JAWI dengan kerjasama MAIWP dan rakan strategik akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/ 2026M seperti ketetapan berikut:
📆 Tarikh:
20-22 Oktober 2026 | Selasa-Khamis | 9-11 Jamadilawal 1448H
Setiap pagi adalah peluang baharu untuk memperbaiki diri, melangkah dengan lebih yakin dan melakukan kebaikan.
Semoga setiap urusan kita pada hari ini dipermudahkan, setiap langkah dipandu dengan hidayah-Nya dan setiap usaha membuahkan hasil yang diberkati.
#JAWI#Doa
Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW ketika Baginda telah didatangi oleh tetamu. Lantas Nabi SAW bertanya kepada isterinya: “Ada apa-apa makanan?” Jawabnya: “Tiada.” Lantas Nabi SAW terus membaca doa ini.
🌧️ Ketika cuaca buruk dan jerebu melanda, marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini agar sentiasa dilindungi daripada segala keburukan angin dan cuaca serta memohon agar Allah SWT menjauhkan kita daripada sebarang musibah dan azab-Nya.
Dalam doa yang tulus, kita memohon kepada Allah agar al-Quran menjadi syafaat bagi hati kita. Semoga ayat-ayat-Nya membawa keberkatan, petunjuk dan kebahagiaan dalam hidup kita. Dengan al-Quran, kita menemukan jalan yang benar dan ketenangan yang sejati.
Perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain merupakan sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Ini merupakan penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri.
Bermula 5-8 Oktober 2026, calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mula menduduki peperiksaan.
Manakala, Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) turut berlangsung bermula hari ini 6-7 Oktober 2026.
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih-sayang-Mu, pada pagi ini kami memohon agar dijauhkan daripada melakukan maksiat dan kami semua disampaikan kepada syurga-Mu. Amin Ya Arhamar Rahimin.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#MADANIMembantu
Oktober telah diisytihar sebagai bulan al-Quran.
Marilah berdoa agar kita sentiasa berdampingan dengan al-Quran, diri kita dihiasi dengan sifat mahmudah dan dijauhkan dari segala sifat mazmumah
Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali, manakala neraka merupakan tempat yang kita mohon perlindungan daripada-Nya.
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan doa ini, memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan syurga-Nya serta dijauhkan daripada azab neraka.
Esok 16 September kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-63.
Benarlah, dengan melihat situasi dan apa yang berlaku di sekeliling kita, banyak perkara yang harus kita syukuri antaranya ialah nikmat keamanan.
Keamanan negara adalah anugerah yang tak ternilai.