PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN TEMERLOH
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Buat warga Parlimen Temerloh,
Sebarang permasalahan atau aduan boleh diutarakan melalui borang e-aduan yang disediakan:
https://t.co/pfGvYRu1xV
#TemerlohSejahtera#P088Temerloh
Jumlah pelaburan di Kelantan melepasi sasaran ditetapkan sehingga September tahun ini iaitu sebanyak RM153 juta yang dikendalikan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Berita penuh:
https://t.co/KpOFAaP9Ar
#HarakahDaily#HDPremium#Harakahcetak
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Kita tahu Khazanah yang dipengerusi oleh PMX telah menjemput syarikat GIP milik penuh BlackRock untuk bersama mengambilalih MAHB dan seterusnya
menyahsenaraikan syarikat MAHB ini daripada pasaran saham. Umum tahu bahawa beberapa bulan lepas, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan United Nations Office of the High Commisioner of United Nations Human Rights UNHCR) telah menamakan BlackRock antara entiti yang terlibat dalam jenayah perang (war crimes) dan pembunuhan beramai-ramai (genocide) di Gaza terhadap rakyat Palestin.
2. Kita harus hentikan pengkhianatan ini.
3. Saya merayu pemegang saham di dalam MAHB, terutamanya PNB dan KWAP untuk tidak menjual saham mereka di dalam MAHB kepada Khazanah dan Blackrock.
4. PNB dan Amanah sahamnya seperti ASB, ASN, ASW mempunyai 81 juta saham ataupun lebih kurang 5% dalam MAHB.
5. Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang menjaga pencen penjawat awam pula memiliki hampir 120 juta saham di dalam MAHB, ataupun 7%.
6. Saya menyeru kepada PNB dan KWAP supaya jangan jual saham ini kerana Khazanah/Blackrock membeli pada harga murah iaitu RM11 sesaham. Dianggarkan harga nilai sebenar MAHB minimum adalah RM16 sesaham.
Jika PNB dan KWAP menjual pada harga RM11, pemegang saham ASB dan penjawat awam ratanya Melayu
Islam akan rugi hampir RM1 bilion!
Dalam erti kata lain, orang Melayu memberi subsidi atau diskaun untuk Khazanah/Blackrock sebanyak RM1bil
7. Jangan jual kerana MAHB tidak rugi. Tahun lepas, MAHB untung lebih setengah bilion (RM534 juta). Sehingga bulan enam tahun ini, MAHB sudah untung hampir RM395 juta, peningkatan hampir 90% dari tempoh sama tahun lepas. Jumlah penumpang juga naik tahun ini sebanyak 16%. Pegangan tunai hampir RM2 bilion. Jangan jual!
8. Saya menyeru orang melayu yang ada saham di dalam ASB dan penjawat awam supaya mendesak PNB dan KWAP untuk tidak menjual begitu murah kepada Blackrock untuk menguasai 39 lapangan terbang di Malaysia, termasuk airport di Turkiye yang berpotensi amat besar.
9. Kita harus ingat jika Blackrock memiliki kawalan terhadap MAHB, syarikat penyokong tegar dan penyumbang dana kepada Israel ini akan mempunyai kuasa terhadap kesemua 39 lapangan terbang di dalam negara sepanjang 45 tahun akan datang. MAHB juga ada pegangan tanah yang besar di KLIA.
10. Usahlah kita berkomplot dengan Zionis. Jika kita masih bersama Blackrock, ini bermakna
kita secara terang terangan bersama Israel membunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa di Gaza.
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Ahli Parlimen Machang
Ketua ARMADA BERSATU Malaysia
Rakaman Sidang Media: https://t.co/sZcgNZUy5Q
Islam mengajar kita apabila negara diceroboh dan rakyatnya dizalimi, maka penentangan terhadap penjajahan menjadi fardu ain kepada setiap rakyatnya.
Kita menyaksikan rakyat Palestin menyahut seruan ini dengan tidak berganjak dari bumi Palestin. Mereka tidak mengalah dalam menghadapi kaum Zionis itu sama ada mendapat kemenangan ataupun mati syahid.
Maka, kita wajib menunaikan tanggungjawab ini dengan melibatkan diri sama ada dengan kewangan, media, mahupun doa kepada para penduduk dan syuhada Palestin.
Percayalah, apa-apa yang berlaku merupakan ujian daripada Allah yang menjanjikan kemenangan buat umat Islam. Tiada sesiapa yang boleh memberikan pengajaran kepada kaum Yahudi yang membunuh para nabi dan rasul selain umat Islam.
Jadikan himpunan ini satu kekuatan yang memperkasakan diri masing-masing. Marilah kita meneruskan perjuangan kita dengan jiwa dan roh kita bersama dengan Palestin.
[Himpunan 1 Tahun Taufan Al-Aqsa, 12 Oktober 2024, Kuala Lumpur]
Ingat lagi kes bawa balik abu Chin Peng ke Malaysia sebelum ni?
Time tu siapa kerajaan?
PH juga.
Sampai sekarang penyokong PH especially Melayu masih denial dengan benda2 macam ni.
Memalukan betul.
Kita berada dalam suasana yang amat membimbangkan. Pada masa kini, kita bertemu dengan golongan yang cuba menjauhkan ulama dengan umat manusia. Para alim ulama dicerca dan dimaki hamun serta dicemarkan imej mereka semata-mata untuk merentap kepercayaan manusia dengan keilmuan para alim ulama.
#TITM #nasihattitm #IslamAdalahPenyelesaian
Menteri Pendidikan Yang Naif & Tidak Sensitif?
โ Kita dikejutkan dengan kehadiranย 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri ini untuk kunjungan silaturahim dan pertukaran budaya.
Ini bebenang untuk kita lihat realiti check!
๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ซ ๐๐ฌ๐ข๐ง๐ : ๐๐๐ฌ๐๐ญ๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐.
1. Rakyat lebih-lebih lagi orang Melayu marah bila lebih 1,000 orang asing berpakaian Tentera Laut China disambut bak wira negara di Pulau Pinang, di sekolah pula tu. Menurut surat khabar China pada awalnya, kumpulan ini dilaporkan sebagai pasukan ke 83, Tentera Pembebasan China. Kerajaan Pulau Pinang melalui Exconya membayangkan kunjungan ini dipersetujui oleh kerajaan Madani.
2. Dah tentu ini mengundang kebimbangan kerana tentera Laut China sedang galak buat kontroversi di Laut China Selatan khususnya di kawasan perairan kita di Beting Patinggi Ali.
3. Tindakan kerajaan Pulau Pinang jelas sekali tak betul, sebab Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek tergesa-gesa kata mereka bukan tentera China tapi pensyarah dan pelajar. Amat lucu kerana belum pernah kita lihat pelajar menaiki kapal perang!
4. Menteri Pendidikan seperti biasa, bila jadi jurucakap DAP, jadi melalut. Tak pernah lagi dalam mana-mana program pelajar antarabangsa, beramai-ramai pakai seragam tentera dan nyanyi lagu patriotik asing.
5. Rakyat masih lagi segar pasal di media sosial di mana warga China dikatakan gembira menduduki tanah Pulau Pinang. Belum masuk lagi isu berjuta-juta pelancong China yang masuk Malaysia tapi tidak keluar.
6. Isu warga China buat Malaysia macam tanah sendiri ni dah jadi "Open Secret", semua orang dah tahu. PKR dan PAN sebagai khadam DAP, kita dah boleh agak tindak-tanduk politikus mereka.
7. Tapi bagaimana dengan UMNO? Bila nak nyanyi lagu "Anak Kecil Main Api"?
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Ketua ARMADA BERSATU Malaysia
Hujah utama saya dalam Wacana Sinar semalam:
1. Perikatan Nasional menuntut janji daripada manifesto Pakatan Harapan iaitu peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen.
2. Kenapa kerajaan hari ini perlu ada pertimbangan dalam isu peruntukkan walhal kerajaan hari ini kuat, mempunya 2/3 sokongan. MOU ini bukan CSA ala zaman DS Ismail Sabri yang lebih jujur dan ikhlas dalam merangkanya bersama.
3. Keseluruhan dokumen MOU ini dilihat seperti "political capitulation" iaitu percubaan untuk menekan pembangkang mengaku kalah kepada kerajaan. Memang sengaja ditawar syarat2 yang pasti ditolak oleh PN.
4. Perikatan Nasional mahukan institusikan "reform" untuk ahli parlimen bukan hanya mengikut selera pemerintah.
5. Perikatan Nasional hanya mahu mengetahui ke mana dan di mana dana bantuan pembangunan parlimen pembangkang atau kata lain perlu ada audit berkenaan dana bantuan pembangunan parlimen.
6. Politics is who gets what, how and when. Jelas kerajaan Madani tak mahu beri keadilan kepada pembangkang!
7. Jangan teruskan politik zaman Barisan Nasional yang kuno seperti ahli parlimen susah untuk memasuki kawasan sekolah.
8. Syarat-syarat MOU seperti syarat-syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud. Memang niat tak nak bagi!
9. Banyak butiran MOU ini bertujuan "like a backdoor way to rewrite constitution" seperti mengiktiraf semangat dan unsur ICERD. Ini jelas perangkap!
10. The MOU is designed to oppress and surpress opposition - clearly unconstitutional and demeaning to Malaysiaโs parliamentary democracy as argued by a real reformist PKR MP YB @hakarim_51!
โPerkara yang paling teruk ialah konspirasi besar daripada musuh-musuh Islam, serta pengkhianatan terbesar daripada segolongan umat Islam yang melakukan kerjasama dengan Israel.
Ini menyebabkan berlakunya penjajahan Zionis ke atas tanah Palestin dan punca kepada kejatuhan Baitul Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga yang suci (selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Nabawi di Madinah), dan destinasi Rasulullah (daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dalam Israk) serta permulaan mikrajnya (ke Sidratul Muntaha).โ
Penubuhan negara Israel di tengah-tengah dunia Islam merupakan perancangan pihak Zionis, disamping membina pangkalan tentera di negara-negara Islam untuk melindungi negara haram Israel, pada masa yang sama untuk mempertahankan kepentingan pihak penjajah, melindungi telaga minyak, dan mengawal laluan strategik untuk mengepung dunia Islam, merampas kekayaannya, dan memperhambakan umatnya. Namun begitu, cahaya Islam terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia.โ
Abdul Hadi Awang, Istanbul.
Hari itu TGHH berucap di Iran, kini di Istanbul.
Di Malaysia TGHH dituduh sesat oleh musuh politik walaupun tidak pernah disytihar oleh 13 Mufti negeri di Malaysia.
Tetapi TGHH tetap memainkan peranan penting dalam Gerakan Muslim sedunia.