PENCARIAN SUKARELAWAN MUDA BARISAN NASIONAL (BNYV) JOHOR PRU15
Aktifkan diri anda sebagai sukarelawan BNYV Johor di https://t.co/HclHkgreM2.
AYUH ANAK MUDA JOHOR!
"TAKE CHARGE, MAKE A DIFFERENCE!"
#BNYV#MalaysiaStabil 🇲🇾⚖️
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.
Syukur Alhamdulillah.
Esok, Bangsa Johor akan membuat satu keputusan yang amat besar. Keputusan yang bukan sahaja menentukan siapa yang akan dipilih, tetapi juga menentukan arah perjalanan negeri yang kita cintai ini untuk lima tahun akan datang.
Sejak diberikan amanah untuk memimpin Johor, setiap hari saya bersama seluruh pasukan Kerajaan Negeri telah berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik demi Bangsa Johor. Saya juga sedar bahawa saya bukan pemimpin yang sempurna. Sepanjang memikul amanah ini, sudah tentu ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan.
Atas segala kekurangan itu, saya dengan penuh rasa rendah hati memohon ampun dan maaf kepada seluruh Bangsa Johor. Namun, saya percaya setiap amanah datang bersama tanggungjawab untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Tetapi, sekiranya saudara dan saudari melihat masih ada keikhlasan dalam usaha kami berkhidmat, maka dengan penuh rasa rendah diri saya memohon sokongan dan mandat kepada calon-calon Barisan Nasional di kawasan masing-masing.
Apa jua keputusan yang bakal dibuat esok, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas segala sokongan, teguran, doa dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sepanjang empat tahun ini.
Semoga Allah SWT memberkati Bangsa Johor, memelihara negeri yang kita kasihi ini dan mengurniakan petunjuk kepada kita semua untuk membuat keputusan yang terbaik. Insya-Allah.
Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing.
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.
1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa saya pernah memaklumkan kepadanya kononnya pihak Istana telah “mengarahkan” pembubaran Dewan Negeri Johor.
2. Apa yang saya jelaskan ialah pembubaran tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
3. Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Negeri Johor sesuka hati. Pembubaran perlu melalui proses yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan hanya berkuat kuasa setelah mendapat perkenan.
4. Saya telah mengadap dan mempersembahkan perkara tersebut. Selepas mendapat perkenan, saya mengumumkan pembubaran Dewan Negeri Johor kepada rakyat secara terbuka. Mendapat titah perkenan ialah satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik.
5. Justeru, amat tidak bertanggungjawab untuk beliau kini memutarbelitkan proses perlembagaan yang sah sehingga mewujudkan persepsi kononnya Institusi Diraja mencampuri urusan dan keputusan politik UMNO Johor.
6. Beliau berhak meninggalkan UMNO dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti. Namun, kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.
7. Sehubungan itu, UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.
8. Saya menyeru semua pihak supaya menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik.
YAB DATO’ ONN HAFIZ GHAZI
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
📹 KERAJAAN JOHOR HARGAI PERANAN AKAR UMBI INSTITUSI MASJID DAN SURAU
Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri komited merealisasikan Agenda Maju Johor 2030 menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memacu kesejahteraan rakyat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Maju Johor.
Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menghadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, pada hari ini, 1 Jun 2026.
Sehubungan itu, atas titah perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim Kelima Belas telah diperkenankan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Ini selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.
Saya menyeru kepada semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi ini dengan penuh adab, tertib dan berhemah. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kemuafakatan Bangsa Johor.
Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, melindungi rakyatnya serta terus mengurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan kepada negeri ini.
Muafakat Itu Berkat
Kepada Allah Kita Berserah
Allah Peliharakan Sultan
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah, saya telah turun padang meninjau sendiri perkembangan projek RTS Link di Bukit Chagar yang bakal menjadi pemangkin utama transformasi mobiliti Johor Bahru dan rantau selatan negara.
Projek strategik ini bukan sekadar menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, tetapi bakal mengubah landskap pergerakan rakyat secara menyeluruh apabila mula beroperasi kelak.
Namun begitu, Kerajaan Negeri amat memahami bahawa peningkatan pergerakan manusia dan kenderaan susulan pembukaan RTS turut menimbulkan kebimbangan rakyat khususnya berkaitan kesesakan trafik di pusat bandar Johor Bahru. Justeru, beberapa langkah sedang dan akan dilaksanakan dari sekarang, antaranya:
1. Memperkukuh akses pejalan kaki melalui pembinaan Pedestrian Overhead Bridge (POB) yang menghubungkan RTS Bukit Chagar dengan kawasan tumpuan utama sekitar bandar;
2. Memperkukuh sistem rel dan pengangkutan awam bersepadu melalui penyambungan RTS dengan ETS, Komuter Selatan, bas awam, teksi dan shuttle;
3. Memperluaskan konsep Park & Ride di lokasi strategik seperti Larkin, Southkey, Sutera Mall, Toppen, serta AEON Bandar Dato’ Onn bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar;
4. Melaksanakan pengurusan trafik yang lebih tersusun dan pintar termasuk laluan kontra serta penaiktarafan lampu isyarat pintar; dan
5. Menyusun semula aliran trafik di kawasan tumpuan utama sekitar JB Sentral dan Jalan Jim Quee supaya lebih lancar dan teratur.
Insya-Allah, segala usaha ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan Johor Bahru benar-benar bersedia menyambut pembukaan RTS demi manfaat Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
YANG DI-PERTUAN AGONG SERIKAN SESI FOTOGRAFI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 UMNO
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar, Johor Bahru sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada hari ini (11 Mei).
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Keberangkatan Sultan Ibrahim disambut oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Sesi fotografi ini diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.
Penubuhan parti ini menjadi salah sebuah lembaran utama dalam perjuangan nasionalisme negara sehingga mencetuskan pergerakan menentang Malayan Union dan kemudian ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
Syukur Alhamdulillah, berita gembira untuk Bangsa Johor, Taman Negara Tanjung Piai kini berwajah baharu dengan pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur yang telah siap sepenuhnya melibatkan kos keseluruhan sekitar RM3.33 juta, merangkumi penambahbaikan Galeri Piai, laman tiba, kedai cenderamata serta kemudahan asas termasuk tandas dan surau supaya pengalaman pengunjung jadi lebih selesa dan teratur.
Keunikan Tanjung Piai terserlah melalui empat tarikan utama yang menjadikannya wajib dikunjungi, iaitu:
1. The Southern Most Tip of Mainland Asia;
2. Keunikan hidupan semula jadi seperti ikan belacak (mudskipper);
3. Keindahan ekosistem paya bakau yang menjadi benteng semula jadi; dan
4. Pengalaman unik menyaksikan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Taman Negara Tanjung Piai beroperasi setiap hari dan berperanan sebagai destinasi ekopelancongan, serta ruang pendidikan yang memberi kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Harga tiket adalah seperti berikut:
1. RM5 bagi warganegara dewasa;
2. RM3 bagi warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas;
3. RM20 bagi bukan warganegara dewasa;
4. RM10 bagi bukan warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas; serta
5. Percuma bagi kanak-kanak (6 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU.
Sempena Tahun Melawat Johor 2026, Taman Negara Tanjung Piai menjadi antara destinasi wajib dikunjungi, bukan sahaja kerana keindahannya, tetapi kerana nilai dan cerita yang dibawanya. Inilah Johor yang kaya dengan keindahan alam untuk tatapan seluruh dunia.
Semoga keindahan alam semula jadi serta keunikan budaya Johor terus terpelihara dan dihargai, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung serta merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan balik ke kawasan Simpang Renggam dan singgah ke Bazar Ramadan Pekan Layang-Layang. Seronok dapat berjalan sendiri, melihat suasana, beramah mesra dengan peniaga dan bertanya khabar masyarakat sekitar.
Walaupun hanya 22 gerai beroperasi di Bazar Ramadan ini, semangat dan kesungguhan peniaga kecil amat luar biasa. Mereka menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan harga yang berpatutan dan mesra rakyat. Dalam suasana kos sara hidup yang mencabar, usaha mereka mengekalkan harga yang munasabah adalah satu usaha yang patut disokong.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut menunaikan kewajipan membayar zakat sempena Ramadan sebagai tanggungjawab dan tanda syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Zakat bukan sekadar memberi, tetapi menyucikan harta dan memastikan rezeki yang kita peroleh turut dikongsi bersama mereka yang memerlukan, agar keberkatannya terus mengalir kepada semua.
Saya turut mengedarkan kurma Ramadan dan bubur lambuk, serta meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung. Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan untuk memperkukuh silaturahim, menyemai nilai ihsan dan mempererat ukhuwah dalam komuniti.
Saya menyeru seluruh warga Simpang Renggam terutamanya di Layang-Layang agar terus menyokong peniaga tempatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan di sini bukan sekadar membeli juadah berbuka, tetapi menjadi suntikan semangat dan modal pusingan kepada usahawan kecil untuk terus bertahan dan berkembang.
Kerajaan Negeri akan terus komited memperkasa ekonomi tempatan supaya pertumbuhan yang kita bina benar-benar inklusif dan menyeluruh. Semoga segala usaha ini membawa keberkatan dan kemakmuran berpanjangan kepada Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #Ramadan2026 #OHMachap #SimpangRenggam
Syukur Alhamdulillah, Johor terus melangkah ke hadapan sebagai destinasi utama industri berteknologi tinggi apabila menerima pelaburan strategik bernilai RM900 juta daripada Longda Group, syarikat berteknologi tinggi dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat, yang dijangka mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, khususnya kepada anak muda Johor.
Semasa lawatan kerja saya ke China sebelum ini, saya dan delegasi berkesempatan meninjau sendiri operasi Jiangsu Longda Superalloy. Susulan itu, dalam pertemuan rasmi yang diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Pu Yilong, perbincangan tertumpu kepada perkembangan pelaksanaan projek di Johor termasuk garis masa pembangunan, pematuhan piawaian teknikal serta pelan pengembangan operasi bagi jangka sederhana dan panjang.
Longda memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan aeroangkasa global dengan membekalkan superalloys berketulenan tinggi bagi komponen “hot-section” enjin pesawat untuk kegunaan komersial dan pertahanan. Keupayaan ini disokong oleh ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang komprehensif termasuk institut aloi suhu tinggi, pusat teknologi serta pangkalan penyelidikan pasca-doktoral, sekali gus membuka ruang pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan.
Projek ini turut memberi penekanan serius kepada pembangunan modal insan melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan pemilihan 30 graduan tempatan untuk menjalani latihan industri di ibu pejabat Singda di China dengan kumpulan pertama seramai tujuh graduan dijadualkan berlepas pada 2 Mac dan satu lagi pengambilan seramai 30 graduan pada tahun hadapan bagi membina bakat Johor dalam bidang teknologi aloi berprestasi tinggi.
Terima kasih saya ucapkan kepada Longda Group atas keyakinan dan komitmen untuk memilih Johor sebagai destinasi pelaburan strategik mereka. Semoga kerjasama ini akan terus diperkukuh sekali gus memberi peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada anak Johor dan pembangunan bakat tempatan secara mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Podcast #MehDengoJap! kembali bersiaran bagi musim ketiga dengan membawakan isu-isu semasa dan informasi terkini yang akan dikupas oleh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi dan salam Maju Johor.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Have a blessed day.
#semaraksubuhjohor#gengsubuhmacamjumaat
Syukur Alhamdulillah. Hari pertama tahun 2025, saya berpeluang bertemu dan berkongsi amanat dengan barisan EXCO, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar Johor, pegawai-pegawai khas EXCO, dan Johor Apprentice.
2025 akan menjadi permulaan kepada sebuah era baru bagi Johor. Tahun ini adalah titik tolak yang akan menentukan sama ada kita mampu merealisasikan impian untuk menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030.
Maju Johor 2030 bukan sekadar sebuah visi, tetapi sebuah janji untuk pertumbuhan berterusan, perpaduan utuh, dan peningkatan kualiti hidup untuk setiap rakyat Johor.
Kita semua mempunyai peranan yang besar untuk merealisasikan agenda ini. Saya menyeru agar kita bersama-sama membangunkan Johor sebagai sebuah negeri yang bukan sahaja maju secara infrastruktur dan ekonomi, tetapi juga sebuah negeri yang menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.
Marilah kita bekerja secara berjemaah, merapatkan saf, dan menjadikan usaha ini sebagai satu legasi untuk generasi akan datang. Insya-Allah.
Sama-sama kita doakan agar negeri Johor terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.
Selamat Tahun Baru 2025 semua!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Mega Flashmob x Speakers Corner @ DUN Mahkota
Alhamdulillah, lebih 200 orang telah hadir bagi sesi Mega Flashmob & Speakers Corner pada hari terakhir kempen #PRKMahkota pada petang tadi.
Semoga kemenangan akan menjadi milik calon kita!
#MahkotaKita#UndiBN ⚖️
Mega Flashmob x Speakers Corner @ DUN Mahkota
27/9/2024 (Jumaat)
⏰4.00 Petang
📍Jalan Mata Kucing & Persiaran Dato' Haji Hassan, Kluang
BNYV Johor x Pemuda & Puteri BN x Ruang Speaker
#PRKMahkota#MahkotaKita#UndiBN ⚖️
Buat semua pengundi DUN Mahkota yang bekerja dan merantau ke Singapura, saya menyeru dan merayu agar pulanglah ke DUN Mahkota pada 28 September ini, Sabtu ini untuk memenangkan calon Barisan Nasional, Saudara Syed Hussien, Calon No. 1 N.29 Mahkota.
Dengan sokongan dan semangat solidariti daripada semua, saya pasti ia akan memberi mesej penting berkenaan kestabilan politik di Johor dalam membangunkan dan memajukan lagi negeri Johor dan DUN Mahkota yang kita semua cintai ini.
Selamat pulang dan selamat mengundi buat semua!
Ayuh kita suburkan sistem demokrasi negara dan pertahankan #MahkotaKita !
#UndilahBarisanNasional
#BarisanNasional
#BNJohor
#MajuJohor
#BangsaJohor
#MahkotaKita
Siri Kempen PRK Mahkota (Hari Ke-11)
BNYV telah mengadakan Speaker Run di empat (4) PDM dalam DUN Mahkota. Antaranya, PDM Indah Jaya, PDM Kg Tengah, PDM Taman Ilham & PDM Sri Tengah.
Undi Calon No.1, Syed Hussein Syed Abdullah, daripada Barisan Nasional ⚖️
#MahkotaKita
Siri Kempen PRK Mahkota (Hari Ke-8)
Speakers Corner & Flashmob di Sekitar Tapak Majlis Jelajah Orang Mahkota (JOM), Restoran Nasib, Jalan Dato' Haji Hassan & D'vapor Shop Jalan Hj Manan.
Undi Calon No.1, Syed Hussein Syed Abdullah, daripada Barisan Nasional ⚖️
#MahkotaKita
Menarik tiktok Ruang Speaker ni. Semua jurucakap Speaker Corner @BNYVJOHOR di PRK DUN Mahkota kali ni.
Mostly anak-anak muda berbilang bangsa yang jadi jurucakap untuk BN kali ni.
Korang tengoklah sendiri
Link : https://t.co/P38TvbgWJx
#MahkotaKita