Hargai dan bahagiakanlah pasangan dan keluarga kita dengan kasih sayang.
Ada orang yang sangat workaholic. Bekerja siang malam, katanya demi kerjaya/syarikat untuk senangkan anak dan isteri.
Tapi bekerja hingga abaikan keluarga. Selalu bersikap kasar dan pemarah dengan mereka.
Lebih malang apabila duit dan harta sudah terkumpul banyak, kehidupan dah makin senang, tapi kesihatan pula tergadai. Kadangkala buat rumah tangga bercerai berai, dan anak-anak mula menjauh.
Langsung tak dapat menikmati apa yang diusahakannya bertahun-tahun. Dunia tak rasa bahagia, akhirat apatah lagi. Sebab selama ini tiada masa untuk agamanya juga.
Bersederhana.
Baginda juga kata yang Ibrahim meninggal dunia dalam usia masih menyusu.
Di sana, di dalam syurga, akan ada dua ibu susuan yang akan sambung susukan Ibrahim.
Samalah juga untuk anak-anak lain yang meninggal dunia sebelum tamat tempoh penyusuan 🤍
Ketika ini baginda menerangkan,
"Mata mengalirkan air. Hati bersedih. Tetapi kita tidak mengucapkan sesuatu melainkan apa yang Tuhan kita redha."
Nah, itu prinsipnya.
Siapa yang tidak sedih bila kehilangan cahaya mata.
Nabi mengalirkan air mata.
Sahabat tengok baginda bersedih. Dia tanya:
"Kamu pun, wahai Rasulullah?"
Utusan Allah pun boleh menangis?
Lebih kurang usia 1 tahun 4 bulan, Ibrahim sakit.
Nabi datang lagi ke rumah Khaulah.
Nabi peluk, cium Ibrahim. Dan ketika itu, Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan baginda.
Nabi sesekali ziarah ke rumah Khaulah untuk bertemu Ibrahim. Baby lagi.
Bila berjumpa Ibrahim, baginda peluk dan cium.
Sampaikan sahabat Nabi kata, "Aku tidak pernah tengok orang yang lebih menyayangi anak kecil berbanding Rasulullah."
Prinsip Ketika Bersedih
"Malam tadi anakku lahir. Aku namakan dia sempena nama bapaku, Ibrahim."
Begitu kata Rasulullah.
Seperti kebiasaan anak-anak di sana, Ibrahim diserahkan kepada keluarga susuan.
Ibu susu Ibrahim namanya Khaulah.
Kita dah sampai pertengahan Ramadan tanpa sedar.
Kalaulah Ramadan masih belum membuatkan kita lebih bersemangat berbuat kebaikan, tambah ibadah dan tinggalkan maksiat.
Kena tanya diri semula, bila lagi kita nak tambah amalan bersungguh-sungguh sebelum kita mati?
Dengan berkat Ramadan semua pahala berganda-ganda, ia sangat diperlukan untuk pendosa macam kita ni.
Ya Allah, beri kami kesihatan, kekuatan dan keinginan untuk terus beribadah pada baki bulan Ramadan ini. Jadikan kami istiqamah melakukan kebaikan sampai kami mati nanti, Ameen!
“Berdamai dengan takdir” is a simple phrase but it’s the hardest part of living. To ikhlaskan everything, to accept whatever is written for you, to let go and let Allah. But once you did that, you will be in peace.
Teruslah berdoa, nanti akan Allah kabulkan. Teruslah berusaha, nanti akan Allah mudahkan.
Jangan putus asa, sungguh Allah tidak akan sia-siakan hamba-Nya.
Ramadan ini, ubah rutin harian kita.
• Tinggalkan muzik
• Jaga ucapan
• Tundukkan pandangan
• Hentikan bercakap buruk tentang orang lain
• Perbanyakkan masa dengan al-Quran
• Tambah ilmu agama
• Jaga solat dan kualitinya
Biar sedikit, yang penting istiqamah.
Muslim yang baik itu, kehidupannya akan berlegar sekitar waktu solat. Nak keluar rumah, alert waktu solat yang terhampir dan decide akan solat mana.
Mereka akan usaha solat dulu jika lagi 5-10 minit nak azan.
Perempuan pula dah fikir ada tak sempat solat yang selesa nanti dalam perjalanan, nak bawa telekung atau tak dsb.
Walaupun kita pendosa dan masih banyak lakukan maksiat sekalipun, cubalah sedaya-upaya untuk tidak tinggalkan solat.
Itulah satu-satunya penghubung kita dengan Allah. Jangan sampai hilang itu.
Saya tak faham kadang-kadang, menjadi penjawat awam, semua tahu mengenai tangga gaji penjawat awam. Tiba-tiba beli barangan mewah.
Bukankah itu maknanya menonjolkan kebodohan diri sendiri?
Ucapan Abu Darda’ RA kepada isterinya;
“Bila saya marah, tenangkan saya. Bila awak marah, saya tenangkan awak.
Kalau tak buat macam ni, pasti cepat kita berpisah.”
[Ibn Hibban, Raudhatul ‘Uqala’ & Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimasyq]