16. Hampir tiba masa untuk Malaysia memilih, seperti satu pesta dan kemeriahan yang akan menentukan suka atau duka masa depan negara.
Sekian.
Abdul Qaiyum Alidin
dibandingkan dengan calon-calon orang lama yang dicadangkan daripada parti-parti politik seperti Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim, Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin Yassin, Dr. Mahathir bin Mohamad.
13. Wakil rakyat yang berpengalaman panjang seperti 10 tahun, 20 tahun, atau 30 tahun & lebih, sudah boleh masuk buku sejarah, cukuplah & jadilah penasihat atau bahan rujukan dalam buku atau muzium, sudahlah & serahkan tanggungjawab kepada mereka yang bertenaga,
12. Bila parlimen dan barisan kabinet diwakili oleh wakil rakyat yang lemah atau tidak berkemampuan, dasar dan undang-undang negara juga boleh bertukar menjadi seperti dasar dan undang-undang rimba.
11. Urusan dan isu dipikul oleh pemimpin bukan mudah. Sudah tiba masanya rakyat memilih di Pilihan Raya Umum ke-15 dan mengangkat calon pemimpin yang berwibawa, seterusnya untuk Malaysia kembali menjadi jaguh di pentas dunia dan bukan lagi jaguh kampung.
merapatkan jurang pendapatan antara bandar & luar bandar, pengurusan impak perubahan iklim, & akses kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan & lain-lain.
10. Untuk negara kembali ke landasan pertumbuhan yang baik perlulah rakyat memilih wakil rakyat yang berwibawa, bukan hanya pandai berpolitik & seterusnya mampu mengangkat dasar-dasar penting seperti mengurus kos sara hidup, menjana peluang ekonomi dan pekerjaan,
9. Pemimpin negara & barisan kabinet yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 harus mempunyai kemampuan untuk merangka & memperincikan rancangan, dasar, program intervensi yang seiring dengan keperluan perkembangan semasa, & seterusnya
8. Corak & lanskap ekonomi hari ini bukan lagi seperti 10 tahun lepas malah jauh berbeza dengan teknologi terbaru seperti internet jalur lebar & peranti pintar yang mampu milik telah membolehkan pelbagai proses dilakukan dengan pantas, efisien
7. Jika prestasi ekonomi dunia belum pulih, terus merosot, & kemelesetan ekonomi tahun depan masih kekal berterusan, isu-isu berkait ekonomi negara juga semestinya akan terkesan, isu peluang pekerjaan, isu pendapatan & kos sara hidup, antara rungutan ramai masyarakat hari ini.
6. Dengan wakil rakyat yang berkelayakan & berkemampuan diangkat menjadi barisan kabinet kerajaan akan semestinya memberikan reaksi positif seterusnya mengembalikan keyakinan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat malah juga pelabur & pemain industri dalam & juga luar negara.
4. Calon wakil rakyat yang bertanding dan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan diangkat sebagai wakil rakyat di parlimen atau negeri dan juga terlibat dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang negara.
3. Barisan kabinet kerajaan yang akan dibentuk selepas Plihan Raya Umum ke-15 merupakan satu faktor penting kerana mereka juga wakil rakyat yang akan mangmbil tampuk pimpinan kerajaan seterusnya.
2. Pilihan Raya Umum ke-15 semestinya juga akan menentukan hala tuju negara dan memberi kesan terutamanya sentimen keyakinan pelabur dalam dan luar negara.