Ujian dan bala daripada Allah bukan semata-mata ia disebabkan kemurkaanNya.
- Boleh jadi disebabkan Allah mahu melindungi kita daripada melakukan perkara yang dibenciNya,
- Boleh jadi Allah mengampunkan dosa-dosa kita atau
- Boleh jadi ia untuk mengangkat darjat kita disisiNya.
Barangsiapa membaca :
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ
“ SubhanAllahi wa biHamdihi. ”
Maka akan gugur dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.
Jom sebarkan biar yang lain baca. 💕
Rezeki, jika bukan pada duit, Allah mungkin bagi dengan kebebasan pada hutang, hati yang bahagia, keluarga yang penyayang, badan yang sihat, atau mungkin paling istimewa, doa yang dimakbulkan Allah.
Jangan putus asa berusaha. Kita tak boleh give up.
Esok hari isnin.
Malam ni pasang niat betul2
Aku belajar kerana Allah
Aku cari rezeki kerana Allah
Jika kau sediakan aku ujian, sediakanlah juga bantuan Ya Allah.
Aku hanya hamba yang tidak punya apa selain dengan bantuanMu 😔☺️
Ketenangan antara rezeki Allah yang paling besar. Mulalah dgn belajar bersyukur dgn sekecil-kecil perkara yang kita ada sekarang. Bila Allah redha, muncullah perasaan tenang. Dan daripada tenang ini pula akan timbul bahagia. - Impian Jalanan -
Kadang dalam keadaan penuh dosa pun Allah tetap hantar orang baik baik, ingatkan kita dekat Dia, benda baik baik, nikmat yang tak henti.
Salam jumaat mubarak.
Ya Allah! Ya Tuhan Kami!
Tentukan bagi kami REZEKI yang HALAL,
INDAHKAN takdir HIDUP kami,
Janganlah kau MATI kan kami sebelum sempat kami BERTAUBAT.
Aminnn
Kalau dah penat sangat dgn perasaan kau hadapi hari-hari, tutup mata dan cakap
"Ya Allah, aku tahu Kau lebih tahu sesuatu yang baik untukku. Kuatkanlah aku dan bantulah aku hadapi semua itu dengan tenang."