Eid Al Adha Mubarak
May this blessed day bring peace, happiness, and countless blessings to you and your loved ones. May Allah accept the prayers and sacrifices of all the pilgrims and believers around the world.
#EidAlAdha#Hajj#Haramain#EidMubarak
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447M/ 2026H โจ
Hari Raya Aidiladha yang disambut pada setiap 10 Zulhijjah merupakan hari kebesaran buat umat Islam bagi menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan kesabaran puteranya, Nabi Ismail A.S., dalam mentaati perintah Allah SWT.
Malaysia terus diiktiraf di peringkat global melalui peranan aktif Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam hala tuju pembangunan mampan dunia. ๐ฒ๐พ๐
Dengan penyertaan dalam HLG-SDGs bersama 22 negara lain, Malaysia bukan sahaja menetapkan hala tuju strategik SDGs tetapi turut mewakili rantau Asia Pasifik di platform antarabangsa.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#taatsetia
๐Kerajaan komited pastikan sektor pertanian jadi enjin pertumbuhan ekonomi lebih dinamik, berdaya tahan
๐Banci Pertanian 2024: Malaysia kini memiliki data asas sektor pertanian komprehensif
๐ Banci pertanian akan dilaksana setiap 10 tahun, pastikan data asas sentiasa relevan dengan keperluan semasa
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
#BernamaNews
Serdang | 29 Mei 2025 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini saya telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024, satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh dasar berasaskan data yang tepat dan menyeluruh untuk sektor pertanian negara.
Laporan ini bukan sekadar angka, tetapi lambang komitmen kolektif kita, dari peringkat dasar hingga ke lapangan demi memperkukuh keterjaminan makanan, meningkatkan daya saing agromakanan, dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.
Lebih membanggakan, Malaysia kini menduduki tempat pertama di dunia dalam Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 198 negara lain. Ini merupakan bukti keupayaan kita dalam memperkukuh keterbukaan dan liputan data secara global.
Peluncuran platform TaniStats dan MyAgroPrice hari ini menandakan satu lonjakan ke hadapan dalam transformasi ekosistem data pertanian negara. Inisiatif ini bakal menjadi game changer untuk tadbir urus data, sokongan dasar dan manfaat langsung kepada pengusaha tani serta pembuat dasar.
Dengan dapatan terkini Banci Pertanian, kita kini memiliki asas statistik yang kukuh untuk merangka intervensi lebih berfokus, termasuk usaha meremajakan sektor, menggalakkan pertanian pintar, serta memperluas potensi tanaman baharu seperti cendawan tiram dan rumput Napier.
Tahniah dan terima kasih kepada seluruh pasukan DOSM serta semua pihak khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang terlibat atas dedikasi, ketelusan dan kerjasama padu menjayakan banci ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kelestarian dan masa depan pertanian negara.
#TPMFY
#PETRA
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
๐๐๐๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ #๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
Malaysia kini menduduki tempat pertama di dunia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 daripada 198 negara dengan skor cemerlang 90/100! ๐
Kanak-kanak adalah generasi pemimpin yang mencorak masa depan negara dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik serta membimbing mereka kearah kebaikan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Shafizaermawaty Shafei atas sumbangan dan khidmat beliau sebagai Pengarah Bahagian Perangkaan Imbangan Pembayaran (BPIP), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dari Ogos 2021 hingga November 2024
Sambutan Ulang Tahun ke-75 Jubli Intan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Statistik dan data adalah sangat kritikal dalam usaha kita membangunkan negara.
https://t.co/g7upmkq6Ao
Seiring dengan usaha untuk menjayakan reformasi perkhidmatan awam, pada hari ini, YBhg. Tan Sri Datoโ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ingin mengajak semua Pegawai Awam di seluruh negara untuk menghayati sedalam-dalamnya nilai M.A.L.A.Y.S.I.A.
Pelaburan asing:
Ni Rafizi sabotaj Tengku Zafrul ke?
Setiap kali ada pengumuman mengenai jumlah pelaburan asing (atau FDI) yang masuk ke Malaysia, media sosial akan kecoh.
Ada yang kata banyak pengumuman tetapi tiada apa yang berlaku.
Ada yang menuduh kerajaan menipu dan memanipulasi data dengan membandingkan angka pelaburan berlainan yang diumumkan oleh MITI dan DOSM.
Contohnya bagi tahun 2023:
MITI mengumumkan jumlah FDI yang diluluskan adalah RM188 bilion.
Sedangkan statistik FDI yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik (atau DOSM) hanyalah RM40 bilion.
Eyh siapa yang betul ni?
Ni Rafizi sabotaj Tengku Zafrul ke?
Sebenarnya, angka FDI yang dilaporkan oleh MITI dan DOSM merujuk kepada dua perkara yang berlainan.
MITI melalui MIDA (atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) bertanggungjawab meluluskan permohonan pelaburan asing di negara ini. Pelabur perlu mendapat kelulusan MIDA sebelum melabur untuk mendapatkan lesen mengilang dan kelayakan insentif.
Angka yang diumumkan MIDA adalah pelaburan asing yang diluluskan bagi tahun itu.
Tetapi pelabur akan mengambil masa untuk membina kilang dan mula beroperasi, bergantung kepada pelan perniagaan mereka. Selalunya pelabur mengambil masa antara dua hingga empat tahun untuk mula beroperasi dan modal mereka dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat.
Apabila modal dibawa masuk, ia memasuki sistem perbankan kita dan mempunyai kesan kepada pelbagai statistik rasmi negara, termasuklah imbangan pembayaran.
DOSM yang bertanggungjawab mengeluarkan statistik melaporkan jumlah FDI yang telah dibawa masuk setiap tahun.
Maknanya, angka MITI menunjukkan jumlah keseluruhan FDI yang diluluskan tetapi akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, dan angka DOSM menunjukkan FDI tahunan yang masuk bagi projek-projek yang sedang berjalan.
Sebenarnya boleh sahaja semak di ChatGPT untuk mengetahui perbezaan ini tanpa perlu melemparkan fitnah kononnya kerajaan menipu.
Ini jawapan ChatGPT yang lebih mudah difahami.