Tom Morello has announced the passing of his mother, Mary Morello, at the age of 102.
A former high school history teacher and lifelong activist, she also founded the anti-censorship organization Parents for Rock and Rap.
Tom Morello has announced the passing of his mother, Mary Morello, at the age of 102.
A former high school history teacher and lifelong activist, she also founded the anti-censorship organization Parents for Rock and Rap.
Whatever progress and reforms achieved today was made possible through hard work of many individuals, within and outside the administration.
Of course, another "effective" option is to be performative and ask "Where were you when...". Great tactic! Totally recommended!
Setelah hampir enam bulan berunding, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS sudah dimeterai! Ini bukan pilihan kita, tapi realiti geopolitik yang kita hadapi untuk pertahan akses ke pasaran eksport terbesar kita. Kepada yang kritik, tolonglah berhujah dengan fakta, bukan fitnah! Kami, Kerajaan MADANI, bertindak pantas dan berprinsip untuk melindungi mata pencarian jutaan rakyat Malaysia. Hasilnya? Kadar tarif AS berjaya diturunkan dari 25% kepada 19%, malah kita dapat pengecualian untuk 1,711 barisan tarif produk utama bernilai RM22 bilion!
Isu garis merah negara seperti hak Bumiputera dan standard Halal kita pertahankan, tiada satu klausa pun yang melanggarnya.
Pembelian berjumlah RM1 trilion dari AS? Senarai perolehan di bawah perjanjian ini bukan perkara baharu. Saya ada terangkan pada bulan Ogos yang lepas di Parlimen. Pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada Kerajaan. Apa yang kita buat, kita tanya kepada syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia dan juga GLC, apakah perancangan pembelian mereka dari Amerika Syarikat dan kita senaraikan semua pembelian tersebut. Kalau tak ada tarif pun, memang mereka akan beli juga kerana ia adalah perolehan yang telah dirancang.
Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025, jauh lebih awal daripada tarikh pengumuman tarif oleh Trump.
Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh PETRONAS. PETRONAS sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat. Sebelum pengumuman tarif pun PETRONAS dah beli LNG dari Amerika Syarikat. Tapi sebab kita tak kerja di PETRONAS, bila dengar pengumuman sahaja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baharu. Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial PETRONAS bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa.
ART ini adalah pagar yang kita bina, memastikan tindakan selepas ini mesti melalui rundingan, bukan ugutan unilateral. Kedaulatan negara tetap terpelihara! 🇲🇾
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #parlimen #dewanrakyat
Semalam kami sempat berkomunikasi. Pesan @anthonyloke sangat ringkas tetapi padat.
Saya faham lantikan ini datang dengan amanah serta tanggungjawab besar.
InsyaAllah dengan kudrat, saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu parti, rakyat dan negara🇲🇾
🚀🚀🚀
2 hari lepas, mesyuarat DAP telah melantik saya menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bersama sembilan komrad yang lain.
Terima kasih Sdra Setiausaha Agung @dapmalaysia atas kepercayaan untuk saya menyertai pasukan ini sekali lagi.
Syukur, saya dapat jumpa Adik Lukman hari ini. Dia telah mengajar saya maksud kesabaran, kecekalan dan kesyukuran. Sungguh2 saya bertuah dipertemukan dengan anak muda ini.
Semoga Adik Lukman sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
May we be accounted worthy of the blessings we receive. 🙏🏽
KENYATAAN MEDIA SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Naib Pengerusi DAP Johor
19 Mac 2025
----------
DAP BUKAN AGAMA - HENTI TUDUHAN 'KAFIR' PADA SYAHREDZAN DAN RARA
9. Pada masa sama, saya juga MESTI TEGASKAN sekali lagi. DAP bergerak mengikut Perlembagaan negara. DAP MENGIKTIRAF ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.