Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman https://t.co/MEC4MJ1SW5 untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
Menurut Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, keputusan menamatkan kerjasama politik dengan BERSATU itu dibuat sewaktu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung sebentar tadi (8 Jun).
✍🏻: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
https://t.co/WX59RSHPWZ
Sebelum ini tular satu video di media sosial memparkan beberapa ekor burung merpati yang dilihat memasuki sebuah wad di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.
Dalam video tersebut turut kelihatan burung merpati itu terbang di katil pesakit dan ada juga yang mematuk bekas makanan yang ditinggalkan di atas meja.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
https://t.co/24f8ehSGBw
Terang Perunding Nutrisi yang dikenali sebagai Ms Kiek, buah sejuk beku (frozen fruits) tahan lebih lama malah dapat mengurangkan risiko rosak atau berkulat.
Kadangkala ia juga dijual lebih murah di pasaran jika dibandingkan dengan buah-buahan segar.
“Ada kajian menunjukkan sesetengah frozen fruits mempunyai kandungan vitamin C dan anti oksidan lebih tinggi berbanding fresh fruits,” jelasnya lagi.
✍🏻: Fatin
🎨: Lutfil
🔎: Faez
⬆️: Naili
https://t.co/EuSjog4Cto
Setiap di antara kita pastinya mempunyai kisah tersendiri mengenai beg kuning MR D.I.Y. Bahkan pasti ada yang sentiasa menyimpannya di dalam kereta sebagai persediaan untuk digunakan jika ada membuat pembelian atau mahu mengisi barangan.
Beg kuning kitar semula ini bukan sekadar ikonik tetapi menyimpan pelbagai cerita orang ramai mengenainya.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/ZF3b2gik52
Berdasarkan fakta kes, pengadu telah menerima satu rakaman video daripada kakaknya yang dihantar menggunakan nombor telefon dipercayai milik bekas isteri kepada seorang lelaki yang dikenalinya pada Disember tahun lalu.
Video tersebut menunjukkan pengadu sedang melakukan hubungan seks bersama bekas suami tertuduh dan dirakam tanpa pengetahuan serta persetujuan pengadu.
Hasil siasatan lanjut mendapati rakaman tersebut dipercayai turut disebarkan kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu.
✍🏻: Fatin
🎨: Lutfil
🔎: Faez
⬆️: Naili
https://t.co/LqgW0du7eY
Setiap individu pastinya ada impian atau perancangan untuk membeli rumah buat diri sendiri atau keluarga. Namun sebelum anda bertindak membeli rumah fahami dahulu beberapa perkara agar tidak membuat kesilapan atau menjeratkan diri sendiri.
Jangan fikirkan seronoknya sahaja, tetapi buat perancangan dengan betul sebelum terbeban dengan pembelian rumah yang dilakukan.
Lima perkara ini sangat penting untuk anda pertimbangkan sebelum membuat permohonan pinjaman rumah atau membelinya.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/Qjhb7hyyY8
Ramai sebenarnya hikers yang mendaki balik hari hanya bawa diri, beg kecil dan botol minuman sahaja. 🌲⛰️
Sebenarnya banyak barang lagi anda perlukan sebagai langkah keselamatan seperti kompas, wisel dan banyak lagi.
Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Nak tahu apa dia? Jangan lupa baca artikel.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/qbrQHKaFM6
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) turut memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung insiden tersebut.
Kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah MOT masih menunggu laporan penuh selain tidak mahu membuat sebarang spekulasi awal berhubung punca insiden termasuklah status Proton X50 baharu yang dinaiki oleh keluarga tersebut.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/JOHR1ydrpL
Terbaharu, polis mengesahkan pemandu Proton X50 yang terlibat dalam kemalangan terbabit adalah Ahmad Fahim Ahmad Shukri.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, terdapat kekhilafan maklumat disebabkan keadaan Proton X50 berkenaan yang remuk.
Jelas Adzli, hasil maklumat lanjut mendapati Proton X50 terbabit dipandu oleh Ahmad Fahim yang juga pemilik kenderaan tersebut yang baru dibelinya semalam.
✍🏻: Fatin
🎨: Lutfil
🔎: Faez
⬆️: Naili
https://t.co/epecTjis6y
Selepas 7 tahun, penyanyi terkenal, Jason Mraz yang pernah mencetuskan fenomena dengan lagu “Im Yours” bakal kembali dan menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2026.
✍🏻: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
https://t.co/5eoeSFfGUI
Menerusi video tular di laman Threads, kelihatan pengantin perempuan terkejut selepas 'ekor' busana atau sweep train yang dipakainya tercabut selepas dipijak oleh seorang kanak-kanak.
Kejadian itu berlaku semasa sesi perarakan masuk pengantin ke dalam dewan.
Video itu kemudiannya mendapat perhatian yang mana ramai netizen meluahkan rasa berang terhadap ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak semasa berada di majlis perkahwinan.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/tnutDNagpA
Difahamkan kenderaan X50 yang terbabit kemalangan maut itu baru sahaja diambil diambil dari pusat jualan di Juru, Pulau Pinang pada jam kira-kira 11 pagi semalam (7 Jun) sebelum terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan tanah.
Kemalangan yang berlaku di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani itu turut menyebabkan enam individu yang menaiki Proton X50 itu maut manakala seorang lagi cedera.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/fd56NRK5yv
Setiap kali buat kerja renovasi atau membaiki rumah, pastinya kita mahu menggunakan bahan yang mempunyai kualiti terbaik.
Yelah, ia bukan sahaja nak memuaskan hati pelanggan tetapi sebagai kontraktor anda juga mahu hasil kerja yang kemas dengan harga berpatutan.
https://t.co/W6CdXIjprk
Kerajaan Persekutuan menegaskan pendirian untuk kekal mengiktiraf dan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (5 Jun) berkata pendirian tegas tersebut dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan.
Menurut beliau, tindakan mencabar kedudukan institusi Raja-Raja Melayu disifatkan tidak wajar memandangkan ia boleh memberi kesan kepada kestabilan negara.
Terdahulu, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah resort di Melaka, sebentar tadi.
✍🏻: Hazwani
🔎: Farah
🎨 ⬆️: Naili
https://t.co/JGmIVQLmxT
Pagi tadi (5 Jun) kecoh di laman Threads, menunjukkan video pelajar Taylor's University sedang bergegas keluar mengosongkan kampus.
Menurut kenyataan institusi tersebut, prosedur tindak balas kecemasan telah diaktifkan susulan laporan ancaman bom yang diterima.
Susulan itu, kampus terbabit telah dikosongkan serta-merta.
✍🏻: Hazwani
🔎: Farah
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/s4WCOPbLyx
Kecoh di laman Threads apabila pelakon, Fify Azmi meluahkan perasaannya selepas mendakwa dikhianati oleh bekas pasangan. Malah dia juga berkongsi tangkap layar perbualan kekasihnya itu bersama seorang wanita.
Namun wanita terbabit yang juga seorang influencer dari Singapura telah tampil bersuara dan menafikan segala tuduhan dilontarkan ke atasnya.
"Apa yang korang katakan tentang saya dalam Threads, perkara tersebut tidak betul. Saya dan Niezam kawan yang sangat rapat mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam drama Dia Bukan Syurga.
“Walaupun kami cuba untuk mengenali masing-masing, tetapi kami berdua tiada persefahaman. Jadi kami mengambil keputusan untuk kekal sebagai kawan," katanya.
✍🏻: Hazwani
🔎: Farah
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/ESdr2glodS
Sebelum ini, AI team dikecam selepas salah seorang anggotanya mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Malah pendakwah PU Syed juga membidas kenyataan tersebut selain berkata kenyataan dilontarkan pempengaruh itu merupakan kalimah yang kufur dan tidak sesuai dijadikan konten.
Susulan itu, individu tersebut, Muhamad Syahmie telah memohon maaf dan tampil memberikan penjelasan berhubung video berkenaan.
✍🏻: Hazwani
🔎: Farah
🎨: Lutfil
⬆️: Naili
https://t.co/6mcJFFm87d
Korang jenis berani, suka benda lain dari orang lain? Ada perisa Deka untuk tu. Jenis chill, tak suka drama? Pun ada. Korang rasa tepat ke tak? Komen! 👇
https://t.co/ISXaQFXSuW