Wanita mengaku tak bersalah atas kesalahan memandu berbahaya & rempuh 5 mangsa menaiki 3 motosikal di Bukit Gambir, 27 November lalu.
Keadaan di Mahkamah George Town kecoh seketika apabila anak perempuan tertuduh didakwa melanggar kamera pemberita dengan sengaja.
@BuletinTV3
Kemalangan tahun lepas yang viral baru-baru ini didakwa hari ini....
Wanita didakwa sebabkan kemalangan tiga motorsikal
Diterbitkan: Jan 18, 2024 12:20 PM
Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret, di George Town hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan, November tahun lepas.
Tan Leuk Ley, 76, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.
Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Mohammad Afiq Roszani, 23, di Jalan Bukit Gambir, di George Town, pada pukul 2.15 petang, 27 Nov, 2023.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal ditunggang Mohd Nor Ezrie Ahamad Nordin, 40, bersama pembonceng Nur Irfan Hakim Mohd Nor Ezrie, 15, di tempat, hari dan masa yang sama.
Untuk pertuduhan ketiga, juga di tempat, hari dan masa yang sama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Muhammad Syamil Zulkarnain, 22 dan pembonceng Kristina Abdulllah, 22.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali, memohon jaminan RM30,000 dikenakan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Peguam tertuduh, Dev Kumaraendran memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya merupakan seorang pesara kerajaan dan bergantung kepada wang pencen berjumlah RM1,800 sebulan.
''Anak guam saya juga mempunyai penyakit ketumbuhan di dalam telinga yang menyebabkan telinganya mengalami masalah pendengaran.
''Dia juga masih mendapatkan rawatan penyakit berkenaan di hospital dan sejak hari kejadian dia sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis,'' katanya.
Majistret Siti Nurul Suhaila menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia serta ahli keluarganya tidak dibenarkan menganggu mangsa-mangsa.
- Bernama
Kumpulan mahasiswa Aceh merempuh masuk sebuah pusat tahanan pendatang Rohingya dan menghalau mereka keluar.....kesemuanya terdiri dari wanita dan kanak-kanak
MELAKA 25/12/2023.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta dekat Krubong, malam tadi.
Menurut sumber awam, pemandu kereta didakwa berada di bawah pengaruh alkohol.
Maklumat lanjut akan dikemaskini...
Sumber: Media sosial
* Undang2 berkaitan pemandu mabuk kita masih terlalu lemah. Keturunan PremPuchong ni semua mana tahu takut. Harus dipinda lagi sekali
CUBAAN MEMBUNUH BERSENJATA.
Kejadian di Sg Petani, Kedah. Harap2 pisau tu tak tertusuk ke dalam. Allahuakbar. Budak2 lg dah berani. Minit ke 1:10 kalau nak fast forward. Viralkan sampai dapat budak ni.