@twtbiy Betul la cik epal ckap, suhai dah buang mak buang sedara buang adik beradik segala, so dia ada sekarang netizen jela. Ramai dok back up dia. Cik epal reveal gitu bersebab. Kau tgk la si suhai cakap apa dekat mertua dia. Gila
Gaisss SPRM dah mulakan siasatan berkenaan kerugian RM 44 juta oleh PNB dan Khazanah dalam pelaburan kepada Fashion Valet @ Vivy Yusof dan suami.
Keep talking about this, let them be held accountable.
Sebelum ni dah kantoi nasi ayam claypot pakai rice wine ni. Dia cuba buat comeback lagi sekali untuk viral and bagi orang islam makan ni.
Kene tahu owner bukan orang malaysia ye tapi konoha so faham2 sendiri la
Dia ni mana pernah cerdik pun?
Isu sensitif sibuk nak dipodcastkan.
Common sense langsung tak ada, tak pikir trauma keluarga mangsa yg dibunuh?
Walaupun pembunuh dah bertaubat sekalipun keluarga mangsa bukan senang nak maafkan, so tak payah lah raikan pembunuh itu dengan jemput borak kat podcast sendu ngko. Tak ada value pun bicara pembunuh untuk masyarakat.
Podcast sendu guna isu sensitif nak tarik penonton patut kita boikot jer..
10 SEBAB AKU TAK PERLU BUSUK HATI DENGAN SEORANG PELAWAK
Aku baru perasan pelawak ini ada menyeru nama aku setelah seorang teman mengerat video di bawah ini. Katanya aku busuk hati dengan dia. Aku
rasa kelakar apabila seorang pelawak nak kata aku busuk hati dengannya. Aku tak tahu pula yang seorang pelawak tidak boleh dikritik dan masyarakat tidak boleh memberikan pandangan terhadap tindakan pelawak.
Sebelum aku senaraikan 10 sebab aku tak perlu busuk hati dengan pelawak, aku nak kasitahu. Kalau aku berada di tempat yang sama, aku akan simpan kenangan aku dan terus menerus mendoakan arwah.
Tidak sesekali aku akan tunggang arwah yang sudah pergi. Yang sudah pergi, tak perlulah bekerja lagi. Yang sudah pergi, biarkan pergi. Aku telah berikan contoh terbaik sebelum ini iaitu Rasulullah SAW dan Khadijah RA. Berapa kali Rasulullah menceritakan tentang Khadijah?
Jasa Khadijah jauh lebih besar bukan sahaja kepada Nabi SAW tetapi kepada agama Islam. Tidak pula Nabi berulang-ulang bercerita tentang Khadijah setelah kewafatannya.
Apa pun, mari sini aku nak kasitau 8 sebab aku tak perlu busuk hati dengan seorang pelawak..
1. Aku bukan seorang pelawak atau selebriti yang memerlukan publisiti untuk kekal relevan. Aku boleh hidup dan kekal relevan tanpa perlukan publisiti murahan.
2. Isteri aku bukan artis, selebriti atau “instafamous” yang hidupnya telah diketahui dan dirinya juga sudah dikenali masyarakat.
3. Aku tidak perlu menunggang cerita keluarga dan kisah anak-anak aku untuk mengemis secebis capaian untuk tujuan pemasaran.
4. Aku tidak perlu menjaja dosa-dosa silam dan peribadi aku untuk meraih tontonan ramai.
5. Aku tidak perlu menjadi “papan dart” untuk meraih gelak ketawa masyarakat.
6. Aku tak perlu menggadaikan maruah aku untuk memakai pakaian wanita atau menjadi badut untuk mencari pendapatan.
7. Aku masih membayar gaji-gaji para pekerja aku, KWSP dan PERKESO tanpa culas walaupun aku tidak kaya, tengah kesempitan dan bukan seorang artis atau selebriti.
8. Aku ada pendidikan dan pengalaman kerja yang boleh dijual untuk mencari pendapatan yang baik tanpa perlu berjudi mesin.
9. Aku tak perlu buat pembedahan plastik untuk tunjuk cantik.
10. Aku tak main judi.
—
Dengan 10 alasan ini, aku rasa aku takda keperluan untuk ada rasa busuk hati, perasaan iri atau hasad terhadap seorang pelawak. Aku bahagia dengan pilihan hidup aku, cara aku, dan kerjaya aku.
Kalau ada pelawak yang rasa aku dengki atau busuk hati dengan dengan dia, aku beranggapan dia sedang buat lawak. Itulah kerja hakikinya selama ini. Aku boleh meraikan lawak tersebut dengan ketawa.
;p
"Pasar Ikhwan di Putrajaya, Siapakah Dia Abuya?"
Sebenarnya, saya tak faham kenapa ramai di Tiktok yang backup GISB. Dari ajaran sesat, liwat budak, banyak lagi lah.
Takkan sebab produk Melayu-Islam? Bapak tak make sense. Ni saya nak cerita macam mana Abuya tubuhkan Al-Arqam.
Anak buah aku dijemput ilahi pada hari kedua kelahirannya . Semua berpunca daripada sikap acuh tak acuh staff hospital kkm .. adik aku ada penyakit gbs . dia request on antibiotics sebelum beranak .. staff buat xtahu ja ..