanan.
Sekurang-kurangnya bila ada akaun pendapatan tu, mereka akan terus dapat ‘gaji’ bulanan walaupun dah tak kerja. Ia bukan nak sekat kebebasan, tapi lebih kepada nak tolong rakyat hidup lebih stabil waktu tua nanti.
Katakanlah Azlan, umur 30 tahun sekarang, dan dia akan mencarum RM500 sebulan selama 30 tahun.
Kalau kira dengan pulangan pelaburan 5% setahun, jumlah simpanan dia umur 60 nanti lebih kurang RM418,000.
Kalau ikut cadangan KWSP, katakan 60% masuk akaun pendapatan dan 40% masuk akaun fleksibel, maknanya dia akan dapat lebih kurang RM167,000 boleh keluarkan sekali gus, manakala baki RM250,000 tu akan dibayar macam elaun bulanan lebih kurang RM1,400 sebulan selama 15 tahun.
Jadi Azlan tak perlu risau sangat pasal duit belanja bila dah tua. Tak perlu nak harap anak-anak sangat dah.
Tapi yang paling penting, KWSP dah jamin yang perubahan ni tak akan kacau hak pencarum sedia ada.
Siapa yang dah mencarum, hak untuk keluarkan macam biasa masih kekal. Struktur dua akaun ni hanya akan terpakai untuk pencarum baru selepas ia dilaksanakan nanti.
Tapi bagi pencarum lama yang rasa sistem ni lebih sesuai dengan gaya hidup mereka, ada pilihan untuk opt-in secara sukarela.
Sekarang ni pun KWSP tengah buka ruang untuk orang ramai beri maklum balas dulu.
Maknanya belum muktamad lagi masih peringkat cadangan. Tapi dari segi niat dan arah tuju, nampak macam langkah ke depan yang lebih bertanggungjawab.
Kalau nak cakap jujur, ramai mungkin tak suka sebab rasa macam kebebasan nak keluarkan duit sendiri dikurangkan.
Tapi dari sudut pandang jangka panjang, langkah ni sebenarnya nak lindung masa depan kita sendiri.
Lebih baik ada gaji tetap RM1,000 sebulan waktu umur 65, daripada habis licin dalam dua tahun lepas pencen sebab tak pandai urus duit.
KWSP mungkin cuba sediakan sistem yang lebih seimbang, antara kebebasan sekarang dan kelangsungan hidup masa depan.
@syahir Simp nya ekonomis ni tengok 2 line je untuk buat kenyataan & konklusi..
Byk lagi faktor lain. Itulah akibatnya membangkang hanya atas dasar membangkang