"Tolonglah...hari baik bulan baik, bebaskan anak mak cik. Mak cik dah tua." rayu si ibu di kaki seorang timbalan pendakwa raya setelah mahkamah mendapati anaknya bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung mandatori. Namun apakan daya, itulah pengakhiran buat seorang pembunuh kejam.
Hubungan suami isteri yang kebiasaannya penuh dengan rasa kasih sayang bersama anak mereka akhirnya bertukar menjadi satu tragedi jenayah yang mengundang pelbagai persoalan dalam fikiran ramai orang. Mengapa si ayah yang selalunya tenang sanggup menjadikan anak-anaknya yatim?