Memang WIN brader Raz ni expose satu per satu pasal food festival kat Malaysia ni. Semuanya dah kena scammed dengan duit yang korang bayar mahal2 tuh. 🤣
Aku terbaca satu kisah semalam, tentang seorang lelaki yang meninggal dalam kereta sendiri…gara-gara bergaduh kecil dengan isteri.
Malam tu, brader ni kata jiran dia nampak kereta masih hidup enjinnya.
Dalamnya ada lelaki tu, tertidur di tempat duduk pemandu.
Katanya dia cuma nak rehat sekejap.
"Siang kerja pejabat, malam buat Grab. Penat sangat."
Dia senyum lesu.
Dan itu rupanya senyuman terakhir dia.
Keesokan pagi, jiran tu dapat tahu lelaki tu meninggal dunia akibat keracunan gas ekzos.
Dia tertidur dengan enjin hidup.
Yang paling menyayat hati, isterinya meraung depan rumah, menyesal tak sudah.
Rupanya malam sebelumnya mereka bergaduh.
Isteri merajuk, tak buka pintu, tak jawab mesej.
Suami pula tak nak panjangkan hal, jadi dia duduk dalam kereta depan rumah, mungkin tunggu reda, mungkin nak tenangkan diri.
-Aliff Liv
Tapi dia tak sempat.
Dia pergi begitu saja… dalam sunyi, beberapa meter dari orang yang dia sayang.
Bila aku baca cerita ni, aku terus terdiam.
Sebab aku tahu, ramai lelaki hidup macam tu hari-hari.
Bukan sebab lemah, tapi sebab tak tahu macam mana nak luah.
Bila hidup dah terlalu berat, lelaki akan cari tenang di tempat sunyi, dalam kereta, di mamak, atau dengan kerja lebih masa.
Bukan lari.
Cuma nak bernafas sekejap.
Gambar no.2 tu....
"Kalau cari nafkah pun penat, tak payah jadi suami la."
Ayat tu nampak kecil. Tapi bagi aku, itulah cara fikir yang perlahan-lahan bunuh banyak hati lelaki zaman sekarang.
Lelaki boleh tahan lapar.
Tapi dia tak tahan bila penatnya dipandang remeh.
Ramai isteri tak sedar, bila suami makin diam, bukan cinta yang hilang dulu.
Yang hilang ialah rasa dihargai.
Dan bila rasa tu hilang, hubungan mula retak perlahan-lahan.
Aku bukan nak bela para suami.
Aku cuma nak cakap satu benda, suami pun manusia.
Kalau dia penat, jangan hina.
Kalau dia senyap, jangan biar.
Kadang dia cuma tunggu seseorang faham…
yang dia bukan tak kuat, dia cuma dah terlalu penat nak terus pura-pura kuat.
PERDANA MENTERI KELAPAN
Tanggal 1 Mac 2020, rakyat Malaysia bertuah kerana dianugerahkan seorang insan hebat bernama Tan Sri @MuhyiddinYassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Banyak kejayaan yang dicapai oleh TSMY semasa era pentadbiran beliau. Ini adalah bebenang.
Baju merah tu dah patut kena tangkap kot. Bahaya tekan kat leher macam tu weh, boleh meninggal.
Kang jadi macam Black Lives Matter baru kau tau. https://t.co/z5nuBaIqyy
TERKINI
Keadaan huru Hara di Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala, Dagestan, Rusia
Apabila penduduk tempatan mendapat tahu bahawa satu penerbangan dari Tel Aviv mendarat di sana
Mereka sedang mencari sesiapa yang memegang pasport Israel atau orang Yahudi bagi melepaskan kemarahan mereka
TERKINI
PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia menerima 3 notis diplomatik daripada US meminta Malaysia menukar pendirian daripada menyokong Hamas dan Palestin
Wisma Putra menerima notis berkenaan pada 13, 18 dan 30 Oktober 2023
Duta Besar Malaysia ke US, Datuk Seri Nazri Aziz turut sudah menyatakan pendirian Malaysia apabila dihubungi Jabatan Negara US
PM memaklumkan Malaysia akan kekal teguh dengan pendirian menyokong Palestin